Followers

Thursday, May 13, 2010

........

Kadang kadang kita rasa rindu.
Kadang kadang rasa lebih baik buat tak tahu.
Kadang kadang kita tak kisah pun
Kadang kadang rasa nak menangis macam hati dah terpotong potong.

Akhir-akhir ini rasa seperti iman tak seteguh dulu. Terasa semua perkara yang datang seperti masalah yang bertimpa-timpa. Sungguh! Selalu aku pohon moga Dia memberi ketenangan hati & kedamaian jiwa. Hanya itu yang aku pohon! Tapi permohonan sekecil itupun Dia payah mahu tunaikan. Macamane tu? Dan semua ini buat aku rasa diabaikan oleh-Nya. Kejam sungguh orang seperti aku seperti tak bersyukur dengan pemberian-Nya.

Bila diuji, dan terus diuji... rasanya iman kadang-kadang goyang juga. Kadang-kadang terfikir, di mana silapnya? Di mana kurangnya? Di mana salahnya? Sehingga sebegitu berat diuji. Semua ujian berbentuk kesabaran hati & keteguhan iman. Jika tidak kuat iman di dada sudah tentu hati terpesong jadinya. Hampir.... mujur masih mampu bertahan.

Tak mengapa, selagi mampu bertahan, perlu teruskan hidup. Kata ibu, selama mana sangat kita hendak hidup di dunia ni. Selagi Dia mahu menguji, sabar dan bertahan lah. Sampai masa nanti, semuanya akan berakhir juga. Samada berakhir dengan kebaikan mahupun sebaliknya.

PM: kuberharap...

7 comments:

  1. kite serupaa..
    tuhan sayangkan kita melalui ujian yg diberi

    ReplyDelete
  2. sayang sungguh Dia kat kita sampai bertimpa-timpa ujian...
    aku rasa dok larat doh nak tahan semua ujian Dia tu... *nanges

    ReplyDelete
  3. "sabar lah sayang" ( nyanyi lagu bory marantika + kak pah)

    ReplyDelete
  4. nani Dia bg ujian sbb Dia nk kita sentiasa dkt ngan Dia, kalu kita ssh mesti kita selalu ingat nk bdoa dan bermunajat ke Dia, kalu kita sng jrg sgt kita ingat ke Dia. Musti mg kata yong blh ckp mcm2 sbb x rasa apa yg mg rasa, tp kita kena ingat Allah x akan membebankan hambanya melainkan mengikut kemampuannya, Allah x akan buat sesuatu perkara itu sia-sia bg kita, sbb Dia sgt syg kita..

    ReplyDelete
  5. aku harap kata2 mg "Allah x akan buat sesuatu perkara itu sia-sia bg kita, sbb Dia sgt syg kita.." adalah benar!

    ReplyDelete