Followers

Monday, January 16, 2012

Nikmati kehidupan selagi termampu

Bukit Cherakah, Shah Alam

Pagi ini saya masuk ke pejabat dalam keadaan kurang sihat. Badan terasa melayang-layang, kepala pusing dan hidung pula merah kerana selsema. Maklumlah malam tadi tidur saya sangat tertanggu. Sekejap bangun minum air, kejap bangun ke bilik air, kejap bangun mencari tisu. Keadaan kesihatan saya bukanlah secemerlang orang lain. Sebagai penghidap thyrotoxicosis yang telah menjalani pembedahan, sistem imuniti badan saya sangat lemah. Pun begitu saya tetap bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk bernafas dan menikmati hidup ini seadanya. Alhamdulillah...

Beberapa hari lepas, hati saya terdetik "dah lama tak batuk dan selsema..." Dan hari ini, Allah memberinya. Cash!! Saya masih ingat diawal permulaan 2011, hampir 2 minggu saya demam dan selsema serta batuk hampir 1 bulan. Rupa-rupanya itu ujian awal sebelum saya dijemput oleh-Nya untuk ke tanah suci. Saya kata camtu sebab umrah ke tanah suci tahun lepas adalah di luar perancangan saya. Bulan 3 pergi, pertengahan bulan 2 baru saya tahu kerana semua perancangan dibuat oleh mak. Puas jugak saya korek-korek $$ nak cukupkan budget. haha. Alhamdullah, kuasa Dia mengatur semuanya mengikut ketentuan-Nya...

Kebetulan pulak akhir-akhir ini saya banyak mendengar perkhabaran yang tentang kesakitan dan kematian. Sedih bila mendengar berita sebegini dari kawan-kawan yang kita sayang kan? Terbaru saya mendengar perkhabaran dari teman tentang seorang teman yang baru sembuh dari sakit. Agak lama, hampir 2 minggu terlantar di hospital. Apa-apapun sebagai sahabat dan teman saya sentiasa mendoakan mereka yang diuji dengan kesihatan dan kematian agar sentiasa bertabah dengan ujian-Nya. Mati... bila saatnya dipanggil tidak sedetikpun kita mampu lari darinya kerana mati itu pasti!

Kesakitan dan kematian ini juga satu ujian. Ujian samada kita sebagai umat-Nya mampu menghadapinya dengan sebaiknya atau sebaliknya. Sudah pasti banyak hikmah yang tersembunyi. Kadang-kadang bila kita sakit, kita selalu mengharapkan kesembuhan. Ujian itu sebenarnya untuk mengampunkan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Saya masih ingat akan kata-kata ustaz azhar idrus dalam kuliah agamanya "hari ni mudoh sangat kite nok buleh dosa kecik. Dengor radio artis nyanyi pung buleh dosa... tengok tv rancangan ngarut-ngarut pun dapat dosa kering, pendek kata gi mane-mane seme dapat dosa". Berat tu! Sedangkan pahala dan amalan kebaikan jarang sekali kita lakukan. Owh...

Pada saya antara banyak-banyak ujian, ujian yang berbentuk kesabaran hati paling berat. Ujian sebegini jika tersilap langkah mungkin membawa kita kepada kemungkaran. Orang selalu melihat kita seorang yang senang dan bahagia. Alhamdulillah jika begitu pandangan orang pada kita. Tapi sebaliknya segala ujian, semua permasalahan hanya kita dan Dia saja yang tahu. Mungkin jauh di sudut hati kita menyimpan 1001 rahsia yang tidak mungkin sesiapa pun tahu! Bukan mudah sebenarnya untuk mendidik hati dan minda untuk menerima setiap ujian itu. Cuma... jika sebegitu ujian yang diuji saya selalu memohon semoga hati saya terus bertabah dengan ujian... tak pun minta diringankan dan dimudahkan setiap ujian itu... cukuplah ujian ini untuk saya... minta Dia sentiasa ada untuk memberi petunjuk dan terakhir saya mohon agar Dia tidak memesongkan hati saya ke arah kejahatan setelah Dia memberi hidayah kepada saya. InsyaAllah...

mawar : moga saya cepat sihat....

2 comments:

  1. Syukran Ya Allah di atas nikmat yang Engkau kurniakan.... Hanya Engkau yang Maha mengetahui rahsia disebalik ujian-ujian yang engkau berikan kepada kami...

    ReplyDelete