Followers

Sunday, January 01, 2012

Takziah

Semalam menerima dua perkhabaran sedih dari dua seorang sahabat. Seorang menyatakan anak buahnya yang telah lama di ICU telah kembali ke rahmatullah

Bila sampai saatnya,tidak sesaat pn akn tertunda. Bawalah si kecil Faiz ke syurga firdausiMU . DariMU Faiz dtg, kepadaMU Faiz kembali . Innalillah hiwainnalillahiraji'un - dari FB beliau

Manakala seorang lagi sahabat saya menyatakaan sahabatnya telah kembali ke mengadap Allah juga.

Sahabat saya Nurahayu Iswati telah kembali kerahmatullah pd 6.40 pagi tadi

Masih teringa2 ditelinga saya bila ayu beritahu yg dia rasa masa dia semakin dekat. Saya pegang tangan dia dan cakap pd dia bahawa saya yakin dia akan sembuh, kami akan sama2 menyaksikan afif dan hadif membesar, berkongsi rasa ttg segala... Dan hari ini, dari saat saya menerima berita pemergian ayu, saya menangis tetapi bahagia kerana teringat kata2nya tatkala kami berpelukan buat kali terakhir "kita kawan sampai mati ye intan" Ya Allah, kau ampunkanlah dosa2 sahabat ku Nurahayu Iswati, tempatkan lah beliau dikalangan hambamu yang beriman. Ayu....aku janji akan ingat pesan kau sampai bila2.... - dari FB beliau

Apa-apapun takziah untuk kedua sahabat saya. Semoga roh-roh yang disayangi dicucuri rahmah dan ditempatkan bersama-sama orang yang disayangi-Nya.

mawar : agak-agak kalau saya meninggal dunia ada tak kawan-kawan yang ingatkan saya eh?

1 comment:

  1. huaaa...tak mo mati....akak tak sanggup terima berita kehilangan lagi...

    nani, insyaallah, kalau kita ikhlas, kita akan dikenang orang....

    ReplyDelete