Followers

Thursday, February 02, 2012

Dendam dan fitnah


Dendam dan fitnah sekarang ini saya rasa sudah menjadi virus yang cukup menakutkan! Bila hati sudah diselaputi dendam. manusia tanpa segan silu akan membunuh segala kebaikan orang lain. Bahkan paling dasyat, anak tanpa rasa belas berdendam dengan emak dan ayah mereka sehingga lupa orang tua itulah yang telah melahirkan, membesarkan dan mendidik mereka hingga mereka besar!

Fitnah! Aduhai... patutlah Allah mengatakan memfitnah orang satu dosa besar. "Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191. Sesiapa yang menjadi mangsa fitnah sudah psti dapat merasa betapa sakitnya kesan yang mereka terima. Bukan saja maruah kita diperkotak-katikkan bahkan jiwa kita juga turut dibunuh oleh si pemfitnah itu. Dan jika silap percaturan boleh jadi kufur kita dengan Yang Maha Esa.

"Dia memang, jahat budaknya! hati-hatilah"
"Saya dengar, budak tu la yang buat hal tu"

Berada di dalam persekitaran kerja yang kebanyakan di monopoli kaum perempuan, saya memang tidak lepas daripada mendengar cerita si polan tu, si polan ni dan dia, orang itu dan banyak orang lagi. Sehingga kadang-kadang jika saya sendiri tidak berminat mengambil tahu, saya dikatakan 'katak di bawah tempurung'. Pada saya lebih baik saya mengadap laptop dan bergelak tawa dengan GBS di GT atau FB berbanding duduk berkumpul mendengar cerita itu dan ini.

Pernah saya mendengar tazkirah oleh Dato' Uztazah Bahiyah yang menyatakan ada 2 daging yang paling bahaya dan paling baik di dalam diri setiap orang. 2 bahagian daging tersebut ialah lidah dan hati. Benar sekali, hati jika tidak dibimbing dengan baik pasti akan menimbulkan penyakit hati. Dan lidah pula jika tidak dijaga pertuturan dengan baik, pasti akan menjadi pemfitnah dan pengumpat yang hebat. Owh.... Ya Allah... jauhkan saya daripada kedua sifat tersebut.

Benar jugalah kata orang, buat baik berpada-pada! Dunia ini rupanya penuh dengan tipu muslihat. Namun sebagai manusia, saya tidak akan mengalah untuk berbuat baik kerana bukankah itu yang Allah mahukan? Saya YAKIN Allah sangat menyayangi kita. Dia tidak akan pernah menghukum kita... tapi yang menghukum kita adalah amal perbuatan kita sendiri. Dan saya juga YAKIN... orang yang suka memfitnah dan mengadu domba akan mendapat siksa dan azab yang amat pedih, baik di dunia mahupun di akhirat!

Oleh itu... wahai sahabat-sahabatku jaga diri dan jangan mudah mengalah demi kebaikan.

No comments:

Post a Comment