Followers

Wednesday, February 08, 2012

Gelang si paku gelang

Kalau balik kampung, saya memang tak akan lepaskan peluang bertemu kawan saya yg sorang ni. Dia ajepun kawan yang saya ada yang sentiasa 'available' setiap kali saya balik kampung. Tapi balik kampung kali ni, kami sempat jumpa ber'3. Biasalah saya ni... bukan ada kawan-kawan lainpun... GBS jugak. Tu aje stok-stok kawan selaku sahabat yang masih setia...

Seperti biasa, mereka mengambil saya dari rumah. Rancangan utama nak pekena ikan celop tepung kat Warung Pok Nong.

Lokasi : Pantai Teluk Ketapang @ Pantai airport
Waktu operasi : 3.00 pm - 7.00 pm
Menu utama : ikan/seafood bergoreng / celop tepung / masakan panas

Makan kat sini semua kena layan diri. Sendiri pilih apa nak makan, potong sendiri dan makan. Sos lada memang terbaik!!! Pekat dan sedap! Kena plak dengan air nyior! Memang sedap. Biasalah kalau dah jumpa GBS, macam-macam cerita keluar. Tu baru ber'3, kalau semua GBS berkumpul sekali mesti riuh rendah warong Pok Nong tu dibuatnya.


Warung Pok Nong


sotong celop tepun - RM12.00


keropok lekor - RM2.00


ikan celop tepung - RM4.00


Pantai Teluk Ketapang merupakan salah satu pantai yang terletak di daerah Kuala Terengganu. Lokasi pantai ni betul-betul di sebelah Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Pantai ni biasanya menjadi tempat berekreasi penduduk tempatan. Di sepanjang pantai terdapat banyak gerai-gerai yang menyediakan masakan panas terutamanya masakan tempatan yang berunsurkan ikan/seafood/ keropok. Pendek kata semua masakan yang disediakan semuanya segar dan menyelerakan.
Pantai ni kira nostalgia pada saya. Tempat saya zaman belajar dulu-dulu. Dulu... pantai ni antara lokasi saya dan kawan-kawan minum petang. Sanggup kayuh basikal dari kolej kediaman melalui jalan dalam semata-mata nak makan ikan celop tepung dan air nyior. Masa tu ada duit RM5.00 pun dah kenyang. Betapa masa pantas berlalu... kalau dihitung dengan jari dah hampir 10 tahun saya tinggalkan pantai dan kampus persisiran pantai tu...


Pantai Teluk Ketapang a.k.a Pantai airport


pantai berombak tenang


entah apa yang mereka buat... tapi ia menarik hati saya!

Lepas dah kenyang, makan dan bergossip, kami ada misi! Misi mengambil pavlova di rumah cik bunga. Kelakar pun ada jugak... yang buat pavlova tu kakak cik bunga. Cik bunganya kat KL. Jadi kami ni buat-buat muka tak malu pegi rumah dia semata-mata nak amik pavlova. Gambar dan resepi nanti saya kongsikan dalam entry lain. hehehe. Rasanya??? Mestilah sedap kan???

Kami amik feel pergi makan kat Taman Tamadun Islam dekat masjid kristal. Sambil makan, boleh bersolat sekali. Seronok sebenarnya bila balik kampung ni. Walaupun sebenarnya hanya duduk di rumah, tapi seronok tu lain macam je. Kadang-kadang terfikir macam tanak balik je... Tapi apakan daya... rezeki saya bukan di kampung halaman... rezeki jauh nun jauh di kota batu... So, redha je la... Papepun layan gambar. Saya snap semasa senja kat Masjid Kristal.


senja di Sungai Terengganu


PM : belek kelendar bila lagi ada cuti panjang.....

2 comments:

  1. Haha..repet acara aku blk kg minggu lepas!

    Kecuali Masjid Kristal... :-)

    ReplyDelete
  2. hahahaha.... tu aaa...

    lucu aaa g rumoh mu semata2 nok g amik pavlova.

    tapi sayang, dok jupe pn fatimoh mu...

    ReplyDelete