Followers

Tuesday, February 21, 2012

Gembira dalam pilu.

Sebentar tadi saya terima panggilan dari mak di kampung.

"K.nur, mak dapat surat dari Tabung Haji ni. Katanya, K.nur dah dipanggil..."

Dipanggil? Kuat suara saya minta kepastian dari mak sehinggakan perbualan saya menarik perhatian teman-teman sepejabat.

Allahuakbar!!! Saya dapat jemputan dari Allah untuk haji tahun ini. Ya! tahun 2012! Bukan main-main... 2012! Bermakna penantian selama 8 tahun telah berakhir. Saya daftar haji pada 2005, beberapa bulan selepas saya bekerja dan saya dimaklumkan oleh pegawai di TH kalau ada rezeki saya, lagi 8 tahun iaitu 2012 saya akan dipanggil.

Ya Allah.... saya gembira! Gembira sangat-sangat. Terbayang lambaian Kaabah di depan mata. Terngiang-ngiang suara bilal mengalun azan di Masjid Nabawi. Tapi dalam masa yang sama hati saya pilu. Pilu mengenangkan siapakah mahram saya? Siapa yang mahu temankan saya sepanjang saya di sana? Tadi... selepas mengetahui berita itu, lama saya bersujud syukur. Muhasabah diri dan mengucap syukur.

Saya katakan pada mak, saya yakin saya mampu berdikari jika saya ditakdirkan ke sana sendirian kerana pengalaman mengerjakan umrah tahun lepas masih lagi segar dalam ingatan. Biasalah... Hati ibu, mesti ada kebimbingan walaupun secalit cuma. Ya.... Ini salah satu doa saya. Doa mahu melengkapkan rukun islam ke-5 di usia muda. Dan dalam doa saya juga terselit, mahu ke sana bersama pemilik tulang rusuk kiri. Tapi... aduhai....

PM : ada tak orang yang sudi jadi mahram saya?

7 comments:

  1. alhamdulillah...syukurr

    sila buat nasi tomato jamu2 kami!

    ReplyDelete
  2. nil : nasi tomato? oh no!!! aku x pandai dan x pernah buat nasi tomato. how???

    k.intan : bodyguard from guilin mesti mata sepet kan? waaa... i like!!!

    ReplyDelete
  3. tahniah uols.
    mak pun menumpang pilu kejelesan + seronok.

    ReplyDelete
  4. terima kasih acik.
    aduhai... lamanya x jumpa kan?

    ReplyDelete
  5. bestnya nani....
    jeles lah...muda2 lg akan dpt title hajah...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. bestnya nani....
    jeles lah...muda2 lg akan dpt title hajah...alhamdulillah...

    ReplyDelete