Followers

Tuesday, February 14, 2012

Lau Kana Bainana


Kalaulah kekasih-Mu masih berada bersama-sama kami... Sejujurnya lagu ini sangat menyentuh hati saya. Bila mendengar, menyebabkan airmata ini murah saja menitis. Ingatan saya terus melayang mengingati kunjungan ke makam baginda. Tempat bersemadi RasuAllah SAW. Indah sekali peluang yang Allah berikan kepada saya, walaupun hanya seketika.

Betapa Baginda kekasih Allah... Junjungan yang mulia yang amat kasihkan kita semua sebagai umatnya. Sungguh saya berbangga dikurniakan pemimpin seagung baginda. Saya terfikir betapa saya yang mengakui sebagai umatnya, kadang-kadang lupa mengingati baginda. Sedangkan baginda, walaupun sudah lama meninggalkan kita tidak pernah melupakan kita. Begitu banyak syafaat yang baginda tinggalkan. Tinggal kita aje... samada mahu mengamalkan atau melupakannya..

Bersempena bulan kelahiran baginda yang agung, marilah sama-sama kita berselawat ke atas RasulAllah SAW.

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Kalaulah kekasih-Mu masih berada bersama-sama ketika ini... tidak tahu mampu untuk saya gambarkan perasaan itu. Sedangkan tengah menaip inipun airmata saya sudah bergenang, inikan pula kalaulah baginda betul-betul di hadapan mata saya.... aduhai....

PM : pohon syafaat dan naungan kasih sayang baginda sentiasa bersama saya.

No comments:

Post a Comment