Followers

Saturday, March 31, 2012

100 kawan @ 1 sahabat

Kalau ini istilahnya untuk mencari seorang sahabat, rasanya sayalah antara orang pertama yang mungkin tidak mampu ada walau seorang sahabatpun. 1000 kawan? Owh... tak mampu saya miliki kawan seramai itu. Aduh... miskin... miskin...

Dugaan dari Allah akhir-akhir ini membuatkan saya benar-benar tersedar betapa dalam hidup ini sangat sukar mencari sahabat yang mahu sama-sama berkongsi susah dan senang. Bila kita dalam kesulitan, cuba tengok siapakah antara kawan-kawan di sekeliling kita yang mahu menghulur pertolongan? Jika ada... bersyukurlah! Mungkin mereka benar-benar kawan yang tulus bersahabat dengan kita. Jika tiada... maka, sedarlah bahawa kita sebenarnya tidak punya sesiapapun untuk diharapkan ketika dalam kesusahan.

Dalam berkawan atau bersahabat, saya tidak pernah meletakkan apa-apa harapan atau balasan daripada mereka. Kerana bila harapan yang diletakkan terlalu tinggi, dan kita tidak mendapat balasan seperti apa yang diharapkan, tentu kita akan kecewa. Kan?

PM : bersahabat kerana Allah... Lillahi taala..

No comments:

Post a Comment