Followers

Friday, April 20, 2012

3 berita

1. Seorang hamba Allah menghubungi saya menyatakan kesudiannya menjadi mahram.
2. Semalam, berita di TV memaklumkan tiket penerbangan haji tahun ini dikekalkan seperti tahun-tahun sebelumnya.
3. Tadi pagi semasa memandu ke pejabat, berita di radio memaklumkan bahawa MB Terengganu mengatakan penerbangan haji terus dari lapangan terbang Sultan Ismail - Jeddah/Madinah, Terengganu akan dilancarkan pada musim haji kali ini setelah kerajaan negeri mencapai kata sepakat dan bekerjasama dengan salah sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

3 berita ini membuatkan mata saya bergenang di tengah-tengah kesesakan lalulintas pagi ini.

Besar sungguh nikmat yang Dia berikan pada hamba-Nya ini...

Terima kasih Allah.

PM : semoga semua urusan dipermudahkan oleh-Nya

8 comments:

  1. Aku pun sebenarnya dh lama nk menyudikan diri jadi mahram...tp apakan daya.....

    ReplyDelete
  2. Nak mengerjakan haji tahun ini ker... Mudah2an semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. nil : apakan dayakan? dakpela... mu doa2kanlah semuanya selamat ^^

    ReplyDelete
  4. Abg mie : InsyaAllah... moga2 semuanya dipermudahkan-Nya... amin :)

    ReplyDelete
  5. nak seangkatan dengan aku ke ni naik pelamin?

    selamat.

    ReplyDelete
  6. hehe... acik, kalu aku nak naik pelamin aku buat yg wajib je.

    sembelih ayam 2 ekor, lepas tu panggil orang masjid datang makan. settle. hehehe

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan semua urusan... Amin.

    ReplyDelete