Followers

Tuesday, June 05, 2012

Kawan biar sampai ke syurga

kata orang tua-tua... kalau nak cari kawan, jangan cari yang mulut murai sebab manusia bila banyak cakapnya maka banyak juga dosanya...

Saya masih ingat ada satu dialog satu cerita dalam TV, tapi lupa pulak apa cerita tu, tapi bunyi dialog tu lebih kurang begini...

"Jom ikut aku" si A
"Ke mana?" si B
"Ke SYURGA" si A

Dialog itu walaupun pendek, tapi cukup mendalam pada saya. (selari dengan lakonan hebat si pelakon). Rupa-rupanya si A mengajak si B ke masjid bila si A melihat keadaan si B yang sangat tidak terurus perasaannya. Dan kerana ajakan si A juga akhirnya si B menemui ketenangan yang selama ini dicari-cari. 

Owh... saya kira persahabatan sebegini mampu membawa mereka sampai ke syurga!!

PM : agak-agak kalau nak cari 'travel mate' kena ada criteria macam ni tak?

2 comments:

  1. kalau saya, jawapannya 'sudah tentu' ;)

    *teman yang baik akan sama2 membawa kita ke arah kebaikan, bukan sebaliknya :)

    ReplyDelete
  2. betul tu zilla :)

    tu namanya kawan sampai ke syurga ^_^

    ReplyDelete