Followers

Friday, June 01, 2012

Kelas Jahitan

Sekarang ni, setiap hari jumaat ada kelas jahitan kat opis. Atas permintaan budak-budak opis, mereka mintak saya ajar diorang menjahit. Hahaha.. macamlah saya terror sangat... Kebetulan kita tahu sedikit ilmu, apa salahnya kita kongsi dengan orang yang ingin tahu kan? ^_^. 

Tapi saya ajar jahit baju kurung je sebab saya pung tak habis mengaji! Hoho! (tapi tetaps ada hati nak mengajar orang). Maklumlah, saya sendiripun tak habis belajar. Sempat berguru dengan mak kejap je, lepas sambung belajar terus lupa. 

Jadinya, setiap hari jumaat ada waktu rehat yang panjang (hampir 3 jam), merekapun belajar. Minggu ni dah masuk minggu ke-3. Dah sampai stage, menggunting kain. Semua orang teruja.

Marteelaaa kalau bos tahu kami gunakan bilik meeting untuk kelas menjahit. haha. Tapi kami tak curi tulang tau... Semua aktiviti ni kami buat waktu rehat. Motto, Berkhidmat untuk Negara tetap diutamakan! 

masing-masing sibuk mengukur kain


Sebelum ni ada jugak kawan-kawan mintak ajar. Entry lama kat SINI. Biasalah kalau ajar kawan-kawan, belajarnya kejap aje, tapi main-main yang banyak. Agaknya 'ilmu menjahit' tu lekat lagi tak kat dalam kepala mereka eh?

PM : agak-agak kalau bukak kedai jahit datang untung tak??? hoho!

6 comments:

  1. waaa bestnya...tapi akak ni jari tak berseni nak belajar kerja2 halus ni...so tempah aje la yek..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... biasalah tu k.intan, lain org lain org lain kebolehannya...

      Delete
  2. Haha..aku suka entri lama ituhh!!!
    Mengimbau kenangan lama..

    'Cikgu! Saya terumbang-ambing!!!'

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nil... baca entry lama ni buat aku ketawa sorang2. hehe

      Delete
  3. cikgu..cikgu..nak jadi anak murid boleh?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... zilla nak jadi anak murid ke? boleh... boleh... jemput2 lah datang rumah ^_^

      Delete