Kebelakangan ini terasa seperti tidak cukup masa untuk diri sendiri. Terasa macam ilmu di dada makin berkurang. Dan terasa juga mental dan fizikal makin lemah untuk menangkis semua ujian yang bertimpa-timpa dari-Nya.. Jadi apa salahnya mencuri sedikit masa terluang. Membaca itu kan jambatan ilmu. Bukan begitu?
Jadi saya pilih buku ini "KETUPAT CINTA". Sangat klasik & dalam lah bahasa buku ini. Tapi saya suka! Hei... jangan salah faham tentang buku ini. Ia bukan cerita cinta muda mudi. Jumpa, kenal, suka, dating, dan segala bagai. Tentunya tidak ada kisah-kisah cerita cinta dalam buku ini.
Ketupat Cinta... cerita berkisar masakan melayu di zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah. Menariknya setiap hidangan di raja yang disediakan ada kiasan dan cerita di sebaliknya. Dan kadang-kadang membuat saya hampir terliur dengan hidangan yang Tun Lepat sediakan itu. Alahai...
"Masakan melayu itu mestilah tak lepas dari 4 rasa. Tak boleh tidak mesti masam, mesti manis, mesti pedas dan mesti lemak. Adapun masam itu lambang kurang, andai manis itu lambang lebih. Jadi haruslah seimbang antara masam dan manis. Mesti merendah diri Melayu itukan masih tegas, maka harus pedas, dan kerana Melayu itu banyak tolak ansurnya maka harus juga sentiasa lemak. Kalau terlebih lemak tidak boleh juga, tidak juga Melayu tersangat pedas, sangat masam apatah lagi, kalau terlalu manis memudaratkan diri." - Ketupat Cinta : Faisal Tehrani
PM : mencuri masa di kala mental yang masih ting tong