Monday, December 21, 2009

ABC Taman Warisan


PM : dikala panas terik seronok juga pekena ABC kan? ABC Taman Warisan ni sangat mengizalkan. Psst... yong aku pekena dgn GBS, sayang mu tak dop skali.

Monday, November 30, 2009

Lari

Mood seperti berlari-lari anak
ayuh...
kejar-kejar mood itu!
hei.. hei.. hei...
jangan lari laju-laju
saya x mampu kejar kamu laju-laju

PM : kamu! jangan lari!

Wednesday, November 25, 2009

JJCM edisi Sarawak


Sebelum balik berhari raya di kampung, sekali lagi ke Kuching. 3 hari di sana. Bekerja. Tapi tak mau citer pasal kerja lah.

Kebetulan melawat tapak di Sadong Jaya. Jauh jugak tempat ni dari bandar Kuching. Sarawak sekarang musim durian. Sepanjang jalan ada orang jual durian. Ape lagi... dah namapun hantu durian. Alang-alang... rasalah durian Sarawak skali. Sangat sedap! Isi pejal, rasa lemak manis dan berisi kuning. Paling best sebab isinya tak pahit. Sangat suka!








Siapa kata kat Sarawak xde sate?

Hah! jangan terkejut kalau aku katakan sate Sarawak lagi sedap drp sate Kajang.

Walaupun bersaiz kecil drp sate Kajang, tapi sedap & lembut. Sebab semuanya daging, tak macam sate Kajang, kalau sate ayam antara daging mesti terselit kulit ayam.







Nasi ayam penyet

Wajib makan kalau ke Sarawak. Sedap jugak. Makan bersama nasi putih & sup. Ditambah ulam-ulaman & sambal belacan agak membuka selera.








Mee Kolok

Petang itu... berjalan sambil cuci mata menyusuri Waterfront yang mengadap Sungai Sarawak, amik peluang menaiki bot ke seberang sungai.

Dah namapun jalan-jalan cari makan, jadi petang tu singgah di gerai makan mee kolok. Sedap juga. Mee bersama sayur dan gading yang dipotong halus-halus dimakan bersama sup. Nak lagi sedap, tambah lada jeruk @ sambal lada.

Oh ya... sempat juga merasa laksa Sarawak. Sedap, tapi mana boleh lawan dengan laksa Terengganu. hehe.. Dan seafood di sana juga sedap dan murah.


Di seberang sungai banyak gerai-gerai makanan tempatan Sarawak. Juga banyak perusahaan kek lapis di situ. Kalau bernasib baik, boleh melawat kilang membuat kek lapis. So, dapat tengok cara membuat kek lapis secara life. hiks. Tapi, aku x makan kek lapis Sarawak. how?? Beli lah buat ole-ole orang di Semenanjung.

Kamu, kamu dan kamu juga, kalau ke Sarawak jangan lupa ke Pasar Satok. Beli ikan terubuk. Kalau hari Ahad, pasar ni sangat meriah. Macam pasar tani. Biasanya hari ni petani akan keluar menjual hasil-hasil tanaman masing-masing. Aku suka tengok suasana camni. "Rezeki tulang empat kerat".

erm... w/lpun beberapa kali ke Sarawak, tapi belum berkesempatan melawat semua tempat. InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki mau ke sana lagi..

PM : GBS, jom travell around Sarawak!

Tuesday, November 17, 2009

OS

Cerita OS lagi. Ke Utara lagi. Sebelum ni, OS hanya tertumpu di Penang saja, tapi kali ni cover 3 negeri serentak. 4 hari life dalam perjalanan je. Putrajaya - Perak - Penang - Cameron Highland - Putrajaya. Seronok walaupun memenatkan. Seperti biasa, memantau projek-projek komuniti seluruh Malaysia. Bertolak seawal pagi selasa sebab budget sampai ke perkampungan orang asli tengahari.

Destinasi 1 : Sungai Siput, Perak


Antara program bersama orang asli. Menanam sifat cintakan IT dalam diri setiap pelajar orang asli di sekolah ni. Punya lah jauh ke dalam sekolah ni. Maklumlah, sekolah orang asli. Sempat juga menjenguk kelas belajar IT mereka. Dan paling kelakar bila dengar cerita-cerita cikgu tentang kehidupan orang asli.


Settle pemantauan pertama! Terus ke Penang. Sampai kat penang dah petang. Terus ke Georgetown untuk check in hotel. Masa tu merasa kenyang makan langsat. Huru-hara mencari hotel Regal Malaysia. 1'st time pilih hotel tu. Alasan? Berbelanja berhemah, jadi pilih hotel yang murah-murah aje. Biasanya kalau ke Penang, menginap di Cititel, tapi kali ni pilih hotel lain, memang mengagau jugak nak jumpa hotel tu. Hotelnya walaupun agak jauh, tapi bilik sangat selesa. Kalau nak dibandingkan dengan Cititel, bilik di Regal Malaysia lebh luas dan berkatil besar. Erm... selesa lah walaupun deluxe room hanya RM80.50/nite. Sampai dah agak lewat, masing-masing rest kejap & keluar makan & rest aje malam tu. Esok kena kerja!

Destinasi II : Balik Pulau, Penang


Ini antara projek wahyu. Sejujurnya saya tak suka bila berurusan dengan projek-projek wahyu ni. Silap-silap haribulan kena soal dengan SPRM pulak.. huhu. Tapi projek ini antara yang berjaya, sebab dah berjaya hasilkan baja organik & dah pun memasarkan hasil mereka hingga ke luar negara. Menghasilkan baja organik daripada tahi kambing & jerami padi dengan bantuan cacing. Kira environmetal safety lah. Secara tak langsung, tanah tanaman terhindar dari pencemaran baja-baja kimia kalau kita gunakan baja organik ni. Kalau kita tahu kandungan bajanya yang dihasilkan dari tahi kambing, mesti kita akan pertikaikan status halal baja ni kan? Tapi, baja ni dah dapat kelulusan daripada JAKIM dan disahkan halal.

Kali ini kisah Jeruk Abang Jaafar pulak. Owh... mahu disogok penjawat awam seperti kami dengan jeruk? alahai... mentaliti orang Malaysia. maaf lah... saya bukan kaki ampu dan sungguh tidak gemar di ampu. Kata ibu, "orang memberi kita merasa... tapi jangan sampai tergadai integriti sebagai penjawat awam sudah".
Destinasi III : Seberang Jaya, Penang
Petang, terus ke Seberang Jaya. Kali ni projek melibatkan penduduk tempatan pulak. Mengadakan program pembelajaran, tapi bukan berkonsep seperti pembelajaran di sekolah. Seorang murid akan dibimbing oleh seorang sukarelawan mengikut modul yang disediakan. Murid-murid pulak terdiri daripada murid-murid tahun 4-6 yang terdiri daripada penduduk setempat yang miskin dan tidak mampu mendapat pendidikan tambahan di luar waktu persekolahan. Dan semua program ini adalah percuma dan dilakukan oleh sukarelawan dan persatuan bertanggungjawab.Kepenatan memantau 2 projek dalam masa 1 hari. Lewat petang, balik ke hotel. Mandi & rest sebelum keluar berjimba-jimba. Hiks! Maklumlah tugasan kami di Penang dah selesai dan esoknya tiada aktiviti pemantauan sebab satu projek di Seberang Prai batalkan sesi lawatan last minute. Malam sempat juga beronggeng salmah ke Batu Feringgi. Suasana kat situ macam Pantai Cenang, Langkawi. Ada gerai jualan cederamata, baju-baju dan ntah pape barang lagi. Sekadar cuci mata saja.
Masing-masing dah kelaparan. Tapi kali ni semua takn ak makan nasi kandar. 2 hari di Penang, kami dah merasa rojak pasembor, mee goreng mamak, cucur udang penang, merasa masakan kampung Balik Pulau dengan pelbagai hidangan ikan bakar dan gulai kepala ikan. Jadi kali ni kami ke Padang Kota. Jamu sotong kangkung & char kuey teow penang! Memang sedap!Hari ke-3, sebelum bertolak ke Cameron, sempat berjalan-jalan di bandar Penang. Naik cabel car di Penang Hill. Tahun ni dah 3 kali naik cabel car. Tapi layan je lah budak-budak yang tak pernah sampai ke Penang Hill. Suasana beza jugak sebab kali ni naik waktu pagi. Berkabus & udara sejuk & nyaman.
Destinasi IV : Cameron Highland, Pahang
Tengahari bertolak ke Cameron. Sampai dah petang. Malam tu bermalam di Rumah Peranginan Persekutuan. Tempat ni atas bukit, memang sejuk gila. Tambah plak sekarang ni musim hujan. Sangat sejuk! Rate RM25/room. Menginap kat sini baru tau rupa-rupanya banyak Rumah Peranginan Persekutuan di pelbagai lokasi seluruh Malaysia cthnya PD, Fraser Hill, Tasik Kenyir, Morib & Langkawi. Mostly rate sangat berpatutan. Apartment - bilik rate dalam lingkungan RM50-100 je. So, ape lagi. Lepas ni bleh la pergi bercuti lagi! Malam seperti biasa keluar ke pekan Brinchang untuk makan malam. Suasana malam di Cameron mati. Jadi, lepas makan kami balik bilik & tido.
Projek terakhir. Projek pembajaan tanaman menggunakan sistem fertigasi. Projek ni hampir siap. Tanaman tomato pun dah hidup dan dah berbuah. Rasanya kalau projek ni berjaya, secara tak langsung dapat bantu petani-petani Cameron Highland khususnya petani Melayu meningkatkan hasil pengeluaran dengan cara yang efektif dan menjimatkan.


Sebelum balik sempat ke ladang strawberry. Aiskrim strawberry sangat sedap! Walaupun sejuk, tapi dapat makan aiskrim sangat menginzalkan. Hiks.Bertolak balik dalam pukul 2pm. Kali guna jalan Tapah. Memang simpang siur jalan. Nasib ada driver yang hebat. Hiks. Sempat berhenti rehat di Lata Iskandar. Sampai opis dalam pukul 5pm. Pergi, fortuner kosong, balik penuh! Jeruk la, baja organik la, sayur la, strawberry la, penuh dengan ole-ole. Overall, sonok walaupun penat. Report tak siap lagi! huhu...
PM : next week ke Kuching!

Monday, November 16, 2009

Jangan Bersedih

Sekarang...
saya sedang memantapkan hati, iman & minda dengan bacaan ini
maklumlah...
saya hanya manusia biasa, berhati rapuh, berakal cetek dan kurang imannya
yang pasti sangat tidak sempurna walaupun dicipta sebaik-baik kesempurnaan oleh-Nya
jadi apa salahnya meluang sedikit masa dengan membaca
sekurang-kurangnya ia mengubat penyakit hati
juga menyedarkan saya bahawa masih ada orang yang lebih lebih malang
dan segaligus buat saya bersyukur dengan kejadian-Nya
Alhamdulillah..
Oh ya...
tiba-tiba terpandang buku ini.. GADIS OREN
erm... sesuai untuk ACIK OREN yang oreng itu
Acik Oren! sila beli buku ini!
Sangat oreng!!!

PM : mahu baca Bila Cinta Bertasbih II

Wednesday, October 28, 2009

Ketupat Cinta

Kebelakangan ini terasa seperti tidak cukup masa untuk diri sendiri. Terasa macam ilmu di dada makin berkurang. Dan terasa juga mental dan fizikal makin lemah untuk menangkis semua ujian yang bertimpa-timpa dari-Nya.. Jadi apa salahnya mencuri sedikit masa terluang. Membaca itu kan jambatan ilmu. Bukan begitu?
Jadi saya pilih buku ini "KETUPAT CINTA". Sangat klasik & dalam lah bahasa buku ini. Tapi saya suka! Hei... jangan salah faham tentang buku ini. Ia bukan cerita cinta muda mudi. Jumpa, kenal, suka, dating, dan segala bagai. Tentunya tidak ada kisah-kisah cerita cinta dalam buku ini.
Ketupat Cinta... cerita berkisar masakan melayu di zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah. Menariknya setiap hidangan di raja yang disediakan ada kiasan dan cerita di sebaliknya. Dan kadang-kadang membuat saya hampir terliur dengan hidangan yang Tun Lepat sediakan itu. Alahai...
"Masakan melayu itu mestilah tak lepas dari 4 rasa. Tak boleh tidak mesti masam, mesti manis, mesti pedas dan mesti lemak. Adapun masam itu lambang kurang, andai manis itu lambang lebih. Jadi haruslah seimbang antara masam dan manis. Mesti merendah diri Melayu itukan masih tegas, maka harus pedas, dan kerana Melayu itu banyak tolak ansurnya maka harus juga sentiasa lemak. Kalau terlebih lemak tidak boleh juga, tidak juga Melayu tersangat pedas, sangat masam apatah lagi, kalau terlalu manis memudaratkan diri." - Ketupat Cinta : Faisal Tehrani
PM : mencuri masa di kala mental yang masih ting tong

Tuesday, October 06, 2009

Wajah

mawar : wajahnya sangat suci kan?

Thursday, October 01, 2009

Ujian hidup

Allah menguji setiap umat-Nya bergantung kepada iman seseorang. Jika kuat imannya maka lebih kuatlah ujian yang diuji pada umatNya, begitu juga sebaliknya.
Semalam berkesempatan melawat seorang teman sepejabat yang bercuti sakit di rumahnya. Saya baru dikhabarkan berita tentang keadaaannya petang semalam dan kami sepakat melawatnya malam itu juga. Pertama kali melihat keadaannya saya agak terkejut. Dia yang dahulunya sihat, kelihatan sangat lemah dan kurus. Kesian dia, tak sampai 1 bulan sembuh dari pembedahan membuang tumor, tiba-tiba selepas raya penyakit lain pula yang menyerang. Melihatnya mengingatkan saya tentang keadaan diri 5 tahun yang lepas. Owh... berat mata yang memandang, berat lagi diri yang menanggung.
Kata teman, "kita mengeluh bila kita diuji dengan kesakitan. Bertanya, kenapa Allah menguji kita sedangkan orang lain sihat walafiat. Tapi sebaliknya dalam tidak kita sedari ada lagi orang lain yang lebih menderita daripada kita."
Kata teman yang seorang lagi, "kita ni boleh tenangkan dia yang sakit, tapi yang menanggung kesakitan lebih menderita."
Dan saya menyampuk, "tapi sekurang-kurangnya bila kita melawat, kita bagi sokongan, kurang sikit derita dia. Aku pernah rasa dulu... at least ada kawan-kawan datang melawat, bagi sokongan kurang sikit beban. Dia dah kira beruntung, ada keluarg, suami, anak-anak dan kawan-kawan bagi sokongan, cuba korang bayangkan orang yang sakit terlantar kat hospital sorang-sorang lagi kesian kan?"
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
[Lukisan Alam : Hijjaz]
Dalam hidup, kita tidak menjangka sejauh mana kita akan diuji. Mungkin dari segi kesihatan, mungkin juga dalam bentuk kemiskinan, kasih sayang dan pelbagai ujian lagi diujiNya kepada setiap umat-umatNya yang terpilih. Jika mereka sabar dengan ujianNya akan beroleh ganjaran berganda, begitu juga sebaliknya kerana tiada yang baik di dunia ini kecuali datangnya dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Doa saya semoga teman saya itu sabar dan akan sembuh seperti sedia kala. InsyaAllah...
PM : bergantung pada ubat untuk meneruskan hidup

Wednesday, September 30, 2009

Ole-ole dari seberang

Semalam,
Seorang teman sepejabat yang pulang berhari raya ke negeri di bawah bayu memberi ole-ole
Sangat cantik!
paling menarik ialah ole-ole ini telah siap berbungkus di dalam sampul
jadi pilihan adalah atas risiko masing-masing
pilihan aku... tiger eyes!

oh ya... bercakap pasal negeri di bawah bayu...
seperti tak sabar pulak menunggu bulan Nov/09 dan Jan/10
ada projek besar-besaran di sana
Samporna & K.K tunggu kedatanganku!!!

Dan ini pula oleh-ole dari Paris
Buah tangan dari bos lama yang baru pulang dari Perancis
bercuti belajar di sana
wah!! sangat cemburu lah...
ada rezeki aku, sambung PhD di seberang laut jugak lah
InsyaAllah
Tengoklah
betapa banyak ole-ole yang tergantung di dinding cubical
kebanyakan dari teman-teman sepejabat
senang digantung kata mereka
tapi jika mengumpul ole-ole aku suka FM
bersusun-susun tertampal pada fridge di rumah
PM : next vacation? any plan??

Monday, September 28, 2009

Syawal 1430H

Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin. Syawal kali ini sama seperti syawal-syawal yang sebelumnya. Tiada apa-apa yang istimewa @ kelainan. Tapi disambut dengan penuh kesyukuran & kesederhanaan. Alhamdulillah. Berkumpul sekeluarga, bukankah itu satu kemestian berhari raya? Syukur, kami sekeluarga masih dapat berkumpul bersama-sama seperti selalu. Saling bermaaf-maafan & kunjung-mengunjungi sesama keluarga.

Raya kali ni, menjadi orang terakhir sampai ke kampung. Untuk pertama kalinya menjadi perantau dapat merasa tersesak-sesak di jalan raya! Gila! Merasa jammed tak beroti. 9 jam, Putrajaya - K.T. Memang masak kat jalan raya. Daripada matahari ada sampai bulan muncul baru sampai rumah. Mencabar sebenarnya, memandu malam bermata 4! Kat LPT, masih sopan-sopan. Masuk je Kemaman mula merempit tanpa batasan. Nasib baik ada sahabat di sebelah selalu mengingatkan. Thanks nora, u're a good buddy! Sekelip matapun tak tido, temankan aku.
Persiapan raya tahun ni ala kadar saja. Tak sempat. Kuih raya pun semua kuih tunjuk. Cuma malam raya sempat sediakan 4 biji kek coklat. Itu kuih tradisi keluarga. Tak lengkap kalau tak ada kek coklat. Itupun raya ke-2 semua kek dah licin. Tahun ini tetamu datang diluar jangkaan. Raya pertama - ke-3 penuh tetamu, sampai tak sempat nak keluar beraya. Oh ya.. jangan tak percaya, tahun ini saya masih dapat duit raya tau! 2 hengget sajork! Ibu kawan adik yang bagi. Katanya, saya berwajah cute, harusnya diberi duit raya walaupun sudah tua! hahaha. Puji dalam keji.
Al-Fatihah
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Al-fatihah buat Hajjah Hafsah binti Ngah, bonda kepada sahabat yang telah kembali ke rahmatullah pada hari raya ke-2. Pergi dengan aman dan mudah sekali. Itu semua kerja Tuhan. Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat, "sedihnya yong, dah yatim piatu. Sekurang-kurangnya aku masih ada lagi seorang." oh... saya terkedu. Bercampur sebak. W/lpun masih ada ayah & ibu, tapi rasa-rasanya saya belum cukup berbakti & berbudi pada mereka berdua. Masih belum berupaya membuat mereka tersenyum bangga dengan anaknya yang seorang ini. Saya masih berhutang budi dengan jasa-jasa ibu & ayah.
Kepada yong, takziah buat kamu. Saya tahu kamu anak yang baik dan rasanya kamu sudah cukup berjasa kepada kedua ibubapa kamu. Itu yang saya dapat lihat. Antara kamu dengan saya, kamu lebih beruntung. Berpeluang menjaga & tinggal bersama ibu kamu hingga ke akhir hayat beliau. Berbeza dengan saya, berjauhan dari ayah& ibu. Sakit pening mereka, saya hanya mampu bertanya khabar dari jauh. Jika diberi pilihan saya juga mahu dekat dengan mereka. Tapi... rezeki saya bukan di tanah kelahiran. Saya perlu bersyukur dengan rezeki itu.
Hajjah Sumaiyah
Selamat pulang ke tanahair buat Hajjah Sumaiyah a.k.a cik melati a.k.a cik nilly. Tahniah juga buat kamu, berjaya menjejak kaki ke Tanah Haram. Itu tempat idaman saya. Beruntungnya kamu sudah ke situ, bukan sekejap, 1 bulan lebih berpeluang berpuasa & beribadat di sana. Saya cemburu dengan kamu! Sungguh! Dan semoga Allah mendengar doa kamu untuk kita kita yang sekangkatan. Psst, hajjah!... nama saya tersenarai tak dalam doa kamu ketika di Jabal Rahmah?
Oh ya... kamu, kamu dan juga kamu... jangan cemburu, saya dapat ini dari hajjah melati. Warnanya sangat sepadan dengan baju raya pertama saya. Pandai sungguh pilihan kamu ya hajjah! Terima kasih daun keladi ye!

Tahniah

Tahniah dari saya buat senior saya yang berjawatan PTD itu. Telah dirisik seseorang dan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Opss... lupa, saya ANTI PTD! haha... tapi bukan anti K.je. Diam-diam saja, tiba-tiba dirisik orang. Saya tumpang gembira. Eh... lepas ni kena belajar masak nasi kandar la ye. hehe. Saya doakan semoga jodoh K.je berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. InsyaAllah, perkara yang baik pasti akan dipermudahkan Allah. Oh ya... bleh bagi saya tips? hiks
Syawal ini telah mempertemukan saya dengan sahabat-sahabat lama. Kawan yang telah beberapa tahun tidak bersua muka. Gembira kerana masih diingati sebagai sahabat. Terima kasih, sudi berkunjung ke teratak buruk saya. Semoga syawal akan datang akan mempertemukan kita kembali. Jika panjang umur bertemulah kita. InsyaAllah.
PM : berura-ura nak buat open house di Putrajaya. eh.. puasa 6 dulu.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
SALAH & SILAP HARAP DIMAAFKAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN n SELAMAT PULANG KE KAMPUNG
PM : sambut raya bersederhana saja...

Friday, September 04, 2009

Ramadhan di Trengganu

Bersempena Ramadhan yang mulia ini sempat juga berpuasa di kampung halaman. Sebagai perantau sudah pasti itu antara waktu-waktu yang dinantikan. Berpuasa, bertarawikh, berbuka puasa & bersahur bersama-sama keluarga pasti seronok bukan? Balik kampung, sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Oh ya... tahun ini saya hanya pulang sehari sebelum raya, jadi rasa-rasanya tidak berkesempatan membuat persiapan sebelum raya seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

Ramadhan di Trengganu... dulu kini mungkin banyak kelainannya. Saya masih ingat, semasa kecil-kecil antara yang menarik adalah ke masjid menunaikan tarawikh. Sebenarnya bukan bersolat sangat, tapi seronok bila dapat berjumpa & bermain dengan kawan-kawan sekampung. Riuh!! Paling seronok bila moreh. Makan free. Macam-macam kuih disediakan. Satu lagi tradisi di bulan Ramadhan adalah majlis namat. Biasanya diadakan di masjid selepas tamatnya tadarus al-quran yang di baca secara berjemaah oleh ahli-ahli masjid. Kebiasaannya, ibu akan menyediakan satu hidangan berbuka puasa lengkap untuk 4-6 orang makan. Kiranya setiap ahli masjid akan menyediakan juadah berbeza. Masa tu memang makan besarlah jawabnya.

Salah satu perkara yang saya rindu bila tiba bulan Ramadhan, bunyi bedil a.k.a meriam berbuka & waktu imsak. Rasanya hanya ada di Kuala Trengganu. Kebiasaannya bedil akan berbunyi sekali menandakan waktu berbuka puasa dan sekali lagi semasa waktu imsak. Boleh dikatakan satu daerah Kuala Terengganu boleh mendengar dentuman bedil yang ditembak dari Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu. Itu satu tradisi di bulan Ramadhan. Sebab tu bila dah berada di Kota Batu ni, terasa rindu pulak nak dengar bedil buka puasa.

Tahun ini juga, berkesempatan berbuka puasa di tepi pantai. Tradisi GBS. Kalau balik kampung, Ramadhan, mesti berbuka bersama di tepi pantai. Walaupun tahun ini hanya berdua kerana seorang sahabat lagi berumrah di Tanah Suci, ia tetap seronok. Bertukar cerita, gosip-gosip sementara menunggu bedil buka puasa berbunyi. Ini juga bukan perkara asing orang-orang di Kuala Terengganu. Bila petang je, pantai Batu Buruk penuh dengan orang-orang. Seperti satu pesta. Ada yang datang sekeluarga, ada yang datang berdua, dan macam-macam lagi. Datang atas satu niat yang sama, ingin berkelah & berbuka puasa di tepi pantai. Seronok!
Trengganu juga kaya dengan kuih-kuih tradisi. Netbak, koleh kacang, bubur lambuk, tepung pelita, sata, golek abu antara kuih kegemaran. Balik kampung, hari pertama berbuka ibu menyediakan bubur lambuk. Bubur lambuk di sini lain daripada yang lain. Disediakan dengan rempah bubur lambuk dan kerisik, santan, ikan selayang panggang yang dihancur-hancur, berserta campuran sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku merah, pucuk lampin budak, pucuk mata ayam dan macam-macam jenis sayuran sangat sedap dimakan semasa masih panas.
Dan yang paling menarik adalah bazar Ramadhan. Melata di merata-rata tempat. Tapi saya lebih suka ke pasar. Pasar Batu 6, pasar Manir, pasar Chabang 3, pasar Payang semuanya menjual macam-macam juadah berbuka puasa yang menarik. Kalau teringin merasa kuih koleh kacang dan tepung pelita yang paling sedap, cari lah di Pasar Chabang 3. Di pasar Manir pula ada dijual sata dan pulut lepa @ pulut panggang yang sedap. Kuih golek abu yang sedap terdapat di pasar Batu 6. Erm.. mungkin sedap pada tekak saya, pada orang lain tak tau la.
Malam 7 likur @ malam ke-27 Ramadhan, pastinya setiap rumah akan berkilauan dengan cahaya pelita. Masa kecil-kecil dulu, ayah akan bina pelita daripada buluh. Dipasang disekeliling rumah. Memang cantik. Tapi masa berubah. Mungkin sekarang pelita buluh sudah tak ada lagi, diganti dengan pelita plastik. Tapi ia tetap meriah. Saya paling suka jalan keliling kampung kalau tiba malam raya. Tengok rumah mana yang paling banyak pasang pelita. Masa tu kanak-kanaklah yang paling gembira. Main mercun, bunga api, tanglung memang meriah. Owh... kenangan-kenangan...
PM : tak sabar nak balik raya

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA

SEMOGA RAMADHAN INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN YANG SEBELUMNYA

Thursday, August 20, 2009

Kisah menjejak kaki pelangi

Akhir-akhir ini aku selalu nampak pelangi. Sangat cantik! Terbaru melihat pelangi ketika berada di Bumi Kenyalang. Bukan sekali, malah dua hari berturut-turut. Memang cantik. Tujuh kombinasi warna yang sangat menarik.
Kata teman 1 : "kita selalu nampak pelangi, tapi di mana kakinya?"
Kata teman 2 pula : "jom kita jejak kaki pelangi?"
Kata aku : "Cubalah! kalau jumpa aku solute kau!"
Baru aku terfikir, pelangi memang sangat cantik, tapi yang pasti kaki pelangi tak mungkin dan tak akan ditemui oleh sesiapapun. Itu semua kuasa & kerja Tuhan.
Dulu semasa kecil, masih keanak-anakan aku selalu berangan-angan, jika pelangi muncul aku mahu bermain-main di atasnya. Konon-kononya menggelongsor dari puncak pelangi hingga ke kakinya. Pasti seronok! Itu angan-angan semasa kecil, walau tak pernah tertunai tapi ia tetap manis bila dikenang.
Memburu kaki pelangi... sama seperti memburu impian. Impian untuk sebuah kehidupan yang bahagia dan lebih sempurna, impian untuk mencapai cita-cita yang diimpikan dan berbagai-bagai impian yang diinginkan oleh setiap insan yang bergelar manusia.
Kata teman, pelangi cantik walaupun hanya dapat dinikmati seketika cuma. Seperti sesuatu @ seseorang yang singgah dalam hidup kita. Walaupun sementara, kerana indahnya ia kita tetap akan kenang sampai bila-bila. Jadi, jika pelangi muncul... nikmatilah keindahannya walau hanya seketika. Begitu juga dengan bahagia... jika sedang berbahagia nikmatilah! Walaupun hanya sementara. Sekurang-kurangnya kita berpeluang juga mengecapi kebahagian walaupun hanya sekejap... daripada mereka yang tidak berpeluang langsung untuk menikmatinya.
PM : jom jejak kaki pelangi!

Monday, August 17, 2009

Kasut

Saya adalah pengumpul kasut yang berjaya. Suka benar membuat koleksi kasut walaupun hakikatnya sangat susah mendapat saiz yang sesuai dengan kaki saya yang terlebil 'comel' ni. Tapi... walau sebanyak mana kasut yang saya ada, kebiasaannya saya hanya memakai kasut yang sama saja. Kata orang, yang selesa di kaki.
Ada pepatah Inggeris berbunyi "Letakkan diri kita dalam kasut orang lain" - merasai perasaan orang lain dan melihat sesuatu keadaan dari kaca mata orang yang mengalaminya. Oh... itu antara perkara yang sangat sukar untuk dilakukan oleh saya. Itu saya akui. Pernah seorang teman berkata, "cuba kau letakkan diri kau di tempat aku, pasti kau akan tau macam mana rasanya". Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak berupaya menyelami hati orang sedalam itu. Walaupun kita sama... tapi kita tetap berbeza. Kan?
Contohnya, terbaru adik saya telah menghadiahkan 2 pasang kasut bertumit 2 1/2 inci! Aduhai... bisa tersadung jika saya memakainya. Padahal sudah beberapa kali dipesan jangan membazir membelikan kasut untuk saya kerana saya sangat cerewet memilih kasut. Itulah perbezaannya. Walau bercitarasa berbeza, pemberian orang harus dihargai. Yang penting cuba untuk berada ditempatnya dan merasai apa yang dialami. Mungkin juga, kasut baru nanti tidak sesuai dengan kaki saya, atau mungkin juga ia selesa dipakai. Siapa tahu? Itulah manusia... mungkin masing-masing mempunyai masalah yang sama, serupa, sebijik tetapi apa yang dirasai tidak akan sama. Mungkin bagi kita perasaan sakit itu hanya biasa-biasa saja, tapi tidak bagi mereka. Dan perkara yang paling sukar adalah untuk menyelami perasaan orang.
Walau apapun, sebelum cuba untuk menyelami perasaan orang, selami dahulu perasaan sendiri. Kenal hati budi sendiri dahulu sebelum mengenal hati budi orang lain. Ketahui kehendak dan kemahuan diri. Sebelum membahagiakan orang-orang di sekeliling, pastikan diri kamu bahagia dahulu. Barulah kebahagian itu terlampias kepada orang-orang di sekeliling kita. InsyaAllah...
PM: jika kamu bahagia, saya juga begitu! (^_^)

Sunday, August 09, 2009

Festival Bunga 2009

Berkesempatan juga ke Festival Bunga & Taman Putrajaya 2009
Alang-alang sudah tinggal di Putrajaya, pergi saja
Kebetulan orang-orang kesayanngan baru datang dari kampung
jadi...
bawa mereka sekali ke sana
tapi...
aku rasa festival kali ni 'kureng' lah dari sebelum ni
tapak makin kecil
bunga-bungapun tak banyak
papepun menarik jugak!

Monday, August 03, 2009

Fiesta

Sabtu lepas
gigih bersama cik Nilly meredah kegelapan malam ke Bukit Jalil
semata-mata nak ke fiesta makang buah
sebenarnya bukang kitaorang makang sangat pung buah
saje nak memeriahkan fiesta. hiks
bak kata cik Nilly "mane tau kot-kot jupe bah ganu, bleh naik skali". hahahaha! *GBS komen!
malam tu hanya berdua je.
adik-beradik ada agenda masing-masing
yang lain-lain lesap ke mana
lagipung kawang-kawang kami bukan ramai pung
pi mai pi mai tang tu jugak
alih-alih jupe muka sama je
Lepas Maghrib bertolak
sampai sana, orang dah berpusu-pusu
tak sangka ramai sunggoh rakyat Trengganu bermastautin kat sini
gerai-gerai mewakili 7 daedah di Trengganu ; Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Macam-macam ada... buah-buahan tempatan & makanan tradisi negeri Terengganu
dan seronoknya malam itu kami bercakap 'Trengganuspeak' tanpa batasan. *lawah2
Cuma dua yang aku rasa tak puas hati
mentaliti orang Malaysia memang tak boleh diubah
mentang-mentanglah makan free,
masing-masing siap angkut berplastik-plastik makanan & buah-buahan.
tak ingat orang langsung
Kot ye pun makang free, ingat-ingatlah orang akan datang lagi
apa salahnya makan kat situ je puas-puas
sama-sama datang, sama-sama rasa kan?
ini tak... kalau boleh dengan gerai-gerai sekali diorang nak angkut
macam orang kebulur pun ada jugak
bayangkan, baru pukul 9pm, banyak gerai dah kosong!
satu lagi...
orang dah bagi makan free, apa salahnya jaga kebersihan
buang sampah kat tempat di sediakan
main campak-campak je kulit buah & sampah
nak aje aku piat tangan diorang. *haish... emo plak
makan, amik banyak-banyak lepas tu tak abis tinggalkan bersepah-sepah macam tu aje
sangat membazirlah!
kesian orang datang lambat... x sempat merasa.
papepun malam tu ok lah.
walaupun tak makan beriya-iya
tapi seronok jugak
papepun yang penting hati mesti gumbira...
lalalala...




~ pencuri buah... anak sape lah ni...~