~ perjalanan train Guilin - Nanning mengambil masa lebih kurang 6-7 jam.
Balik hostel, kemas beg dan buat apa-apa yang patut, kot rasa nak terkucil ke, nak apa ke eloklah settle dulu sebelum naik train. Nanti atas train kita tak tahu lagi keadaan toiletnya macamana kan? Gred A ke? B ke atau C kan?
Lebih kurang pukul 10.30pm, kami dah bersiap-siap nak ke stesen keretapi. Berjalan dari hostel ke stesen tak jauh manapun, tak sampai 10 minit. Sampai di stesen keretapi Joh dah menunggu, kami bagi tiket kat Joh dan dia tunjukkan tiket pada guard, kemuadian cong ceng cong ceng guard tunjuk belah kanan. Rupanya untuk penumpang soft sleeper tempat menunggu di bahagian lain > kira macam VIP la kan. Haha. Kami pikul beg dan terus berjalan ke sebelah kanan, masuk dalam tu ada guard dah sedia menunggu. Scan beg dulu dan terus masuk ke ruang menunggu. Dalam ruang menunggu ada beberapa orang je, tapi ruang menunggunya bukan main besor lagi. Apa lagi, memang syok la - masing-masing bercakap macam kat rumah sendiri!
Joh, tudung dan islam.
I like your scarf, you all look sweet while wearing those scarf. Masing-masing ketawa besar! (kalaulah Joh tahu orang yang pakai tudung bawal ni masuk dalam kategori 'fashion out dated' mesti dia gelak guling-guling kan? Tudung awning fareeda ke, ariani ke, kira semua tudung brand yang nama perempuan tu kami 'tak reti' pakai dan paling latest yang tudung layer berlapis-lapis tu, tak laku kalau nak jual kat kami kot).
Can you teach me how to wear a scarf? Cik Yah ambil tudung dan pakaikan pada Joh. Bukan main suka dia dapat pakai tudung.
|
Sweet betul Joh bila bertudung kan? |
Lepas tu Joh menyatakan hasrat hatinya untuk tahu tentang islam. *melopong mulut kami semua!
May i know more about your religion. I meet with many people, most of them come from different race and religion. But i found Muslims who come from Malaysia are the most kind and polite people. I like the way they wear a scarf, i like their actions and it's make me want to know more about their religion. Because i don't have any religion...
Hajjah.. apa lagi! - siot je diorang ni.
Saya tarik nafas panjang-panjang. Cari idea untuk mulakan bicara. Serius, clueless ok!
Before u know more about our religion, Islam... u must believe that God exists, even though u cannot see him, u cannot touch him, u don't know where he is but u must believe he always with u.
Banyak yang kami bualkan. Kami ceritakan tetang Muhammad SAW yang menjadi rasul kami , tentang Al-Quran yang menjadi garis panduan kepada kami di mana kandungan di dalamnya merangkumi semua seluruh hidup kita dari lahir sehingga mati. Tentang adanya kehidupan selepas mati, tentang beruntungnya dia jika menjadi muslim berbanding kami yang lahir-lahir saja sudah bergelar muslim, tentang solat sebagai salah satu cara kami bersyukur dengan nikmat dariNya dan banyak lagi.
Ying, just know... from the bottom of my heart i pray to Allah to give u a light to the right way.
Paling kelakar bila cerita tentang keburukan memakan babi kepada kesihatan. Susah nak terangkan konsep 'haram' kami terangkan dari sudut saintifik. Tentang kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perubatan yang kebanyakkannya bukan islam - hasil penemuan tentang kandungan cacing yang terdapat dalam daging binatang itu yang tidak mati walaupun selepas di masak dengan suhu yang tinggi dan kemudian jika di makan, cacing itu akan hidup dan membiak di dalam perut pemakannya pulak.
Oh no... i eat a lot!
So, after this u must avoid eating pork. haha.
Bila Joh tanya tentang Al-Quran, apa isi di dalamnya dan bagaimana ia wujud - seolah-olah dia mahukan bukti kewujudan Al-Quran. Kebetulan saya memang sentiasa bawak 'buku' himpunan surah-surah amalan dan kebetulan juga dalam mp3 saya memang ada surah-surah yang biasa saya baca dan hafal, jadi saya pasangkan surah Al-Fatihah di telinga Joh.
What a nice 'song'! This is Arabic? U can read and understand a meaning of this song?
We call this 'song' Al-Fatihah. The most important surah in Al-Quran. If u're a muslim, u will read this surah 17 times a day.
How?
When u perform solat. Sambil ulang balik bacaan Al-Fatihah di mp3 sambil tu kami cuba terjemahkan setiap ayat dari surah tersebut.
U're so good, u can read arabic and also can understand the meaning. Very hard to me. Since when u learn?
Since we were young. Actually we also not good. Until today we still learn to improve ourselves. Because this is not our language. Joh hairan macam mana kami boleh berbahasa Inggeris dengan baik (padahal tunggang langgang), boleh baca Al-Quran yang bertulisan arab/jawi dan boleh faham maksudnya, boleh faham Mandarin sikit-sikit. Dia siap kira berapa banyak bahasa yang kami tahu. Haha. Innocent betul Joh ni. Padahal kami ni ilmu secetek air di paras buku lali!
Banyak lagi yang Joh tanya, dia juga tanya pasal agama-agama lain.
What is different between Islam and Christian? - part ni memang agak mencabar, takut salah cakap lain pulak maknanya.
Kami hanya jawab, kedua-dua agama datang dari tuhan yang sama. Tapi zaman, kitab dan rasul yang menyampaikan agamanya saja yang berbeza. Yang pasti, panduan dan perkara baik yang hendak disampaikan tetap sama. Cuma yang menjadikan agama itu tidak suci bukan agamanya tetapi penganutnya sendiri.
As a muslim, we must respect other religion. Even u know Islam was the best religion, but u cannot said other religion was not good. - mujur Joh faham apa yang kami nak maksudkan.
Joh juga menyatakan kebimbangannya di mana tempat paling sesuai untuk dia tuju sekiranya dia ingin belajar tentang islam dengan lebih mendalam.
If u want to know about Islam, mosque is the best place to get some knowledge. Mosque was not a place to solah and pray but u also can meet other muslim, and i'm sure they will welcome u. What's special about Islam where ever u go you can find muslim, that means u have a big family all around the world. Trust me!
Kamipun cerita bagaimana kami jumpa dengan seorang pelancong muslim dari Shanghai di Yangshou dan betapa gembiranya bila dia juga seagama dengan kami. Sebab antara perkataan pertama pelancong itu keluarkan ialah, u all muslim? I'm also muslim! Peristiwa tersebut menunjukkan betapa agama mampu menyatukan kita walaupun berbeza bangsa dan negara.
Kita yang dah berada di negara Islam dan sudah sedia 'Islam' sejak lahir belum tentu seperti Joh kan? Kita di Malaya, bebas hendak menuntut ilmu agama, peluang untuk mendalami Islam ada di mana-mana tapi agak-agak berapa ramai je yang betul-betul menggunakan peluang yang ada? Terasa jahil pulak bila mengenangkan diri sendiri yang mengaku Islam tapi belum sepenuhnya mengamalkan cara hidup sebagai muslim dan selalu lalai. Adehh... terus rasa nak menangis.
Peluang bercakap tentang Islam dengan Joh dan keinginannya yang tinggi tentang islam buat saya muhasabah diri. Betapa beruntungnya dia, 'di tiup' rasa ingin tahu tentang Islam oleh Allah - Dia pilih sesiapapun yang Dia mahu dan Joh antara salah seorang yang 'terpilih'. Saya doakan rasa ingin tahu tentang Islam tetap kekal dalam hatinya dan seterusnya di buka hatinya untuk menerima Islam sebagai agamanya. Amin... Sama-sama kita doakan untuk Joh ya kawan-kawan.
Keretapi terakhir ke Nanning
Keretapi kami dijangka sampai di stesen Guilin pada pukul 11.30pm, sekali terlewat lebih 1 jam. Macam tahu-tahu je banyak benda yang kami nak bualkan dengan Joh.
Lebih kurang pukul 12.30am barulah kami dengar announcement keretapi kami dah sampai dan kami perlu masuk ke dalam untuk naik train. Baik betul Joh, sampai ke pagi temankan kitaorg, bila di suruh balik dulu beria dia nak tunggu dan hantar sampai kami naik keretapi. Terharu...
Akhirnya sampailah masa nak berpisah dengan Joh, dia hantar kami semua sampai ke atas dan masing-masing ucapkan selamat tinggal. Dan elok kami sampai je di platform, keretapipun sampai.
|
Lampu keretapi ke Nanning... akhirnya selamat jugak sampai di stesen Guilin |
|
Dek untuk soft sleeper nun jauh di hujung sana. Laju masing-masing lari takut kena tinggal |
|
Akhirnya sampai ke dek kami. Fuh.... separuh nyawa jalan dari hujung landasan ke hujung landasan |
|
Masuk, konduktor keretapi bagi kami kad ini. Simpan ye, nanti esok dah sampai kena pulang balik |
|
Beza antara soft dan hard sleeper ialah setiap 'bilik' bagi soft sleeper ada pintu dan dalam sebuah 'bilik' ada 4 buah katil manakala bagi hard sleeper katilnya terbuka tak ada pintu dan setiap 'bilik' ada 6 katil. |
|
Kami ber'5 terpisah 2, tapi 'bilik' sebelah menyebelah je. Masuk kat bilik saya lah best, buka pintu je tengok ada lelaki tengah syok tido atas katil saya. Bukan main lena lagi. Confius kejap, ingatkan salah 'bilik', tapi bila sahkan dengan konduktor keretapi rupa-rupanya lelaki tu tidor atas katil saya. Konduktor kejutkan lelaki tu, terus dia bangun, keluar dari bilik dan tak masuk-masuk sampai sudah. Eh, kitaorang tak marah atau cakap apa-apapun dengan dia tau. Mungkin dia yang segan kot nak tido satu 'bilik' dengan perempuan sebab tu dia mengalah. muhahaha. |
Lepas lelaki tu beredar, saya kemas apa yang patut. Er.. walaupun tiket kami kategori tiket paling mahal, soft sleeper katanya, tapi kita tak boleh nak expect lebih. Semuanya uzur, tapi syukurlah ada jugak tempat nak tidor malam ini. Kemas apa yang patut, dan kemudian kami semua tido lena sampai ke pagi.
Lebih kurang pukul 4.45am, kami dah terjaga. Masing-masing ke tandas (tandas walaupun simple, tapi bersih), buat apa yang patut dan berwuduk untuk solat. Tukar bajupun yang perlu tukar je, agak-agak yang masih bersih tu kita recycle je la - giler selekeh!
Lepas dah siap semua, kami sarapan dengan roti serunding/ butter. Nikmatnya makan roti walaupun roti tu penyek dah tak ada rupa roti dah. Haha.
|
View sepanjang perjalanan memang lawa, sepanjang jalan kami melalui sawah padi. |
Akhirnya perjalanan lebih kurang 8 jam berakhir, kami sampai di stesen Nanning lebih kurang pukul 8.30am. Lama sungguh perjalanan, tapi perjalanan kami untuk ke Hanoi lagi panjang ni. Bertabahlah ya....
|
Muka ceria je walaupun hakikatnya masing-masing tak mandi. haha |
|
Stesen keretapi Nanning |
|
Turun bawah untuk keluar dari stesen |
~ Bersambung perjalanan dari Nanning ke Hanoi pulak