Followers

Thursday, February 09, 2012

Pavlova

homemade pavlova. Superb!!

Ini adalah rentetan dari entry balik kampung sebelum ni yang mana banyak acara makan, makan dan makan sahaja. Berkobar-kobar balik kampung konon-kononnya nak tunjuk skill kat pn Fatimah nak buat pavlova. Hehe. Menjadi jugak pavlova saya walaupun naiknya tak seberapa. Ahaks.

Kisahnya bermula bila cik bunga duk war-warkan, dia makan pavlova homemade. Apa lagi, alang-alang balik kampung GBS request dengan kakak dia. Yang terharunya, nak pulak kakak cik bunga melayan permintaan kitaorg ni. Padahal cik bunga bukannya balik kampung, kitaorg ni sesuka hati je pergi terjah rumah dia. Tu semua kerana pavlova. Biasanya kalau bab-bab makan cik bunga memang terror. Mula-mula dia makan, pastu dia hasut kitaorg, dan lepas tu dengan dia skali kena heret makan.

Lepas makan, saya cuba-cuba buat. Saya cilok resepi yanmionline :

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 1/2 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tips : Untuk elakkan meringue yang dihasilkan berair, boleh gunakan serbuk vanila bagi menggantikan esen vanila.

Untuk resepi penuh dan cara membuatnya boleh rujuk SINI. Saya malas nak copy paste.

dan kami pergi layan pavlova di Masjid Kristal. hehe

Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidur Rasul

Moga syafaat RasulAllah sentiasa melimpahi kita sebagai umat akhir zaman ini

PM : pohon pada-Nya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk mengunjungi baginda lagi... Amin....

Saturday, February 04, 2012

Autumn in Korea Day 5

Hari terakhir di bumi Korea sebelum pulang ke Tanah Malaya keesokan harinya, kami menghabiskan masa yang berbaki di Bandar Socho. Bandar Socho merupakan bandar yang terletak di pinggir laut dan terkenal dengan perkampungan nelayan. Dan di sini juga ada taman negara iaitu Seoraksan National Park. Kami sempat ke sana, tapi malangnya hari tu cuaca diluar jangkaan. Hujan menyebabkan perjalanan kami agak terbatas.

Untuk pengetahuan semua, di bandar ini juga merupakan lokasi penggambaran salah satu drama Korea iaitu Autumn in my Heart. Kalau cuaca mengizinkan, sight seeing di sekitar bandar ini pasti merupakan pengalaman yang menarik. Tapi apakan daya... ketentuan Allah siapa mampu menghalang.

Seperti biasa, cerita cik bunga di SINI.


Hujan....


sayang daun masih kehijauan....


lokasi penggambaran Autumn in my Heart


The House Hostel


a note from US!


inside subway to airport


bye!

Autumn in Korea Day 4

17 September 2011

Menghabiskan masa sambil mengimbau moments dalam drama Winter Sonata di Nami Nara dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Bandar Socho!

Seperti biasa ikuti cerita cik bunga di SINI!


in front of Namsan guesthouse


at Cheongnyangni Station - to Nami Nara


Zip wire to Nami Nara


it's them!


in Nami Nara


First Kiss...


nice deco


cycling around the island


places to go next! InsyaAllah


Malaysia's flag in Nami!


Our 10 kg begs! huh!

Friday, February 03, 2012

Autumn in Korea Day 3

16 September 2011

Sambungan cerita sebelum

Hari ni masih di Bandar Seoul. Antara tempat yang kami lawat ialah :

1. Ehwa Village
2. Hangdae - Coffee Prince Cafe dan taman permainan Marry Me Mary
3. Namdaemun Market
4. Myeongdong
5. Seoul @ Namsan Tower
6. 63 building - near Hangang river and cruise

Saya malas nak cerita, nanti boleh baca cerita cik bunga kat SINI!

Happy reading ^_^


Ehwa Village

bus to Namdaemun market

we're in Namdaemun market

Myeongdong

Namsan Tower

A lock of Love

Han Park

romantic couple

night at Seoul City


mawar : nak pegi Korea lagi!