Monday, May 11, 2009

OS lagi

Minggu lepas OS lagi. Kali ni bukan sebagai urusetia, tp atas jemputan bahagian lain. ihik. Sonok juga sekali-sekala bila OS x payah nak pk pasal penginapan ke, pk pasal schedule lawatan tapak ke, kontek orang tu, kontek orang ni.. waa... heaven jugak camni. Pegi, bwk otak + ilmu di kepala aje. hiks.

OS kali ni cover 5 projek utk tempoh 3 hari. Bleh dikatakan sgt padat schedule OS kali ni. Xde masa nak bercanda2 @ bersuka-suki.

Bertolak pagi, t/hari sampai di negeriku. Rindu sungguh w/lpun baru x sampai sebulan balik kg. Tapi kali ni balik keja semata2. x berkesempatan langsung nak jenguk ibu dan ayah di kg.


Projek 1 & 2 : Nira nipah. Aku yakin ramai orang x tau pasal nira nipah. Rasanya lebih kurang nira kelapa jugak. Sama je. Aku kira ni antara projek bermasalah yg kementerian terpaksa pantau. Hairan bin ajaib pun ada, kenapa la, begitu byk duit kementerian bagi, tp projek x dapat jalan dengan baik. w/lpun hasilnya ada, tp ia bukan satu projek yg boleh dibanggakan. Papepun aku salute jugak pada pemilik projek ni sbb sanggup tanggung risiko amik alih projek dari ketua projek lama. Sanggup tutup 'lubang' yang dah digali oleh orang2 x bertanggungjawab!

~ produk2 dari nira nipah ~

Ptg baru semua kerja selesai. 5.30pm terus bertolak ke K.Trg. Bermlm di primula, betul2 terletak di belakang Pantai Batu Buruk. Sempat jugak melencong ke Pasar Payang. Masa sampai tu, kedai2 byk yg dah tutup. Tapi sempat jugak merembat sepasang sutera merah utk majlis konvokasi bulan 8 ni. hikhikhik! Kali ni secara x langsung aku terpaksa jadi tourist guide kat diorg2. Padahal aku ni bukannye hafal bebenor selok-belok kat negeri sendiri ni. Lama sangat jadi perantau, hal2 kat negeri sendiripu kadang2 failed!

Malam, bwk diorg merasa seafood. Atas cadangan ibu, aku bawak diorg ke restoran seafood kat bawah jambatan Kuala Ibai. Ok la. Seafood kat sini memang fresh! Makan utk 8 orang, memang sgt heaven! So, sesape yg ke Trg, boleh la singgah makan di restoran ni. Sedap masakan dia. Pilih sendiri nak makan ape & ckp je nak masak dengan menu ape. Semua sedap. Tambah plak, bleh tgk view Sg. Ibai & merasa angin sepoi2 bahasa. Tp kalu hujan @ ribut, cepat2 la angkat kaki!

~ menu ; sotong&udang goreng, ikan 3 rasa, tomyam & pari bakar! ~

Projek 3 : Solar dryer. Antara projek yg berjaya. Alhamdulillah. Sudah ada anak kelahiran Trg yg ada kesedaran utk tingkat hasil pemprosesan keropok menggunakan teknologi canggih. Satu usaha yg baik dan patut diberi pujian.


Teruskan perjalanan ke Kuala Berang, Hulu Terengganu. Jauh jugak dari bdr K.Trg, lebih kurang 3 jam jugak nak sampai ke Kg. Tersat!


Projek 4 : Cengkerik. Juga antara projek bermasalah. Dana 2 juta yg disuntik langsung x menunjukkan pape hasil yang boleh dibanggakan. Sangat sedih bukan? Kononnya mahu menternak cengkerik dan cengkerik yg kaya protein akan diproses menjadi pallet utk makanan ikan. Tapi nan ado projek ni berjaya. Permohonan asal dah 15 juta, 2 juta kira x cukup la pada diorg. iskh... sesia je duit rakyat. Sedih..

Sempat jugak snap2 ape2 yg aku rasa nak snap. hiks

Ptg, kul 6 lbh teruskan perjalanan ke Gua Musang. Makan masa 4-5 jam jugak nak sampai sana. Giler naik kematu bontot! Penat! Dlm perjalanan pun hujan je memanjang.


Sampai Gua Musang dekat pkl 11.30pm. Sangat penat! Bermlm sini...


Projek 5 : Pico-hidro. Boleh dikatakan berjaya. Pada pemerhatian aku, bukan senang nak buat satu projek komuniti di perkampungan orang asli yang melibatkan penglibatan sepenuhnya dari orang asli. Nak sampai ke perkampungan tu pun makan masa 3 jam dari bandar Gua Musang. Jalan plak guna lori balak je. Ala2 nak terburai isi perut jugak la duk dlm fortuner nak sampai ke situ. Pada aku ia satu pengalaman yang menarik!



~ empangan dibina untuk hasilkan tenaga elektrik ~

~ dijamu dengan ubi yg dimasak dlm buluh & ubi bakar~

~ terpaksa merentas sungai utk ke tapak projek ~


~ bunga hutan yg sgt cantik di mata aku~

Keluar dari perkampungan dah pukul 5pm. Sampai hotel, check out teruskan perjalanan balik ke Putrajaya. Sampai rumah dah dekat2 pukul 12 t/mlm. Sangat penat! Esok terpaksa jugak masuk opis!


PM : next OS? kuching, sabah, kelana jaya.. fuh...

No comments:

Post a Comment