Jumaat lepas, OS lagi, di Seberang Prai, Penang. Amik 1'st flight ke Penang dan seperti biasa dijemput oleh Pakcik Ishak ke tapak pemantauan. Pakcik Ishak adalah tourist guide kami sepanjang kami di Penang. Sangat ramah & baik hati. Mengikut saja kami ke mana2. Dan dia tidak lokek bercerita tentang itu dan ini kepada kami.
Cam cerita kembara tikar terbang Mr. Superman dgn GBSnya ke Penang, kali ni aku dah berpakat2 dengan teman sepejabat utk kembara jugak! ahaha.. sbb tu kami pilih hari Jumaat. Motip?? Bolehlah berjimba2 dulu barang sehari dua sebelum balik. * mati la... kalu pengarah baca blog ni.
Jam 10.30 am sampai. Pakcik Ishak dah sedia tunggu. So, terus ke tapak projek kat Seberang Prai menyeberang jambatan Pulau Pinang. Mcm2 cerita pasal jambatan ni. Sejarah pembinaan la, sejarah kemalangan la. Macam2... kami layan je.
Projek pemantau kali ni berkenaan dengan projek komuniti. Tentang tanaman sayur-sayuran dan bajanya dihasilkan secara semulajadi dari ikan2 yang diternak di dalam tangki. Menarik bukan? Walaupun ketika lawatan pokok sayur yang tumbuh kurus2 belaka. Padanlah dengan ikan2 yang diternak, masih kecik2 lagi. Ia seperti green house. Boleh dikatakan projek ini berjalan dengan baik w/lpun tempoh projeknya agak lewat. Tapi saya boleh puji ketua projek ini kerana hasilkan gabungkan teknik2 lama menjadi satu cara baru yang dinamakan Bioponik.
Tengahari, selepas sudah kerja, kami amik feri dari Seberang Prai ke Gorgetown. Pengalaman pertama! hahaha. Menarik jugak! Dapat lihat permandangan bandar Gorgetown dari bot. Kelihatan jambatan PP agak kabur dek kerana jerebu.
Balik ke Gorgetown, check in di Cititel. Ini hotel kegemaran bos, w/lpun dia x ikut kami skali. But since nama dah ada dlm record hotel & kemalasan nak mencari hotel lain, kami pilih je hotel ni. Lagipun lokasi Cititel strategik. Betul2 tengah bandar. Senang utk JJCM dan menjamu mata. Tengahari lunch di Tanjung Bunga. Sedap jugak masakan di situ. Kari kepala ikannya sangat sedap! Tp x boleh makan byk2. Nanti perut saya meragam. Sbb perut saya sangat sensitif dengan masakan pedas dan berempah! Kesian bukan??
Petang, ke taman bunga a.k.a taman botani. Alahai.. taman botani lagi. Tapi menarik juga di sini. Udara nyaman. Sonok jugak melepak2, layan mata sambil makan aiskrim! sangat nyaman perasaan tu! Lepas tu kami melencong ke Bukit Bendera pulak. Nasib kami sentiasa baik sbb sampai2 je, beli tiket terus ada kereta kabel sedia tunggu kami utk naik ke Penang Hill. Nasib baik lagi sbb orang x ramai, jadi x perlu bersesak2 berebut naik kereta kabel. Cumanya cuaca sedikit mendung dan berjerebu. View kureng cantik!
Turun dari Penang Hill, dah gelap. Hampir masuk maghrib. Nasib baik musafir. Kami malas nak susahkan Pakcik Ishak jemput kami, jadi naik bas balik hotel. 1'st time naik Rapid Penang. hikhikhik. Kat sinipun x penah naik bas, tetiba g penang bleh plak naik bas. Sonok jugak! Bleh keliling bandar sambil jamu mata tgk pemandangan bandar Penang di kala malam hari. Seronok bukan? Paling kelakar, dek kerana takut terlepas, awal2 dah pesan dengan pakcik bas, berhentikan kami di depan Hotel Cititel. * kredit utk pakcik rapid Penang yang sgt ramah!
Malam, lepas mandi & solat, rest kejap acara mengisi perut pulak. Tapi sblm tu Pakcik Ishak bawa kami ke Pantai Bati Feringgi dulu. Ada nite market di situ. Just jamu2 mata saja. X minat nak beli papepun. Just buy some souvenirs for opismates and GBS. Sbb mostly barang2 kat situ bkn barangan tempatan, kecuali souvenirs.
Dan acara mengisi perut adalah di Restoran Nasi Kandar Beratur. Unik nama restoran ni, seunik cara tempahan makan di restoran ni jugak. Kena beratur kalau nak order makan. Dah dapat makanan baru cari tempat duduk. Restoran ni buka 10pm - 3am. Lama jugaklah beratur, almost 45 minute! Jenuh menunggu! Nasib baik sedap! Rasanya masakan nasi kandar kat situ lebih sedap berbanding Line Clear Nasi Kandar! Saya tidak berminat ke sana lagi w/lpun org kata, kalau ke Penang, WAJIB makan di Line Clear Nasi Kandar. Kurang bersih. uhuk! Saya masih ingat dulu, penah singgah di sini makan nasi kandar. Tgh2 sedap duk melayan nasi kandar, melintas beberapa ekor tikus sebesar anak kucing! Aduhai.. terus termati selera makan saya. Dan saya juga bukan penggemar nasi kandar. Sekadar merasa, alas perut bolehlah. Jadi kali ini atas cadangan Pakcik Ishak, kami ke Restoran Nasi Beratur. Berbaloi w/lpun terpaksa beratur lama.
Hampir jam 2 am baru sampai hotel! Penat! Niat nak ajak diorg merasa Sup Daging di Restoran Hameed, tp sudah kenyang & penat! Lagipun restoran ini dekat je dgn hotel. Juga sangat sedap! Wajib merasa jika ke Penang!
Esok, awal2 sudah janji dgn teman2 mahu bawa mereka cuba roti canai banjir. Pueh menapak, akhirnya jumpa jugak. Mujur ada uncle jual kacang, tanya dia baru jumpa gerai roti canai tu. Memang sedap roti canai kat situ. W/lpun saya bukan penggemar roti canai, tp pada selera saya, ia sedap! Harga juga berpatutan. Nasi lemak kat situpun harganya hanya RM1 saja. Lokasinya betul2 depan balai polis PP di sebelah Pasar Chowrasta.
Lepas tu, ronggeng2 di sekitar bandar Penang sambil jamu2 mata dan tunggu Pakcik Ishak jemput kami. Kali ni Pakcik Ishak bawa kami ke Queensbay salah satu pasaraya terbesar di Penang. Ala2 times squre! Tapi saya x minat nak ronda2. Sama jugak mcm KLCC, mid valley, bosan! Cumanya, yang menarik tempat ni terletak di tepi laut, mengadap Pulau Jerjak! Kalu dulu Pulau Jerjak adalah tempat 'buangan' banduan @ pesakit kusta, tp kini tempat tu dah dibangunkan. Dah ada resort dan chalet.
Selepas itu terus ke airport. Flight kami jam 5.30pm. erm... agak menarik kerja & jalan2 kali ini. Balik kena siapkan report. wawawa... ini yg maleh ni. Tggu buddy balik bengkel, bleh siapkan report sama2. I need her view to complete our report! hiks
nani.. brief skt la tentang projek tu.. saya nak tau seba skt. duk cite pasai mkn jer hehehe..
ReplyDeletehehehehe... bleh-bleh. nanti kite open table. amcam ada brann??
ReplyDeleteok jer.. tak de hal nyer... bole aje.. heheheh
ReplyDelete