Sabtu lepas, 9.1.2010 akhirnya rancangan mendaki Bukit Broga yang tergendala selama 2 bulan berjaya juga dilakukan. Semuanya atas kerjasama semua yang terlibat. Just a simple recreation. But it was fun. Motip? Realise tension. Berhari2 bergelumang dgn kertas penjawatan yg agak menyentap kepala otak bersama boss yang sangat sentap memang boleh mendatangkan lemah fikiran. Jadi, melakukan aktiviti sebegini sekurang2nya seronok juga. hiks.
Thanks to GBS (as usual without GBS's leader), teman2 sepejabat & kawan2 sbb korang memang sporting. Terima kasih daun keladi to cik fathi yang bertungkus lumus siapkan sandwich sardin yang sgt sedap & pedas , to cik Sab & cik Su yang jadi tukang bungkus2 sandwich, dan x lupa utk cik fairus yang setia jd assistant beli2 barang, dgn ucapan korang sume memang boleh diharap! Lain kali senang wat majlis jemput korang sume jadi 'jong kako' okeh? hiks
Bertolak dari rumah seawal jam 5.00 pagi. Berkumpul di tol Kajang dan meneruskan perjalanan ke Semenyih. Dalam pukul 6.00 pagi sampai di Petronas & bersolat subuh sebelum ke Bukit Broga. Tepat jam 6.30 pagi mulakan perjalanan. Suasana masih gelap tapi orang dah ramai. Parking pun dah sesak dengan kenderaan. Jadi berpandukan lampu suluh kami mulakan perjalanan. Kelakar jugak, sbb tertinggal kat belakang dek kerana menunggu kwn2 yg pancit. Lastly, jadi org terakhir sampai ke puncak! huhu.. kira ok la tu... Papepun ok la, bg amatur cam aku ni. Bkn selalu daki bukit pun. Ni kira kali kedua selepas daki Gunung Datok beberapa tahun dulu. Lainlah kalau diajak ke pulau. Sure aku orang pertama yang terjun... ermm... tiba-tiba rindu nak diving di pulau lagi...
Broga Hill ni ada 3 check point. Bukit pertama, sampai lebih kurang 7 am. Masa tu, matahari dah keluar. Memang sangat cantik ciptaan-Nya. Kagum sekejap! Sungguh!!
Lepas tu teruskan perjalanan hingga ke bukit ke-2. Masa ni keadaan berbukit skit. Tapi bernasib baik sebab, dah ada tangga. So, just panjat anak tangga je.
Check ponit ke-3, bukit berbatu. Merasa jugak panjat bukit guna tali. Sampai kat puncak dalam kul 8 am lebih. Masa tu matahari tengah naik. Panas kira terik jugak. So, x bleh berlama-lama kat atas, nanti lagi panas, jadi kami pun turun.
Dalam jam hampir 10 am dah sampai ke bawah. Masing-masing kelaparan. Jadi sebelum balik singgah makan di Bangi. Papepun thanks tuk semua, korang memang sporting!
PM : satu hari merana sakit kaki... adeh...
Dalam jam hampir 10 am dah sampai ke bawah. Masing-masing kelaparan. Jadi sebelum balik singgah makan di Bangi. Papepun thanks tuk semua, korang memang sporting!
sporting ker..??huhu..
ReplyDeletebila nk wat lg..??
wah bestnyerr..
ReplyDeleteaku dah lame nk g broga tp hajat xkesampaian lagik
aku tingin nak pegi
ReplyDeletetapi kompem la pancit
mau dah senja baru sampai gamak nya
huhu
chenz : sporting & giler2 remaja
ReplyDeleteazizol : gi la, kalau x kau akan menyesal
acik oren : mek rosepun sampai broga, ko x tercabar ke? kalau ko naik pagi, turun petang kira 1 pakej la.. dapat tgk sunrise & sunset skali. hiks