Tarikh : 13 Mac 2010, Sabtu
Aktiviti : Daki bukit
Lagi aktiviti bersama GBS (kali ni terkurang lagi 2 org GBS dan seperti biasa tanpa ketua GBS yang berada nun jauh di Tanah Mat Said. Manakala, juga tanpa kehadiran cik Nilly yang dikhabarkan masih mandom tanpa batasan), opismate & kawan-kawan yang lain. Thanks to Ira, Ita, Zaidi, Farid, Azan, khairul, Anip, Naz, Din, Chen, Fairuz & Lily yang menjayakan pendakian ke Bukit Tabur. Seperti biasa, pukul 5 a.m bertolak dari rumah, terus ke Taman Melawati. Subuh di sana & seawal jam 7 a.m mula mendaki. Wah.... penat dowh! Separuh jalan tak lepas lagi tapi rasa cam nak semput pun ada.
Mendaki lebih kurang 30 minit, sampai ke puncak pertama yang agak berbatu. Cabaran bermula! Start mendaki bukit yang berbatu. Memang agak mencabar la. Kena hati-hati sebab tersilap langkah, masuk gaung la jawabnya. Masa tu matahari dah muncul. Malu-malu kucing. Cuaca pun baik. Cerah tapi tak terlalu terik. Masa tu kagum kejap tengok ciptaan Tuhan. Memaang cantik. Syukur sebab masih berpeluang menikmati keindahan secantik ni walaupun bukan senang nak sampai ke situ.
Overall, Bukit Tabur ada lebih kurang 10 puncak yang kena lalui. Jadi, merasalah panjat-turun, panjat-turun dari satu puncak ke puncak yang lain. Semuanya berbatu! Agak penat! Tapi yang penting mental kena kuat. Team work jugak penting. Tapi, masing-masing sangat membantu & saling menolong antara satu sama lain. Salute dengan Fairuz... antara kami semua dia paling terkebelakang & agak lemah. Mula-mula dah give up. Tapi, atas galakan & bantuan semua dia pun berjaya sampai! Congratulation Fairuz, kamu memang hebat!
Dari puncak, boleh nampak pemandangan satu bandar Kuala Lumpur. Nampak Empangan Klang Gate dari kejauhan. Memang cantik! So, sesape yang suka tracking @ hiking boleh lah cuba daki Bukit Tabur. Korang tak akan rasa menyesal! Percayalah! hahaha...
Puncak terakhir, keadaan masih berbatu, tapi ditumbuhi pokok-pokok renek seperti bonsai dan hamparan lumut yang menghijau. Cantik sangat! Udara pun sedikit sejuk. Nyaman. Masih terbayang di mata, satu kawasan ditumbuhi pokok-pokok renek, berbunga kecil kemerahan dan rama-rama berterbangan. Macam kat taman rama-rama. Cantik giler!
Arrived at last peak about 11.30am. Berlama-lama di puncak lebih kurang 30 minit dan turun semula ke kaki bukit. Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 1 jam, menuruni denai berbukit, tapi agak landai melalui kebun buah-buahan. Exhausted but excited!
PM : hampir terjatuh gaung.. mujurlah umur masih panjang. Alhamdulillah. p/s : terima kasih sebab tolong selamatkan saya. Pertolongan tuan tak mampu saya balas.
sape yang selamatkan ko?
ReplyDeleteensem tak org itu?
=P
manusia la..
ReplyDeletetak bape nak hensem. hahahaha *nanges