Friday, March 09, 2012

Beautiful Guilin - Day 3

27 Februari 2012 - Yangshou town - Guilin Town

Hari ke-3 di bumi China, setepatnya masih di Yangshou. Seperti biasa bangun awal, bersiap dan check out. Dalam agenda kami hanya bermalam 1 malam di Yangshou. Siap untuk breakfast. Breakfast yang sedap dan kami siap sapu licin semua makanan. Buat bekalan sepanjang perjalanan. Hehehe. Tupun secara senyap-senyap segan dituduh 'pelahap' oleh waitress hotel yang setia menunggu kami makan. Hehe.

Lepas breakfast, masing-masing naik bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Shangri-La Yangshou atau dalam Shi Wai Tao Yuan. Penduduk menggelarkannya Land of Peach Blossoms yang terletak di antara jalan Yangshou-Guilin iaitu hanya 16km dari bandar Yangshou. Kawasan ini sangat luas!!! Tempat ni macam Mini Malaysia, di mana di dalamnya terdapat rumah penduduk tempatan serta kaum di China dengan perlbagai budaya. Adat penduduk di sini, mereka akan menyambut kedatangan tetamu dengan menyanyikan lagu alu-aluan puak mereka dan sebagai membalas nyayian mereka, kita seeloknya kita juga menyanyikan lagu untuk mereka. Uols tahu kami nyanyi lagu apa untuk Jah? Lagu Rasa Sayang! hiks.


Shangri-la Yangshou


~ peach blossoms in winter season ~


menyusuri sungai

Cantik tak terkata permandangan kat sini. Kami menaiki bot, dan perjalanan bot mengambil masa hampir 45 minit. Sepanjang menyusuri sungai, di kiri dan kanan terdapat rumah berlainan puak dan setiap kali ada bot yang lalu mereka akan menyanyi sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan kami. Di sekeliling pulak gunung-ganang sayup mata memandang. Seriyes.... cantik giler!!! Pada saya yang tak pernah sampai ke tempat seperti ini, memang cantik. Sekali lagi kami sama-sama memuji kebesaran Allah. Benar kata orang.. semakin jauh kita berjalan, semakin banyak tempat baru yang kita lihat dan semakin banyak juga pengalaman baru yang kita boleh timba... Ya... saya akui itu...


rilek je makcik ni basuh kain padahal cuaca sejuk giler!!

Hampir 45 minit berlalu bot kami berhenti di persinggahan. Dan sekali lagi kami disambut dengan nyayian penduduk tempat. Ada satu puak tu, siap buat bulatan kecil dan ajak kami menyanyi dan menari sekali. Kelakar jugak! hehe. Tapi yang pasti ia satu pengalaman yang menarik untuk diingati. Hampir beberapa jam berlama di sini, banyak yang kami lihat selain daripada nyayian dan tarian mereka. Di sini juga ada tempat di mana mereka melakukan aktiviti harian seperti menenun kain, bertukang, mengukir kayu dan macam-macam lagi. Siap ada kebun sayur dan kebun limau. Geram je rasa nak masuk dalam kebun-kebun tu!


disambut dengan nyayian selamat datang oleh mereka


bekalan sepanjang musim sejuk


SubhaAallah... cantiknya...


kebun sayur


limau kat sini segar-segar belaka



Lepas tu perjalanan diteruskan ke kawasan perkampungan di Yangshou. Penduduk kat sini, macam orang asli tempat kita la. Kawasan yang kami lawat, rumahnya berusia hampir 100 tahun. Jadi kerajaan China telah mengambil inisiatif untuk mengekalkan tradisi dengan menyediakan kemudahan seperti rumah dan kawasan untuk mereka membuat aktiviti seperti bercucuk tanam, berkebun dan sebagainya.

Kami sempat masuk ke rumah sambil duduk mengelilingi unggun api dan mendengar cerita dari penduduk sini sini. Dan seperti biasa Jah adalah translatornya... Kat sini, ketua adalah kaum perempuan. Jadi kalau ada lelaki yang nak kawin dengan perempuan, mereka kena datang jumpa keluarga dan dipaksa bekerja dan tinggal di situ selama 3 tahun sebelum di'approve' oleh keluarga barulah boleh berkahwin dengan gadis yang mereka suka. 3 tahun tu hanya syarat, tak bermakna lepas 3 tahun terus boleh kawin. Kalau famili tak suka, kena reject la jawabnya. Boleh tahan mencabar. Agak-agak kalau kat Malaya, ada budaya macam tu.... jadi anak dara tua la jawbnya. huhu.

Hasil kerjatangan mereka untuk dijual. Cantik dan kemas buatannya...

Memandangkan cuaca kurang baik, hujan... kami tak amik masa lama kat sini. Dalam perjalanan balik ke bandar Guilin, sempat lagi singgah di Jade Shop. Dalam banyak-banyak tempat shopping yang Jah bawak hanya tempat ni yang saya tertarik. Sikit je tertariknya. Harga ok la, mampu beli, jadi alang-alang jumpa yang berkenan di hati, saya belilah. Tapi bukan untuk diri sendiripun. Semuanya untuk adinda-adinda saya. Hehe.


Sampai di Guilin agak petang, dan kami singgah makan dan solat di tempat restoran yang sama. Lepas makan, balik hotel, nak check in pun awal lagi jadi simpan beg dulu dan alang-alang masih awal, kami sepakat nak berjalan dalam hujan. Gigih masing-masing berpayung meredah hujan. Sejuk tuhan aje yang tahu! Tapi seronok jugak jalan dalam hujan-hujan ni. Niat nak berjalan sambil tengok sekitar bandar Guilin... Jadi Jah tolong tunjukkan jalan dan kami pergi sendiri.

Kami nak ke Little Hong Kong. Nak ke sini tak jauhpun. 15 minit kalau jalan kaki dari hotel. Little HK terletak betul-betul di pusat bandar Guilin iaitu di bawah city square. Ia merupakan undergound market yang terbesar di Guilin di mana terdapat lebih 800 buah lot-lot kedai yang menjual perlbagai jenis baju, jeans, beg dan macam-macam lagi. Harga agak menarik, tapi yang tak menariknya poket kami je. Barang-barang kat sini ikut musim, disebabkan kami pergi musim sejuk... jado boleh dikatakan baju ketul-ketul je yang banyak dijual. Geram je tengok, tapi kalau beli bila nak pakai kan? Cuma satu je yang saya terkilan, T-shirt yang ada nama Guilin tak ada!!!

Info : Little Hong Kong小香港商业城
Add: Zhongshang Zhong Lu Square Underground, Guilin / 地址:桂林市中山中路中心广场地下
Opening hours: 09:00-21:00
Getting there: take bus routes 3, 10, 11, 99, 100 to Zhongshan Zhong Lu Square

Hampir sejam lebih ronda-ronda di Little HK, kami berjalan balik. Hujan masih lebat, tapi teruskan berjalan balik. Kaki dah terasa beku macam ais. Kasutpun dah basah. Nasib baik kasut saya tak masuk air... kalau tak dah beku dah jari kaki. Sampai hotel check in, mandi dan solat. Malam ni masing-masing tak keluar dah, just rest kat bilik sambil pekena kopi dan nescafe panas di bilik....

PM : terbayang meggi dan serunding daging...

5 comments:

  1. teringat pulak ke limau ye..yg boleh dimakan begitu sajaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  2. Salam, sy berminat nak ke Guilin, boleh tau guna pakej dari mana? tengah survey :) email me at eetazzi@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam boleh tak nak tahu range harga jade kat sana? original ke?? kalo bangle dlm berapa ringgit? pendant dlm how much?? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      maaflah, saya x arif sangat pasal jade. Last year kami g memang ada pakej bawak kami ke kilang jade. Harga macam2 ada, dari yang murah sampai yg mahal. Katanya kualiti bagus siap dngan sijil kalau kita beli. so, kena pandai pilih la. yang paling murah boleh dapat dlm 50yuan, lbh kurang rm25 gitu. harga pulak ikut kualiti jade.

      Delete