Thursday, April 26, 2012

Chaotic Hong Kong - Day 2

Dah masuk hari kedua di bumi apek. Pagi tu saya antara yang terawal bangun. Bangun mandi dan bersiap.  Sementara tunggu semua orang bersiap, sediakan sarapan untuk semua. Dengar bunyi sediakan sarapan macam 'gah' je kan? Padahal buat bancuh air, bancuh sup, masak meggi dan meggi goreng je. Hehe.

Kononnya plan nak keluar awal, tapi biasalah bila dah duduk sebilik ni masing-masing jadi 'slow' pulak. 

Ke mana kita hari ni????

Disneyland here we come!!

Dari St. Mong Kok, buat pertukaran di line oren iaitu St. Lai King dan berhenti di St. Sunny Bay. Lepas tu amik line pink yang memang dikhaskan untuk ke Disneyland Resort untuk ke Disneyland. 

Sampai sana, matahari betul-betul atas kepala. Panas ceng-ceng! 

Kebetulan hari ni adalah cuti umum di HK bersempena Easter Day. Jadi orang sangat ramai termasuk bibik-bibik dari serata negara yang berkerja di sini. Aduh... ramainya!! Hari ni barulah kami nampak orang bertudung di bumi HK ni. Kebanyakan mereka adalah orang Indonesia bekerja di sini sebagai pembantu rumah. 

Kami hanya berlegar-legar di sekitar kawasan Disneyland Resort. Tak berniatpun nak masuk. Gila... dah tengok orang berpusu-pusu takkan ada hati nak masuk lagi kan? Cari penyakit namanya tu!

Kawasan ni agak besar, tak habis jelajahpun. Bagi saya, ini bukan tempat saya, SESAK! Jadi perasaan TERUJA tu tak ada langsung. Sekadar orang kata, sampai dan kenal tempat ini cukuplah. 

WELCOME!
Patung-patung watak dalam Disneyland bersepah-sepah kat sini.
Kesian.... tak dapat masuk Disneyland.
Hampir 1 jam, kami bergerak ke destinasi lain pulak. Ke mana? Dari St. Sunny Bay kami ke St. Tung Chung.    Stesen ini betul-betul menyambung satu pusat membeli belah iaitu Citigate Outlets. Jadi untuk kaki shopping yang nak dapatkan barang-barang branded dengan harga yang jauh lebih murah dari di Malaysia, tempat ni MESTI dikunjungi. Memang berbaloi. Saya tak beli apapun. Orang ramai buat nafas saya sesak! Tapi ada antara kami yang sempat memborong! hehe.

Amik EXIT C jika mahu terus masuk ke Citygate.
Kami bergerak keluar dari bangunan Citigate untuk ke Ngong Ping 360. Selain dari Citygate Outlets, di sini juga terdapat terminal bus/cable car untuk kita ke tempat-tempat seperti Ngong Ping 360, Tai O, Lantau Island dan lain-lain tempat di sekitarnya. 

Mula-mula keluar, dah nampak cable car terminal dan nampak orang beratur panjang. Masing-masing clueless!
'Eh, cable car dah bukak ke? Kata tutup.'
'Tanya orang. Tak pun kita beratur dulu'
'Aku nak naik cable car!!!!'
'Cable car tutup kan? Ni mesti ada bas ni'
'Aku dahaga... nak cari air'
'Panjang sangat barisan, aku malaslah...' Kata-kata ni buat saya angin satu badan. Motip datang jauh-jauh, dah sampai depan mata, tup-tup cakap tak nak pergi?
'Korang g beli air dulu, aku beratur. Kang sampai kat kaunter kita tanya'

Situasi macam ni memang tak dapat dielakkan bila kita berjalan ramai-ramai ni. Nasib baik diorg ni bukan jenis ikut kepala sendiri. Jadi setakat selisih pendapat sikit-sikit tu biasa lah kan?

Dataran Citygate
Ke mana kita?
Nampak tak patung Buddha yang besar tu? Haa... kami nak ke situ la...

Giler panjang barisan. Bukan 1 line, ada 2 line!
Beratur hampir 15 minit, kami dapat beli tiket bas. Kira tak lama sangat beratur kalau nak dibandingkan dengan barisan yang berjela-jela. Sistematik jugak bas kat sini. Cepat dan tepat pada waktu. Bayaran tiket adalah sebanyak HKD27 sehala. Disebabkan hari ni cuti umum, harga tiket pun jadi mahal. Kalau hari biasa HKD17 je. Boleh guna Octopus card untuk bayar tiket ataupun boleh guna cash je. Tapi kena ingat, bayar cukup-cukup je, kalau bayar lebih, wang lebih tak akan dipulangkan. 

Naik bas, semua terlelap. Terjaga je, tengok-tengok kami dah ada kat atas puncak. Cantik giler view!

'View punyalah cantik kita boleh tido!' hahaha.

Sebenarnya apa yang menarik tentang Ngong Ping ialah, Crystal Cable Car! Cable car tu berlantai cermin. Bayangkan kita naik cable car, pijak cermin dan boleh nampak curam dan pokok kat bawah kita. Mesti terdetik dalam hati kalau cermin ni pecah camne? Ngeri! Tapi sayangnya waktu kami pergi, perkhidmatan cable car ditutup sementara waktu untuk servis. Nak tau lebih lanjut tentang Ngong Ping boleh rujuk SINI

Perjalanan hampir 1 jam dan kami sampai. Sebenarnya tak taupun nak turun mana. Ikut orang je, semua turun kat hentian terakhir. Yang ada patung buddha. Tempat ni sangat cantik! Udarapun nyaman. Agak lama kami berada di sini. Masuk percuma. Cuma, kalau nak naik tengok patung tu dekat, baru ke bayar. 

Kita boleh masuk dan berjalan di sekitar kawasan ni. Bagi yang sukakan aktiviti bebas, boleh jungle tracking di track yang disediakan. Kat sini juga ada Ngong Ping Village. So, just enjoy the scenery!

Ngong Ping Village
Cable Car
Permandangan sepanjang perjalanan balik.
Jam hampir ke angka 5, kami mula bergerak untuk balik. Seperti biasa, tunggu bas di terminal yang disediakan dan beratur beli tiket dan naik bas. Bas akan menuju ke St. Tung Chung. Masuk dalam bas, tiba-tiba sorang aunty bangun dan...

'Anybody want MTR tickets?' Cakap kuat tapi mata tengok kami berempat!

Laju je cik bunga angkat tangan dan ambik kad MTR. hehe

'Wants more?' see!!! Aunty tu bagi tiket 4 keping single journey tickets kat kami!
Terima kasih aunty!

Sampai di St. Tung Chung, kami bergerak ke stesen MTR. 

'Eh, kalau guna tiket ni boleh sampai stesen mana aaa?' masing-masing geleng kepala.
'Kita top up octopus kita, kita tanya skali guna kad ni.'

'We want to go to Hong Kong St., can we use this ticket?'

Amoi kat kaunter tu hanya angguk-angguk, geleng-geleng je.

Saya hulur tiket dan dia check, lepas tu dia ANGGUK!

YES!! masing-masing gembira tak terkata!

'Jimat HKD28!' haha.

Perjalanan paling lama, dari stesen pertama di Tung Chung st. hingga stesen terakhir di Hong Kong st. Sampai st. Hong Kong dah gelap. Skali lagi kami clueless. Sebab route ni takde dalam itinerary yang kami buat. Kami main ikut logik je. Kalau dilihat pada MTR map, st. Hong Kong, berhubung dengan st. Central. Maknanya tak jauh la. Kami hanya jalan berdasarkan sign boad je. Memang ada direction ke st. Central, Exit A ke Central Pier. Tapi bila dah keluar, clueless lagi!

'Bawah ada stesen bas. Kita turun naik bas la.'

Tak sampai stesen bas lagi, baru sampai tepi jalan, tiba-tiba ada bas berhenti...

'Sir... is this bus....'
'Naik dulu.... naik' Melopong mulut masing-masing! haha.
'Mau ke mana?' tanya uncle driver bus tu.
'The Peak'
'Oh... basnya bukan di sini.' masa tu masing-masing gelabah!
'Tak ngapa... saya bawa kamu ke stesen basnya.' macam tau-tau je pakcik ni. hehe

'Dari mana?'
'Malaysia'
'Saya pikir kamu semua dari Indonesia tadi'
'Bukan'

Sembang punya sembang, rupa-rupanya pakcik tu orang Indonesia. Datang bekerja di sini dan kawin dengan orang Philipine. Dah lebih 25 tahun merantau. Pergh!! Kagum kejap!

Tak sampai 10 minit pakcik tu berhenti. Dia suruh turun nak amik bas no. 15. Dan hari tu kami naik bas free. Terima kasih pakcik! 

Bila tengok balik, lintas jalan je nak ke terminal bus ke The Peak tu. Cuma kami je yg salah lintas jalan. Kalau tadi turun tangga dari st. Hong Kong dan jalan terus ke depan sikit mesti jumpa terminal bus tu. 

Naik bas, direct ke The Peak. Bas berhenti di terminal yang bersambung dengan shopping complek. Skali lagi clueless. Hari ni asyik clueless je. huhu.

Kami jalan dan naik atas bumbung, baru nampak The Peak. Terus turun bawah dan masuk dalam. Akhirnya sampai jugak! Kami ke kaunter tiket.


Basic ticket berharga HKD33 (peak tram, return + sky tower) dan combo pula berharga HKD180 (peak tram, return + sky tower + Madame Tussaud's entrance).

Tapi, memandangkan kat bawah tadi orang beratur panjang nak naik tram, kami hanya beli tiket untuk dapatkan pass ke Sky Tower sahaja. Harga HKD30.

Malam ni cuaca agak sejuk dan berkabus. Jadi kami tak duduk lama kat atas. Keluar dan turun ke aras bawah untuk ke Madame Tussaud's. Tak masukpun. Saja amik feel je. Lepas tu sempat lagi beli souvenir kat Peak Market. Hargapun ok. Murah.

The Peak

History of The Peak Tram
Malam itu cuaca agak berkabus. Pemandangan tak berapa nak cantik
Peak Market : souvenir kat sini murah-murah.
Meet Bruce Lee!
Lepas tu bergerak turun ke terminal bas. Sampai terminal bas, terus ke stesen ferry, amik interisland ferry untuk ke seberang. Sampai di seberang...

'Kita naik bas jom!' Terus kami cari bas No. 6 untuk ke Mong Kok.

Part naik bas tu memang best. Sebab tak payah banyak jalan. Tambah pulak seronok tengok kota HK waktu malam yang bermandikan cahaya! Tapi bila part duk bertanya dengan driver bus dah sampai ke belum tu memang MASALAH BESAR! Kebanyakan daripada mereka tak faham english. Merasa kami terlajak jalan malam tu, sampai St. Sham Shui Po. Tu pun berapa kali duk tanya orang. Huhu... 

Dari st. Sham Shui Po amik MTR ke st. Mong Kok. Sampai Mong Kok singgah Ladies Market dulu dan singgah 7 eleven beli air. Balik bilik, mandi, solat dan makan.

Hari kedua di HK, tekak terasa perit, hidung mula berair. Ya Allah... memang dugaan ni. Jangan sakit dulu.... Jadi malam tu, saya terpaksa makan penadol dan tido awal. Bimbang sakit melarat dan saya tak mahu susahkan sesiapa kalau saya sakit nanti. 

PM : belajar makan penadol walhal sebenarnya tak pernah makan penadol w.lpun demam.

2 comments:

  1. Saya sampai kat citygate dulu tuh dah malam, taktau pula ada kabel car bagai. haha sbenarnya tak habes pusing pun hong kong, mmg ada niat nak repeat.

    best korang dapat bende free kan, sronok travel!!!

    ReplyDelete
  2. kat luar citygate tu mcm KL sentral. ada hentian bas/ cable car bagai.

    kami, kalau ada masa teringin nak g Tai O (fisherman village). Terminal bas pun ada kat citygate tu.

    hehehe... kalau time berjalan bila dapat je benda free memang SYOK!!!! hoho!

    ReplyDelete