Monday, April 30, 2012

Pesta Buku 2012 dan BERSIH 3.0

Sabtu lepas, 28 April 2012, di ibu negara kita, Kuala Lumpur berlaku dua peristiwa penting di mana-mana kedua lokasi terbabit iaitu PWTC dan sekitar Dataran Merdeka dipenuhi orang ramai. 

2 peristiwa, tapi 2 matlamat yang berbeza. 

Pesta Buku 2012, bermula pada 27 April dan berakhir pada 6 Mei 2012. Memandangkan waktu lapang kami hanya pada 28 April, dan tarikh itu bertembung pula dengan perhimpunan BERSIH 3.0, kami gagahkan juga meredah jalan. err... nak mudah, naik LRT je. Dari St. Bukit Jalil terus ke St. PWTC. 

Dalam perjalanan, melalui laluan LRT, secara kasar sudah kelihatan kawasan di sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek, Bandaraya, Sultan Ismail sudah agak sesak dengan orang yang memakai baju kuning. Kelihatan juga pasukan keselamatan dalam keadaan berjaga-jaga. Masih aman dan tenang....

Sampai di PWTC menghampiri jam 11.00 pagi, saya lihat dewan PWTC sudah penuh dengan manusia. Masing-masing teruja untuk membeli buku. Dalam hati terdetik... ramai orang walaupun di kawasan bersebelahan ada agenda yang bakal mencetus kekecohan mungkin akan berlaku!

Ok, kepada semua ulat buku, jangan lupa kunjungi ke Pesta Buku 2012. Berbaloi-baloi! Saya borong beberapa biji buku dan rasa macam tak puas hendak menilik semua buku di sini.

Tengahari, bergerak ke The Mall untuk mengisi perut dan kemudian terus ke stesen LRT. Sampai di St. PWTC keadaan agak sesak. Sedikit tidak terkawal. Tiba-tiba pengumuman dibuat...

"Perhatian kepada semua pengguna, St. Bandaraya dan Masjid Jamek ditutup atas faktor keselamatan.
Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami"

Aduh... masalah ni. Tadi semasa sampai kami sudah siap-siap beli tiket ke St. Bandaraya! 
Kami dah plan cun-cun punya nak ke Jalan TAR hari tu. Alih-alih ini pulak jadinya... Aduhai....
How???

'Cepat tengok map LRT'
'Eh, ada 3 stesen, harga tiket sama - St. Sultan Ismail, Bandaraya dan Masjid Jamek. Kita naik turun St. Sultan Ismail.'
'Nak buat apa?'
'Tengok BERSIH'
'Jom!'

Kami berhenti di St. Sultan Ismail dan kemudian mula berjalan menuju ke tempat perhimpunan.

Ya... saya akui saya JAKUN! Sebab itu saya mahu lihat sendiri.

Dengan menggalas beg seberat hampir 10 kg yang dipenuhi buku, berbekalkan kamera di tangan, kami menyusuri jalan di sekitar tempat perhimpunan. Gigih!

'Kalau kena ambush, confirm tak mampu nak lari laju-laju!' kata cik bunga

Sekitar Jalan TAR : pihak ambulan datang memberi air kepada orang ramai
Mereka bersorak kepada ambulan. Saya sendiri tidak pasti apakah tujuan sorakan mereka.
Orang semakin ramai
tapi masih terkawal
Keadaan agak sesak... kedengaran beberapa orang berteriak ada orang yang  pengsan. Mungkin kepanasan.....
Di kawasan lain, berdekatan st. LRT Sultan Ismail kelihatan anggota polis berjaga-jaga kerana keadaan di sekitar jalan  sebelumnya sudah semakin tegang.
Gambar ini diambil dari LRT, di sekitar kawasan dataran : FRU berjaga-jaga, kumpulan BERSIH sudah bergerak menuju ke kawasan sekitar jalan TAR.
Melihat fenomena ini saya rasa sedih.
  1. Berjalan menyusuri sekitar arkeb MARA, di koridor bangunan kelihatan ramai orang islam menunaikan solat di situ. Alhamdulillah, mereka masih tidak lupa kewajipan mereka walaupun semua bangunan ditutup termasuk surau. Di situ juga saya terlihat seorang lelaki yang menyertai perhimpunan menunjukkan isyarat 'mengangkat takbir' kepada pengawal keselamatan di dalam bangunan, tapi isyarat itu hanya dibalas dengan gelengan kepala. Kasihan....
  2. Orang ramai dengan lantang melaungkan kalimah 'Allahu Akbar'. Bagus, mereka ingat Allah. Alhamdulillah. Tapi hati saya sedikit terusik bila kalimah MULIA yang mereka sebut itu tidak seiring dengan perbuatan sebagai seorang muslim. Nauzubillah....
  3. Apabila pasukan ambulan berhenti dan memberi air kepada orang ramai yang berhimpun, mereka bersorak dan bertepuk tangan. Saya sendiri tidak pasti apa masej yang mereka ingin sampaikan. Samada itu cara mereka berterima kasih atau mereka mahu mempersenda pasukan ambulan? Ada antara meraka yang bertindak membuang botol-botol kosong di merata-rata. Tapi mujur juga ada di antara mereka yang saling mengingati supaya jangan membuang sampah di merata-rata. 
  4. Ramai ibubapa yang membawa anak-anak untuk turut serta ke perhimpunan. Owh... ibubapa jenis apa mereka ini? 
  5. Banyak juga harta awam ditepi jalan rosak. erm... tidak salah mengadakan perhimpunan, tapi tindakan merosakkan harta awam adalah berdosa!
  6. Semasa berjalan, tiba-tiba berlaku situasi yang agak mencemaskan. Kumpulan orang yang berhimpun dari arah bertentangan tertempiaran lari. Terdengar tempikan "lari! lari!" Kalut sekejap kami semua. Segera kami berundur ke arah bangunan, cari tempat yang selamat untuk berlindung. Tak lama kemudian terdengar siren polis, sayup dan makin lama makin kuat. Lalu sebuah pajero polis. Laju! Berdesup! Dan orang ramai yang berada di situ bertindak melempar objek-objek seperti batu dan botol air. Aduhhh.... di depan mata kami. Kecut perut saya melihat peristiwa itu! Saya lihat cermin pajero polis pecah! Kata kawan saya... "eloklah tu, satu pihak suka provok, dan satu pihak lagi pantang diprovok, inilah hasilnya!
  7. Tak mahu berlama di situ, kami berjalan menuju ke stesen LRT. Kelihatan sebuah helikopter terbang rendah. Dan sekali lagi orang ramai bertindak menunjukkan penumbuk dan isyarat 'F' ke arah helikopter. Padahal kalau tidak silap itu bukan helijopter polis. Aduhai...
  8. Menghampiri stesen LRT, kelihatan polis sudah berhenti dan menyekat lalulintas. Orang ramai yang berada di situ seperti bersorak dengan kata-kata kesat. Owh... Malaysiaku... Sedihnya saya.
  9. Keadaan di LRT sangat sesak. Mesin membeli tiket yang disediakan tidak mampu menampung jumlah orang yang ramai. Kesian saya lihat pekerja Rapid KL yang hampir dibelasah gara-gara sikap tidak sabar orang ramai. Keadaan yang makin tak terkawal menyebabkan pihak Rapid KL membuka laluan dan membenarkan semua orang masuk walaupun tiada tiket. Sekali lagi mereka berteriak. "Masuk! Masuk! Free! Free!" Keadaan sesak seperti rempuhan manusia berlaku. Di mana perginya sihat orang Malaysia yang berbudi bahasa? Kami hanya melihat. Kami beli tiket seperti biasa. Kata cik bunga, "Kita beli tiket, jangan jadi macam diorg, nanti sampai st. Bukit Jalil tak pasal-pasal kena denda sbb tak ada tiket". Hah!!! hasilnya sesampai di st. Bukit Jalil hampir 20 orang tak boleh keluar! 
  10. Ketika menunggu LRT sampai, kami terdengar seorang media asing yang membuat liputan tentang bersih berbual-bual dengan rakannya. Mula-mula, kami mengiakan kata-katanya. Tapi, bila perkataan 'They have no brain, no brain" diulang-ulang... mungkin terhadap mereka yang membuat perhimpunan dan bertindak agresif. Sakit hati pulak saya dibuatnya! Suka-suka hati mengata orang Malaysia begitu! Sungguh... Kalau ikut hati saya, mahu aje saya tolak dia, biar jatuh ke landasan LRT tu! Tapi..... itulah hakikatnya orang Malaysia....
Kerajaan mungkin perlu sedar akan situasi ini, bahawa suara orang ramai itu penting. Saya tidak memihak kepada sesiapa. Masing-masing ada kesilapan masing-masing. Tapi hanya satu yang saya mahu, KEAMANAN. Kepada semua pemimpin, tidak kiralah di pihak kerajaan atau pembangkang, jika namanya pemimpin, tanggungjawab kalian amat besar sebenarnya. Jadi, memimpinlah sebaiknya kerana ia adalah tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul. Sekali terlengah dan mengabaikan tanggungjawab, maka  tergelincir dan jatuh ke jurang neraka selama-lamanya. Oleh itu, tidak hairan bila Rasulullah SAW menggambarkan posisi pemimpun sebagaimana digambarkan dalam hadis di bawah :
Rasulullah SAW bersabda : setiap pemimpin yang memimpin rakyatnya, pada hari kiamat pasti akan didatangkan. Kemudian malaikat mencengkam tengkuknya dan mengangkatnya ke langit. Kalau ada perintah dari Allah : lemparkanlah, maka malaikat akan melemparkannya ke bawah yang jauhnya adalah 40 tahun perjalanan (hr. Ibnu Majah).
PM : berita BERSIH masih PANAS!!!

2 comments:

  1. sy pon trut sdih ngan situasi tu.. cara mudah yg sgt x bijak.. warganegara sendiri memalukan negaranya d mata dunia..

    *Diturut kata hati mati, diikutkan rasa (perasaan), binasa...

    ReplyDelete
  2. betul tu cik lela... dah akhir zaman memang camni....

    ReplyDelete