~ bersambung
Selepas santap di Restoran Ulek Mayang, masing-masing check amount dalam wallet. Ok cukup untuk bayar tiket masuk ke zoo (sudah menjadi tabiat, saya tak akan membawa banyak $ jika berjalan-jalan begini) kami sepakat singgah di Zoo Negara. Lagipun memang kami akan lalu depan Zoo Negara kalau nak balik SK.
Sampai di Zoo Negara, kelihatan parking dah penuh. Rezeki kami dapat jugak parking sebab kebetulan masa kami masuk ada kereta baru nak keluar. Kami terus ke kaunter untuk membeli tiket. Harga tiket untuk dewasa, RM20.00, boleh tahan lumayan, tapi kalau dah excited namanya pejam mata je. Bukan selalukan? Tapi bila melihat keadaan di sekitar Zoo Negara, rasanya berbaloi dengan wang yang kami laburkan kerana keadaan dah banyak berubah dan bertambah baik.
Zoo negara adalah zoo pertama yang dibina di Malaysia terletak di Ulu Klang, timur laut Kuala Lumpur. Terdapat hampir 5000 ekor haiwan yang terdiri daripada 400 spesis mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan yang menghuni zoo ini.
Jom kita tengok apa yang ada kat Zoo Negara :
- Tasik Tunku Abdul Rahman - tempat berkampung burung-burung berkaki panjang (bangau) dan kaum kerabatnya. Kebanyakan burung-burung kat sini adalah burung yang migrate/ singgah sebentar di negara kita sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.
- Akuarium - khas untuk ikan air tawar yang terdapat di Malaysia
- Taman Burung - untuk spesis burung dari Malaysia dan tempat-tempat lain
- Taman Rama-rama - masa tu tutup untuk penyelenggaraan
- Taman Amfibia - banyak katak dan kodok kat dalam ni
- Muzium mini lebah - lebah dan produk-produk lebah
- Ape Centre - ada orang utan dan chipanzee dan spesies seangkatan dengannya
- Savannah walk - menempatkan zirafah, kuda belang, burung unta dan badak sumbu.
- Amphitheatre - pertunjukan singa laut dan burung kakak tua
Dan banyak lagi. Sayapun dah lupa sebab banyak sangat seksyen haiwan-haiwan kat dalam zoo ni. Tiba-tiba hari tu kami jadi 'kanak-kanak' balik!!!
|
model saya |
zirafah
|
Antara burung-burung yang migrate di Tasik Tunku Abdul Rahman |
Macam-macam spesis bangau dan flaminggo kat tasik ni
|
kecian bangau ni sekor-sekor je |
|
Tak silap saya ada 3 ekor gajah kat sini. Masing-masing siap ada nama.. tapi lupa dah nama-nama diorg semua |
|
antara burung yang terdapat di taman burung |
|
Rusa |
|
Raja rimba - patutlah singa digelar raja rimba... tengok mukapun dah tau 'kerek' |
|
Pak belang - antara spesis harimau Malaya yang semakin pupus. Masa kami pergi tu pak belang duk sibuk mandi manda.... |
|
Harimau bintang - siang-siang pun aktif... ke hulu ke hilir, tak duk diam |
|
Kesian tengok kangaroo ni, macam tak cukup makan je. Errr.... nil, agak-agak kangaroo kat ausie slim macam ni jugak ke???? |
|
Ape centre - ada orang utan, chimpanzee, lutong |
|
Macam depress je chimpanzee ni... kesian... |
|
Savannah walk - kandang terbuka terbesar di Zoo Negara |
Ada banyak lagi haiwan yang terdapat di Zoo Negara ni. Tu belum lagi gambar-gambar ikan, ular, dan lain-lain haiwan. Jadi kalau nak tengok sila-silalah berkunjung ke Zoo Negara.
Harga tiket
Warganegara - dewasa RM20, kanak-kanak (3-12 tahun) RM6
Bukan warganegara - dewasa RM30, kanak-kanak (3-12 tahun) RM15
Warga emas - warganegara sahaja RM6
PM - balik rumah terus 'tumbang'!!