Followers

Wednesday, September 26, 2012

If I Die Young

Tadi pagi masa dalam kereta ke opis, terdengar di corong radio lagu If I Die Young. Dengar tajuk rasa kecut ulu hati... bukan takut mati muda, tapi bila terkenang amalan untuk di bawa 'ke sana' nanti haruslah rasa tak bersediakan? Tapi bila diamati liriknya... lain macam pulak! hehe. Part nak kebumikan dengan kain satin tu.. memang tak la kan? Dengan bunga rose bagai... bukan amalan orang islam tu. Silap-silap haribulan RasulAllah tak mengaku umat kang... Nauzubillah..

If I die young, bury me in satin 
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song

Cuma yang buat saya terfikir, bila terkenangkan ramai betul teman/kawan/sahabat/keluarga disekeliling  yang meninggal awal membuatkan hati ni sedikit tercuit. Betapa sekarang ini umur yang muda bukan ukuran untuk seseorang itu hidup lama...

PM : Kalaulah ditakdirkan Allah saya mati muda... biarlah Allah memudahkan semua urusan.

Thursday, September 06, 2012

CH : 2D1N with GBS family

wow... mesranya abang Hadif dengan Unni dia!
Gambar kat atas tu buat saya gelak besar! X tau kenapa tapi saya sukalah! 

1'st time keluarga GBS pergi bercuti sama-sama siap angkut Abang Hadif dan Raisa. Masa tu baby K pun diangkut sekali. Kami bercuti dekat-dekat je. Tapi yang penting semua happy. Bila terkenang hotel budget yang kami ber'4 bermalam malam tu, saya ketawa sorang-sorang! Bayangkan 1 katil queen kongsi 4 orang siap kaki berjuntai masa tido. Sengsara okeh! Dahlah bangun pagi, salah seorang daripada kami mandi air batu sebab tak jumpa cari suis heather. Aduhai.... ketawa lagi bila ingat balik moment tu. Maklumlah, percutian last minute, tu aje bilik yang ada. Bersyukur dah tu ada jugak tempat berteduh malam tu kan? 

Err... agak-agak bila keluarga GBS nak bercuti sama-sama lagi eh??? 

Eh... gambar tu macam xde kena mengena je dengan cerita saya tu kan? 

PM : tak sabar nak g beraya rumah 'ayoh'....

Tuesday, September 04, 2012

Jom ke Zoo Negara

~ bersambung

Selepas santap di Restoran Ulek Mayang, masing-masing check amount dalam wallet. Ok cukup untuk bayar tiket masuk ke zoo (sudah menjadi tabiat, saya tak akan membawa banyak $ jika berjalan-jalan begini) kami sepakat singgah di Zoo Negara. Lagipun memang kami akan lalu depan Zoo Negara kalau nak balik SK.

Sampai di Zoo Negara, kelihatan parking dah penuh. Rezeki kami dapat jugak parking sebab kebetulan masa kami masuk ada kereta baru nak keluar. Kami terus ke kaunter untuk membeli tiket. Harga tiket untuk dewasa, RM20.00, boleh tahan lumayan, tapi kalau dah excited namanya pejam mata je. Bukan selalukan? Tapi bila melihat keadaan di sekitar Zoo Negara, rasanya berbaloi dengan wang yang kami laburkan kerana keadaan dah banyak berubah dan bertambah baik.

Zoo negara adalah zoo pertama yang dibina di Malaysia terletak di Ulu Klang, timur laut Kuala Lumpur. Terdapat hampir 5000 ekor haiwan yang terdiri daripada 400 spesis mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan yang menghuni zoo ini.

Jom kita tengok apa yang ada kat Zoo Negara : 
  • Tasik Tunku Abdul Rahman - tempat berkampung burung-burung berkaki panjang (bangau) dan kaum kerabatnya. Kebanyakan burung-burung kat sini adalah burung yang migrate/ singgah sebentar di negara kita sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain. 
  • Akuarium - khas untuk ikan air tawar yang terdapat di Malaysia
  • Taman Burung - untuk spesis burung dari Malaysia dan tempat-tempat lain
  • Taman Rama-rama - masa tu tutup untuk penyelenggaraan
  • Taman Amfibia - banyak katak dan kodok kat dalam ni
  • Muzium mini lebah - lebah dan produk-produk lebah
  • Ape Centre - ada orang utan dan chipanzee dan spesies seangkatan dengannya
  • Savannah walk - menempatkan zirafah, kuda belang, burung unta dan badak sumbu.
  • Amphitheatre - pertunjukan singa laut dan burung kakak tua 
Dan banyak lagi. Sayapun dah lupa sebab banyak sangat seksyen haiwan-haiwan kat dalam zoo ni. Tiba-tiba hari tu kami jadi 'kanak-kanak' balik!!!

model saya
zirafah 
Antara burung-burung yang migrate di Tasik Tunku Abdul Rahman
Macam-macam spesis bangau dan flaminggo kat tasik ni 
kecian bangau ni sekor-sekor je
Tak silap saya ada 3 ekor gajah kat sini. Masing-masing siap ada nama.. tapi lupa dah nama-nama diorg semua
antara burung yang terdapat di taman burung
Rusa
Raja rimba - patutlah singa digelar raja rimba... tengok mukapun dah tau 'kerek'
Pak belang - antara spesis harimau Malaya yang semakin pupus. Masa kami pergi tu pak belang duk sibuk mandi manda....
Harimau bintang - siang-siang pun aktif... ke hulu ke hilir, tak duk diam
Kesian tengok kangaroo ni, macam tak cukup makan je. Errr.... nil, agak-agak kangaroo kat ausie slim macam  ni jugak ke????
Ape centre - ada orang utan, chimpanzee, lutong
Macam depress je chimpanzee ni... kesian...
Savannah walk - kandang terbuka terbesar di Zoo Negara
Ada banyak lagi haiwan yang terdapat di Zoo Negara ni. Tu belum lagi gambar-gambar ikan, ular, dan lain-lain haiwan. Jadi kalau nak tengok sila-silalah berkunjung ke Zoo Negara. 

Harga tiket

Warganegara          - dewasa RM20, kanak-kanak (3-12 tahun) RM6
Bukan warganegara - dewasa RM30, kanak-kanak (3-12 tahun) RM15
Warga emas           - warganegara sahaja RM6

PM - balik rumah terus 'tumbang'!!

Monday, September 03, 2012

Batu Cave

Saya dah lama simpan hasrat nak panjat 273 anak tangga Batu Cave. Ajak GBS, tapi tak dapat sambutan. Bukan apa, saya ni, nama aje rakyat Malaya, tapi tangga Batu Cavepun tak pernah panjat kan? Jadi saya kena sahut cabaran Malaysia Boleh tu! (errr.. macam tak ada kena mengena je... huhu). Kata orang, once in the life time. Dapat panjat sekalipun jadilah! Lastly, entah macam mana bila saya suarakan hasrat saya, ajakan saya disambut baik oleh dua kawan. 

Apa lagi... pagi-pagi seusai subuh kami bertolak dari SK menuju ke Batu Cave melalui MRR2. Sampai di sana, keadaan masih sunyi dan tak ramai orang. Yang ada kebanyakan ber-trek suit dan berkasut sukan seperti kami juga. Mereka juga mungkin mempunyai tujuan yang sama seperti kami. Hehehe. Dari kejauhan kelihatan anak-anak tangga yang bila tengok lama-lama tu naik gerun jugak la... 

Sedikit info yang boleh saya kongsikan tentang Batu Cave ialah, ia merupakan gua batu kapur semulajadi yang digunakan sebagai kuil Hindu bagi penganut Hindu. Biasanya tempat ini menjadi sesak semasa perayaan Thaipusam. Orang ramai yang terdiri daripada penganut Hindu mahupun pelancong asing akan datang ke sini untuk melihat acara ini. Dan ia saya kira sudah menjadi tarikan pelancong asing bila tibanya perayaan Thaipusam.

Agak-agak korang mampu tak nak panjat anak tangga sampai atas?
 gerun je tengok tangga yang curam tu

mula mendaki... tengok, pagi-pagi dah ramai pelancong dan orang panjat tangga Batu Cave
Bukit / gua batu kapur : di sekitar sini ada 3 gua iaitu Gua Tokong, Gua Kelam dan Gua Seni.
Gua Tokong merupakan gua terbesar. Di dalamnya terdapat syiling setinggi hampir 100 meter dan terdapat peninggakan berkenaan agama Hindu. Di bawah Gua Tokong terdapat Gua Kelam. Gua ni telah dibangunkan oleh Persatuan Semulajadi Malaysia untuk aktiviti eksplorasi gua sambil belajar. Kami tak masukpun, sebab masa tu gua ni ditutup untuk penyelenggaraan. Lagipun kalau nak masuk ke bayar tau! Saya dah lupa bayaran yang dikenakan berapa RM. Daripada pembacaan saya, batu-batan yang terdapat di Gua Kelam sangat unik dan tidak dapat di cari di tempat lain :

" Stalaktit yang menganjur dari siling gua dan stalagmit yang terbit dari tanahnya membentuk pembentukan majmuk sepeti tirai gua, batu aliran, dan mutiara gua yang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Satu lagi gua utama adalah Gua Seni (Art Gallery Cave) yang terletak di kaki anak tangga. Patung diperbuat daripada kayu-kayan dan lukisan dinding menggambarkan tuhan-tuhan Hindu dan dogengnya dipamerkan di sini. Perjalanan ke kemasukan adalah suatu pengalaman yang menyenangkan melalui tasik dan kolam-kolam yang dipenuhi dengan ikan-ikan yang berwarna-warni. "  - wikipedia

30 minit selepas memanjat anak tangga secara santai akhirnya kami berjaya sampai di pintu Gua Tokong iaitu gua yang paling besar dan tnggi di Batu Cave. Di dalamnya terdapat 2 buah kuil dan kawasan di sekitar itu dijaga rapi oleh pihak kuil.
Gua Tokong, iaitu gua utama yang paling besar di sini. Di dalam ni siap di bina kuil di bawahnya dan kena panjat tangga lagi untuk sampai ke kuil yang satu lagi.
Upacara sembahyang : ramai penganut hindu dan pelancong yang tengok upacara ni. Siap ada CCTV dan LCD lagi. Canggih woo...
Saya naik lagi anak tangga yang ada di dalam gua untuk melihat keadaan di atas. Keadaannya seperti dataran yang dijaga rapi dan bersih dan terdapat kuil kecil di situ. Paling menarik, keadaan di sini terang benderang dengan pancaran matahari yang menembusi lubang gua batu kapur seperti gambar di atas.

Hampir 30 minit berlegar-legar dalam gua, kami decide untuk turun. Perut dah berkerongcong minta diisi, anak tangga sebanyak 273 masih menanti untuk dituruni... Pandang anak tangga, bergegar lutut! Tapi bila terkenang nasi dagang Ulek Mayang masing-masing terus bersemangat! Woha! 

agak-agak ada berapa kepala dalam gambar ni? hehe
Selepas 15 minit menuruni anak tangga yang curam secara marathon (marathon cara kami yang amatur), kami selamat sampai ke bawah! Yeay! Kami masih berlegar-legar di sekitar dataran Batu Cave tu. Cuba tengok patung salah satu dewa Hindu (maaf, saya x pasti apa nama dewa tu )... disalut emas tu!!! Kami sempat joint orang-orang bagi burung merpati makan. (buat-buat muka tak malu mintak makanan burung dari sorang pakcik kat situ. hehe)

'mereka' bergambar kenangan sebagai BUKTI dah sampai sini :)
Jinak-jinak merpati... bila kita dekat terus dia 'blah!'

Kalau ada sesiapa yang berminat nak ke sini, saya rasa, waktu pagi merupakan waktu yang terbaik kerana orang tak ramai. Yang ada kebanyakan pelancong atau orang tempatan yang bukan penganut hindu. Biasanya di awal pagi, aktiviti keagamaan belum dimulakan, jadi bagi mereka yang alah dengan bau colok ia merupakan masa yang terbaik! Dan secara tak langsung kita dapat elakkan diri daripada 'mengganggu' penganut Hindu yang datang ke sini untuk 'beribadat'. 

Hampir 9.00 pagi, kami meninggalkan Batu Cave dan singgah brekfast di Restoran Ulek Mayang. Katanya restoran ini terkenal dengan nasi dagang Terengganu. Betul atau tak kesedapannya sayapun tak boleh komen lebih sebab saya makan nasi dagang. Kami semua pilih nasi kerabu sebab nampak sedap je. Tapi xdelah sedap manapun...

Perut dah kenyang, masa masih awal... kami terus ubah plan untuk tak terus balik... Tengok poket, duit masih berbaki, ok.. jom kita ke sana!

* bersambung