Friday, January 11, 2013

Gunung Kidul Part V : Tubing Goa Pindul

Hari ketiga : 23/12/2012 : Ahad ~ sambungan

Dalam keadaan basah kami mengucapkan selamat tinggal pada Gua Jomblang untuk meneruskan perjalanan ke Gua Pindul. Perjalanan hampir 45 minit untuk sampai ke sini. Dalam basahpun boleh lagi saya tertidur, penat! Apa yang ada di Gua Pidul? Kami mahu mencuba aktiviti tubing di sini. Sampai di sana, orang memang ramai gila. Musim liburlah katakan. Happening betul tempat tu. Siap ada karaoke  tu. 

Selepas memarkir mobil, Mas Lilek dan Mas Mursidi membawa kami ke kaunter. Di situ beberapa guide dah menanti. Bukan kami aje yang dinanti, kira sekali arung aje guide tu angkut siapa-siapa yang nak joint aktiviti itu masa tu. Tak silap saya bayaran untuk tubing sebanyak Rp25k/person. Disebabkan aktiviti tubing ini termasuk sekali dalam pakej penginapan yang kami ambil, kami tak payah lagi nak fikir untuk beli tiket lagi. 

Selepas letak kasut di tempat yang disediakan dengan 'berkaki ayam' ke sungai. Sakit kaki jalan atas batu kerikil/batu-batu kecil. Kata guide, dekat aje, tapi jauh rupanya bila berjalan atas jalan yang berbatu! Bukan jalan lenggang kangkung ye... pelampung kena pikul sendiri.

Pic 1 : Selamat datang ke Goa Pindul
Pic 2 : Gambar-gambar pelawat yang dirakamkan 

Pic 1 : jalan kaki untuk ke gigi air. 
Pic 2 : sawah padi, pemandangan biasa situ. Hijau aje pandangan mata!

Akhirnya selepas hampir 15 minit berjalan sampai jugak kami
Taklimat keselamatan oleh guide
Pintu masuk ke Goa Pindul
Begini caranya, duduk atas pelampung dan mesti pegang pelampung 'jiran sebelah' lepas tu bergerak secara berangkai dan ditarik oleh guide

Antara stalagmit dan stalaktik yang boleh dilihat di sini. Usia 'mereka' mencecah hingga ratusan tahun. Di sini juga menjadi tempat tinggal kelawar. Gambar ke-2 merupakan lubang kelawar. Warna hitam tu ialah tahi kelawar

Lubang cahaya dari dalam gua di muka pintu keluar gua. Mula-mula masuk, cahaya malap, lepas itu semakin gelap dan sampai satu masa tak nampak apa-apapun. Hanya lampu 'guide' yang membantu kami mendapat sedikit cahaya.
Di luar gua ; guide kami masih gigih menarik pelampung mereka. 
Mujur balik tak perlu pikul pelampung lagi.
Lebih kurang 1 jam selesai semua aktiviti. Mas lilek suruh kami mandi/salin pakaian di tandas awam yang disediakan sebelum mereka membawa kami untuk layan sunset di Bukit Bintang, tapi disebabkan orang yang ramai, kami buat keputusan untuk terus ke Bukit Bintang dalam keadaan basah!

Enggak mbak.. nanti kedinginan. Baik betul hati mereka. Takut kami semua kesejukan. 

Akhirnya mereka bawa kami ke Homestay Desa Wisata untuk membersihkan diri dahulu.

~ bersambung lagi

2 comments:

  1. tengok gambaq pon nampak seronok+enjoy gambaq gua, inikan pula ada kat tempat kejadian...
    jeles! ;p

    ReplyDelete
  2. cik marikh, seronok... nanti awakpun pergila jugak :)

    ReplyDelete