Monday, April 08, 2013

Highlight 'trip selekeh' Guilin - Hanoi

Kami dah selamat sampai di Malaya. Rasanya nilah trip paling selekeh yang pernah kami buat. Semuanya selekeh - menginap di hostel, terpaksa berkongsi dorm dengan lelaki, naik bas turun bas, naik train, tak mandi sehari suntuk sampaikan kami sendiri tak sanggup nak bau badan sendiri. Haha. tapi semuanya best! Walaupun tak sempat nak merasa cherry blossom yang baru je gugur 3 hari sebelum kami sampai di Guilin, tak berpeluang ber'white water rafting' disebabkan paras air sungai yang sangat tinggi dan berarus kuat, tapi tak apalah. Tak dapat buat aktiviti yang dirangcang tak bermakna trip kami tak best. Papepun kita layan gambar je dulu, kang bila rajin saya cerita details. Layan.....

5 buah beg, 5 orang, berkelana ke Guilin, kemudian melintasi sempadan China-Vietnam hingga ke Hanoi dan akhirnya selepas 9 hari kami kembali semula ke pangkal jalan. 
Guilin City - selepas setahun tak banyak yang berubah di sini. Walaupun sibuk bandarnya tetap aman. 
Sun & Moon Pagoda, Banyan Lake, Guilin - tahun lepas kami berjalan keliling tasik Banyan & Fir pada waktu siang. Tapi kali ni kami nak tengok moment waktu malam pulak. Memang cantik! Walaupun malam, sekitar tasik sentiasa ramai dengan orang. 


Longsheng, Guilin - perjalanan dari Guilin ke Longji Dragon's Backbone yang lebih 2 jam untuk sampai, kemudian naik bas melalui lereng-lereng bukit memang ngeri . Kecut perut tiap kali bas lalu tepi lereng bukit yang langsung tak ada divider jalan (kalau terbabas confirm terus masuk gaung). Sampai di kaki bukit, masa hampir 1 jam diambil untuk mendaki hingga ke puncak. Mencabar ok! Mujur cuaca hari itu baik, tak hujan membolehkan kami lihat pemandangan sawah padi yang kontang. Lawa... Kalau ada anak padi atau padi menguning mesti lagi cantik kan?
Flying fox, perkampungan Yao - Dari Longji, kami di bawa singgah di perkampungan Yao, naik bot keliling kampung dan balik pula kami cuba flying fox. Bayaran yang dikenakan 20 yuan (RM10), melintasi sungai. Best! Teringat naik zip wire kat Nami Island. ^_^
Yangshuo - salah sebuah daerah di pinggir bandar Guilin yang WAJIB singgah kalau ke Guilin. Kami habiskan masa 2 malam di sini. Aktiviti paling digemari ialah berbasikal keliling bandar. Kami berbasikal tanpa tujuan, singgah di beberapa tempat menarik di sekitar bandar Yangshuo.
Strawberry farm, Yangshuo - lepas lenguh kaki kayuh basikal, kami singgah di ladang strawberry. Alang-alang singgah, kami petik strawberry sendiri (kat Cameron Hinghland pun boleh petik strawberry jugak ape!) - petik, timbang, bayar dan terus makan > memang terbaiklah. Makan strawberry dengan choki-ckoki memang sedap!
Sewa basikal di Yangshuo hanya 10 yuan (RM10/sehari). 
Ramen with beef, halal restaurant Yangshuo - salah satu makanan halal yang terkenal di China ialah mee tarik. Tahun lepas semasa kami ke Yangshuo, makanan halal memang tak ada. Jadi lepas ni kalau sesiapa yang datang ke Yangshuo, confirm tak lapar sebab dah ada sebuah restoran halal betul-betul di depan stesen bas Yanghuo. Makanan pun sedap dan banyak pilihan.
Bamboo raft Xangdi to Xingping, Yangshuo - dari Yanghuo kami naik bas lebih kurang 45 minit untuk ke Xangdi. Pemandangan sepanjang perjalanan Xangdi - Xingping memang memukau pandangan, hijau mata memandang. 
Pemandangan bukit bukau di sepanjang sungai Li yang sangat cantik!
The Lie Sanjie show, Yangshuo - kalau datang ke Yanghuo wajib tengok show ni. Hebat lah diorg ni, dengan berlatar belakang bukit-bukau di sepanjang Li river semua show dibuat di atas air. Walaupun semua dialog dalam bahasa cina, tapi show ni tetap full house! 
Halong Bay, Hanoi - kami ambil pakej sehari dengan hostel untuk ke sini. Ok... tempat ni memang cantik, sekali pandang macam di Guilin. Tapi kalau nak di bandingkan Halong Bay dengan Guilin, rasanya Guilin lebih cantik. Hari kami ke sini, cuaca baik walaupun agak panas. Kira rezeki kami nak sampai di Halong Bay sebab esok harinya cuaca di Hanoi berubah 100%, dari panas ke sejuk terus Halong Bay dilanda angin kuat/ribut menyebabkan semua trip ke sana terpaksa di batalkan.
Layan sunset di pelabuhan Bai Chay
Hoa Lu, Hanoi - naik bot lagi, tapi kali ni kami menyusuri sepanjang alur yang di kelilingi sawah padi dan bukit-bukau. Lepas naik bot kami kayuh basikal keliling kampung. Tengok keadaan penduduk di sekitar kampung Tam Coc yang hidup dalam keadaan sederhana dan agak miskin buat kami sedar akan beruntungnya hidup di Malaysia.
Pho Vietnam, Nisa Restaurant, Hanoi - malam terakhir sebelum balik Malaya, kami singgah di restoran Nisa, pekena makanan halal vietnam yang sangat sedap. Menu pilihan saya Pho Vietnam Beef > sesuai untuk orang tak makan pedas. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi, memang terangkat!

19 comments:

  1. Mee tarik China dan Pho Vietnam memang sangat sodap dan sesuai dengan selera saya... Tapi harga makanan kat Restoran Nisa tu agak mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memang terbaiklah mee tarik dan pho vietnam. rasa kuah dan bahan2 yang dimasukkan lengkap sesedap rasa. restoran nisa memang agak mahal. gomen tax dan service charge dekat 200 dong.

      Delete
  2. best best.... 9 hari tu. lama gak korang kt sana ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HF, best!! selekeh giler. haha. 9 hari, tapi rasa macam tak cukup. haha. 5 hari di guilin, the rest dlm perjlnan dan hanoi :)

      Delete
    2. PM, nnt check email pls.. thanks!

      Delete
  3. Replies
    1. MD, kalau ada peluang pergilah... tak rugi :) budget? acceptable... budget wajib dlm rm8++/person tak termasuk shopping

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. best giler tengok korangnyer trip...masuk kampung keluar kampung, masuk hutan flying fox pulak, naik bot layan gunung ganang, makan pun sedap jer tengok...jadi, dengan rasminya, aku bantah alasan ko cakap ni trip paling selekeh, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga,trip kali ni memang best. memang betul2 back tu nature. sebab apa aku gelarkan trip ni selekeh? tunggu entry seterusnya. memang sempoi dan selekeh la kami. haha

      Delete
  6. wauuu boleh pergi ni...tulah xramai yg wt internary lg...tgh usha2 tips n tempat menarik lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maya, bila g tempat yg tak ramai org g lagi best sebenarnya. barulah trill. hehehe

      Delete
  7. Wah..bestnya baca entri ni..gambar di Guilin semua cantik2 terutama gambar pagoda tu..JM pegi siang hari mmg gambar tak sancek dan cuaca tak menarik sebab hujan dan berkabus..huhuhu

    Wooww sampai ke Hanoi tue..mmg best la trip kali ni .. :-) sambung citer nk baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM punya trip pun apa kurangnya. Siap pergi shenzen, guangzhou, HK tu!

      masa kita ke Guilin tu memang hujan kan JM, adeh laa.. nak buat camne xde rezeki nak tengk cherry blossom Nanxi mount park sbb semua bunga dah berguguran. tapi keliling tasik banyan waktu malam tu pun best jugak. hehehe

      Delete
  8. wahhh...wah...wah...tak boleh berkata2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... sampai clueless. sis, bila free? mau jumpa... rindu la. ehehe

      Delete
  9. PM tolong check email. Saya ada benda nk tny

    ReplyDelete