Saturday, April 13, 2013

TRIP SELEKEH (3) : Ronda-ronda sekitar bandar Guilin

Ni entry MALAS, jadi kita biarkan gambar bercerita ye...

Dari Guilin Railway st. kami ambil keputusan untuk ke Nanxi Mount Park sebab bulan mac memang ada Cherry Blossom Festival kat sini. Walaupun budak perempuan yang tolong belikan tiket dah bagitau mungkin bunga-bunga dah gugur disebabkan dah beberapa hari hujan, tetap jugak kami nak pergi. Kita tengok dulu apa yang ada kat sana kan? Cara untuk ke sini, ambil bas no. 11 (tunggu bas di hentian bas depan st. train, dari arah yang sama), bayar 1 yuan, dihentian kedua lebih kurang 10 minit je sampai.
Bangunan kecil yang berbumbung hijau tu entrance masuk ke Nanxi Park. Bukan bangunan yang tulisan merah ye, itu food court (kawan saya tolong translatekan, thanks Lim!). Bayaran masuk sebanyak 70 yuan. Ingatkan free. Semasa saya dah hampir nak membeli tiket di kaunter, ada seorang guide menegur kami, katanya bunga semuanya dah gugur, jadi kalau kami masuk tak berbaloi dengan harga tiket yang kami bayar sebab dah tak ada apa-apa yang menarik. Fuhh... nasib baik tak sempat beli tiket lagi. Tapi kesian dengan amoi tu kena marah dengan petugas kaunter sebab disebabkan kata-kata dia kami tak jadi beli tiket dan masuk dalam taman tu. Selamba je petugas tu marah amoi guide depan-depan kitaorg.
Jadi dengan perasaan hampa kami tunggu bas semula. Tak dapat tengok bunga jomlah kita pekena jagung. Kami tunggu bas no. 11 dan pergi restoran halal yang pernah kami makan setahun yang lepas. Kira nak mengimbau kenangan la ni. Selepas lebih kurang 5-6 hentian, kami turun.
Jom kita melintas! Eh, pakcik dan makcik ni pakai boot getahlah! Tapi kasut getah cik bunga lagi stylo! oppss. 
Ni tapak pasar malam. Tulisan warna gold tu bermaksud pasar malam. Waktu siang lengang je, tapi malam memang happening. Pasar malam di sepanjang jalan tu. Lenguh jugak kaki kalu nak berjalan seluruh pasar malam tu.
Ikut je mana diorg nak pergi. Kalau waktu malam, kat kiri dan kanan ni penuh dengan gerai makanan. Mostly makanan eksotik. Faham-faham la ye.
Gambar setahun lepas ; masa ni musim sejuk bulan 2. Tak jauh beza setahun yang lepas dengan tahun ni kan? - macam kat gambar bawah
Gambar tahun ni ;  tak ada banyak yang berubah. Tahun ni musim bunga, bezanya kurang sikit sejuk dari musim sejuk
Nampak tak tanda halal tu? Itulah salah satu restoran halal di Guilin. Yang tulisan biru tu kedai jual mee tarik. Ada sebuah lagi kedai halal kat sebelah je kedai mee tarik tu. Kami singgah makan di restoran yang satu lagi (nanti cerita kat entry lain ye). Untuk sight seeing, dari lorong restoran, belok ke kiri (jalan ke arah kereta putih tu), jalan terus hingga ke hujung jalan dan kita akan jumpa tasik. Oh ya, depan sikit dari kereta putih tu ada masjid tau. Kiranya restoran tu berkongsi dinding je dengan masjid. So, bolehlah singgah solat kat situ kalau berkesempatan.
Pintu masuk masjid.
Ini pun gambar tahun lepas : Inilah tasik banyak dan fir. Masa tu kami keliling tasik waktu pagi.  
Gambar tahun ni : Kali ni kami pergi lewat petang. Dah nak gelap. Tapi walaupun malam taman tu tetap happening sebab di sepanjang jalan/pokok ada lampu. Sampaikan kat pokokpun letak lampu macam-macam warna.
Tahun lepas : bunga musim sejuk
Tahun ini : tak dapat tengok cherry blossom, tengok bunga nipun jadilah daripada tak jumpa bunga langsung kan? 
Tahun lepas : Sun and Moon pagodas dari jauh waktu siang
Tahun ni : rupa-rupanya waktu malam lagi cantik dengan lampu bewarna warni
Rumah kaca ni berubah warna setiap berapa minit ntah, ada biru, merah, hijau, putih. Memang lawa. 
Tahun lepas : Untuk ke Zhengyang Pedestrian Street jalan je sepanjang tasik, lepas dah melepasi Sun and Moon Pagodas tu ada jalan naik. Keluar dari kawasan tasik, lintas jalan dan melalui lorong kat situlah Zhengyang Street. Masa kami sampai di jalan ni terkejut bila tengok bangunan dan kedai-kedai menjual pelbagai bagai. Semua ada mostly yang branded. Tak sangka, di celah lorong, tiba-tiba ada satu kawasan yang sangat happening.
Tahun ni : kami jalan waktu malam. Happening giler. Semua ada, kedai baju, kedai kopi, night club pun ada!

Zhengyang Street tempat terakhir yang kami terjah malam tu. Kami lalu je kat night market, tak singgah pun. Kami tak plan nak bershopping kat sini kecuali nak singgah di Little Hong Kong hari last nanti. Souvenir, nanti boleh beli di West Street, Yangshuo. Lagipun dah penat seharian berjalan. Seperti biasa, nak balik ke hotel sekali lagi kami naik bas no. 11. Sampai hotel mandi, solat dan makan lagi. Dan malam tu jugak kami ada tetamu - Joh, tourist guide kami setahun lepas datang melawat. Kecoh bilik. Lama tak jumpa, Joh dah banyak berubah. Makin ayu dengan rambut panjang dan gigi besi. Hehe.

Ni saya share antara tempat-tempat menarik di sekitar Guilin. Tapi kebanyakan tempat-tempat ni dikenakan entrance fee tau, average 70-90yuan/entry. So pepandailah pilih tempat mana yang nak di lawat ye. Refer link di bawah :

5 comments:

  1. Mmg sah semua muka nampak keciwa x dpt lihat cherry blossom kt nanxi park tu pandai berlakon yeeee dan yg paling kelakar nampak mcm org berdiri nk solat pun ado heeeeee larikssssssss

    Alahh frust tul x sempat ke pedestrian st tu, ada hati nk repeat ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah JM, diorg ni memang pelakon hebak. hahaha. tapi gambar tu bukan berlakon tau, tu betul2 frust tu JM. huaaa

      JM, nanti repeat balik, banyak lg tempat2 menarik di Guilin yang belum diterjah ni. hehe

      Delete
  2. alololo kesian muka tgh tggu bas masing2. kikikiki... hampa~

    PM, mcm mana direction nak pegi restoran halal bersambung masjid tu? pls~ ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hampa pun henry. huhu

      direction? next entry ye. stay tune. hihi

      Delete
  3. Hai aaya akan ke guilin awal tahun 2015. Boleh saya tau email tour guide yg nama dia jah tu? Ni email saya lesagio92@gmail.com

    ReplyDelete