Wednesday, April 17, 2013

TRIP SELEKEH (5) : Trip sehari Longji Dragon's Backbone Part 1

* entry ni memang banyak gambar sebab ni kerja orang malas nak photoshop, jadi bertabahlah ye.

Hari ke-2, kami dah booked pakej untuk ke Longji. Saya dapat di website INI, dengan bayaran 220yuan/person. Rasanya ini pakej termurah yang saya dapat. Cara mudah ialah email dulu untuk re-confirm harga, inform tarikh dan jumlah orang yang nak menyertai lawatan tu, lepas dah confirm kena email details nama dan passport serta deposit sebanyak 50yuan/person. Settle semuanya, jangan lupa bawak confirmation letter dan tunjukkan pada guide nanti. Baki bayaran boleh jelaskan pada guide masa hari lawatan.

Sebenarnya kat setiap hotel/hostel di Guilin ada menyediakan perkhidmatan pakej lawatan ke tempat-tempat menarik di Guilin termasuk Lonji. Cumanya bergantung pada harga saja. Contohnya di hostel kamipun ada dalam 280yuan/person. Masa lawatan kami hari tupun ada beberapa orang yang menginap di hostel sama-sama joint pakej yang sama dengan kami. Bezanya kami booked direct, diaorang pulak melalui hostel. 

Bangun awal, bersiap, sediakan makan pagi dan bekal nak bawak berkelah di sawah padi nanti sekali. Pakej kami tak termasuk makan. Jadi kami packing roti, nasi lemak segera, maggi goreng dengan sambal bilis sekali. Penting tu sebagai pembuka selera. hehe. Air, kami beli siap-siap kat hostel. Seawal jam 7.00 pagi, petugas hostel dah mengetuk bilik mengingatkan kami tentang lawatan kami. Tunggu guide datang di lobi dan lebih kurang pukul 7.30 pagi guide sampai. Laju je dia jalan, panjang kaki masing-masing kejar guide tu. Di tepi jalan sebuah bas dah siap menunggu. Ada beberapa orang dalam bas (majoriti orang tempatan) akan pergi sekali. Maknanya kami ajelah yang 'alien' ni. Haha. 

Itinerary sepanjang hari lebih kurang macam ni :

7.00 - 8.00 am : From hostel, pick up others from their hostel/hotel
8.00 - 10.15 am : Perjalanan ke Longji.g Beli tiket + perjalanan ke perkampungan Zhuang dan Yao
10.30 - 11.30 am : Naik bas lagi hingga ke perkampungan
11.30 - 2.00 pm : seeing sight + lunch + hiking to summit
2.30 - 4.15 pm : Perjalanan dari Longji ke kampung
4.30 - 6.00 pm : Naik bot (70yuan) + muzium + persembahan penduduk tempatan + flying fox (20yuan)
6.15 - 9.00 pm : Perjalanan balik ke bandar Guilin

Bunga baru nak berputik semula selepas hujan seminggu di Guilin. Kebanyakan pokok-pokok bunga kat tepi jalan macam ni. Stress kan?
Itulah bas kami. Dalam perjalanan bas berhenti kejap kat petrol pam. Berhentipun sebab salah seorang daripada kami tiba-tiba sakit perut. Merasa dia guna toilet local (jamban direct ke saluran, tak ada mangkuk tandas). Katanya mimpi ngeri. hahaha. 
Tepi pam station ada kebun limau, dah masak ranum. Dalam masa sama pokok-pokok tu berbunga. Geram weh!
Teruskan perjalanan - view yang kami 'nikmati' sepanjang perjalanan ke Longji. Hijau!! Tenang je mata memandang.
Akhirnya hampir 2 1/2jam naik bas kami sampai. Tapi, tak sampai lagi ni. Sampai sini untuk beli tiket bas dan tiket sight seeing di Longji. Semua tourist guide yang uruskan. 
Dua-dua tiket dah dapat, jom kita gerak - kata tourist guide. Untuk naik ke atas kami tukar bas lain pulak dan masa yang diambil untuk sampai ke atas lebih kurang 1 jam.
Jalan ke Longji. Jalan tak berturap, kecik dan berliku-liku macam ular kena palu. Cuba bayangkan, kalau ke kanan langgar timbunan batu (silap-silap haribulan kena hempap dengan batu-batu tu), kalau ke kiri pulak terus masuk gaung.  Terutamanya bila bas kami berselisih dengan bas lain, sipi-sipi je nak 'berlaga' bas tu. Ngeri okeh!Err.. agak-agak ada yang jenis mabuk bas tu dinasihatkan makan pil mabuk siap-siap ye. 

View sepanjang perjalanan. Air sungai tu walaupun tengok dari dalam bas je, nampak jernih dan bersih sangat. Untuk yang berminat nak cuba WWR, kat sini ada sediakan aktiviti tu. Tapi kena datang musim panaslah. Sekarang tak boleh sebab tengah musim hujan, air deras dan sejuk.
Melalui perkampungan, tapi belum sampai lagi.
Cuba tengok dalam gambar tu, jalan yang kami lalu untuk sampai ke atas. Jalan berliku-liku, tapi view awesome! Driver bus bawak macam dia taknak hidup lama. Kalah mat rempit.

Sedikit info tentang Longji (copy paste dari itinerary pakej) :

The terrace rice fields were first built in the Yuan Dynasty ( about 800 years ago) and completed in the Qing dynasty as the crystallization of the wisdom and labor of the Zhuang people. The terraced fields are built along the slope winding from the riverside up to the mountaintop, with the highest place of an elevation of 885m and the lowest 380m. The coiling line spirals up from the mountain foot to the top, making the mountain looks like huge snail seen afar.
Dah sampai, jom masuk. Ikut bendera kuning tu ye. Selepas 1 jam naik bas dengan jalan yang berliku-liku akhirnya sampai juga. Fuhh...
Masuk dalam kami disambut dengan suasana begini. Sepanjang jalan, kiri dan kanan dipenuhi kedai menjual barang. Ada souvenir, makanan tempatan dan macam-macam lagi. Harga? Kena pandai tawar la ye. Kalau pandai tawar menawar dapatlah harga murah.
Makcik ni jual rempah dan tumbuhan/buah kering. Cili kering/cili kisar antara makanan yang tersohor kat Longji. Makcik-makcik siap packing bawak balik. 
Gambar 1 : Wanita Yao - Sepanjang hidupnya, wanita hanya memotong rambut sebanyak 1x saja iaitu ketika berumur 18 tahun. Walaupun diorg dah potong rambut, mereka tetap menjaga rambut dengan baik dan sanggul rambut macam dalam gambar tu.
Gambar 2 : Antara souvenir yang dijual
Gambar 3 + 4 : Generasi muda dan tua. 
Hotel/guest house/ rumah yang terdapat di sekitar Longji

Gambar 1 : Makanan tradisi di Longsi. Nasi yang dimasak dalam buluh bersama ayam. 
Gambar 2 : Makanan tengahari kami - nasi lemak, asam pedas dan meggi goreng, makan dengan serunding. Licin!

Direction : pilihan di tangan ada, mahu ke mana pilih saja lorong yang betul.

Sawah padi yang kontang. Walaupun sawah padi 'togel' tetap cantik. Bayangkan kalau masa anak padi tengah menghijau atau masa padi tengah menguning, mesti lagi lawa kan? Kalau nak tengok sawah padi menghijau, datang sini musim panas. Bila masuk musim luruh, padi dah mula masak dan menguning.
Gambar 1 + 3 : Sawah padi yang kontang dari puncak
Gambar 2 : bunga-bunga ni banyak tumbuh di sini
Ubi bakar : nampak sedap kan? Beria makcik-makcik ni ajak, tapi bukan free tau, kena bayar. hehe
Wanita-wanita ni ambil upah angkat barang/beg. Perkasa betul mereka ni, kagum kejap.

~ disebabkan banyak sangat gambar kita sambung ke part 2.

8 comments:

  1. wah~...ada part 2 pm, menarik...tengok sawah padi dekat lereng bukit tu, tertanya jugak, macam mana boleh sampai jadi macam tu...sama jer, macam dah diukur...hebat depa tanam padi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga, part 1 tu pasal longji je, pasrt tu naik bot pulak. hehe
      btw, sawah padi ni bukan semulajadi, manusia yang buat. Itu yang jadi macam. Tersusun je.

      lepas ni kena g sapa plak, tak pun kunming ke. kat China ni boleh dikatakan byk tempat yang ada sawah padi macam ni. hebat kan?

      Delete
  2. Time ni tak hujan eh..JM pegi 30 Mac 2013 (Sabtu) hujan dari pagi sampai lah tgh..stop sekejap pastu hujan lagi..time ambik gambar berkabus jek..kurang jelas paddy terrace tu...huhuh

    Ni yg buat kena repeat time summer lak heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, kitaorg g sehari selepas JM. 30 tu kitorg baru sampai Guilin. Nasib baik hari kitaorg g tu cuaca menyebelahi kami. redup, tapi tak hujan :)

      Alahai... maknanya berselisih ajelah kita kan JM. why? why? why? tak jumpa JM??? *emo pulak

      JM, kalau nak repeat cuba g musim luruh. masa tu padi tengah masak. mesti longji warna emas!!! lawanya....

      Delete
    2. bulan berapa musim luruh? saje tanya malas nak gugel. hehe. ampunnnn.

      Delete
    3. musim luruh ogos - oct, tapi untuk musim luruh best time is form july - august

      kalau musim panas pulak, best time is around may - june

      selamat g Longji. :)

      Delete
  3. Best juga Guilin ni nampaknya, tapi tak berapa gemar pengembaraan yang terlalu ekstrem...

    Kalau saya ke sana mungkin cuma melawat sekitar kota dan mungkin terus ke Guangzhou macam JM tu... 2 dlm 1 hehe

    ReplyDelete
  4. Guilin ni sebenarnya tak ekstrem, yg ekstrem tu kitaorg sbb kononnya nak buat semua benda.

    Guilin tu satu tempat yg sangat tenang, lawa dan damai sebenarnya. tapi kalau ke Guilin WAJIB singgah Yangshuo... kalau tak singgah Yangshuo bukan ke Guilin namanya. Dan kalau nak jimat masa, boleh amik bas direct dari Yangshuo - Guangzhou :)

    ReplyDelete