My 1'st medal (bangga)
Inilah jadinya bila ada geng yang suka bermarathon - mula-mula tak suka, lama-lama terjebak pulak. Semalam, 19 Mei - awal gila bangun sebab nak kejar sunrise kat KL Tower kan? Seawal jam 4.00pagi kami berdua dah bergerak ke KL - time ni pulak polis buat roadblock operasi menahan mat rempit/ penunggang motorsikal dan kamipun tak pasal-pasal kena tahan jugak.
Acara mula seawal 5.00am, tapi untuk kategori D (wanita terbuka) pukul 7.00am barulah dilepaskan. Semua orang lari gila-gila, tapi kami ambil pendekatan berjalan lenggang kangkung sebab nak simpan tenaga untuk panjat anak tangga 22 tingkat nanti. Alhamdulillah lepas 1 jam 4 minit akhirnya sampai jugak ke puncak. yeay! And i'm no. 373!
Bukti dah sampai atas. Uols ado??
tahniah2!
ReplyDeletesuka dgn benda2 camni, tp tak tahu nk bermula dgn apa..
tak tahu berita, tup2 kluar kt blog, dh dapat medal!
jeles woh!
gagaga! sila buat2 paham. adoohai.
tq2 cik marikh.
Deletemeh kita share2 medal. hihihi.
26 mei ni ada Putrajaya standard charter fun run bolehlah joint ^_^
Wahh..mmg hebat lah..kalau lift rosak, JM panjat tangga opis 4 tingkat kat opis ni pun setengah mati..ahahah..nampak sgt kurang stamina huhuhuh
ReplyDeleteJM, takdelah hebat manapun. bukan setengah mati, nyawa dah tinggal suku dah nak sampai atas. hahaha.
Deletetapi best lah, bila dah sampai atas semua penat hilang. hoho!
tak mampu sbb tak suka nak bermarathon yakni memenatkan badan ni. walhal menyihatkan badan. kalo marathin series boleh! hahaha. tahniah diucapkan!
ReplyDeleteHF, haha, memang mula2 tak suka, tapi entah macamana lah boleh terjebak pun tak tau.
Deletegila banyak peluh keluar macam mandi. balik2 terus pengsan sampai ke petang. bangun je fresh! wah sihat tu. haha
btw, thanks :)
aku dulu macam ni jugak, siap ada geng lagi untuk masuk triathlon, pastu bila dah kahwin, semua menyepi, tinggal aku sebatang kara...memang best aktiviti macam ni, anyway..tahnih sebab sampai jugak atas, no berapa pun tak kisah :)
ReplyDeleteThanks orga.
DeleteSama la kita, dulu lagi ramai, skrg berapa kerat je yg available nak joint xtvt2 camni. maklumlah masing2 dah sibuk menguruskan rumah tangga masing-masing kan... huhu
haha...sister, same goes to me..first time also..ingat senang..rasanya half marathon lagi mudah..anyway, will come again next year..nak improve time...^_^...
ReplyDeleteFaizal, congratulation to u too, manage to reach until the top of menara. Haha. Serius tak sangka boleh sampai atas. macam mimpi. padahal no 373 je pun.. haha
Deletenext year plan to joint again? hebat ni!