Friday, May 10, 2013

TRIP SELEKEH (11) : Berbasikal lagi?

* Sambung - penjalanan menaiki bas dari Xingping kembali ke Yangshuo mengambil masa lebih kurang 45 - 60 minit dengan tambang bas sebanyak 7 yuan. Kebetulan pulak kami jumpa lagi pelancong dari Shanghai. Diorangpun nak balik Yangshuo dan petang tu akan balik Guilin untuk kejar flight malamnya ke Shanghai. Elok saja dalam bas, diaorg ajak kami lunch sama-sama. Tapi bila saya cakap kami muslim (sebenarnya diaorang pun dah tahu kami muslim) dan kami hanya makan di kedai tertentu terus diaorg diam. 

Sampai je stesen bus Yangshuo terus semua jalan laju-laju ke kedai makan muslim yang letaknya hanya di seberang jalan dari stesen bas. Lapar sangat! Roti dan biskut bekal pagi tadi tak mampu nak mengalas perut kami sampaikan ada orang makan meggi kari atas rakit buluh 'mentah-mentah' je. (mesti makcik onar terliur tengok diaorg makan meggi tu kan?) Haha. 

Korang pernah makan meggi kari tak masak tak? Macam makan mamee tu. Saya ingat masa sekolah rendah, waktu kelas fardu ain, selalu jugak beli meggi dan makan macam ni. Masa tu meggi murah je, 30 sen sepaket. Mula-mula makan terus addicted. Lepas tu kantoi dengan mak, sebab tertinggal plastik meggi dalam beg sekolah - terus kena marah dengan mak. Sejak dari hari tu dah tak makan meggi. Sampailah masuk sekolah menengah duduk asrama barulah pandai makan balik. Kalau oarang kata masak meggi dalam 'gayung' tu, kiranya sayapun pernah jugaklah merasa. Hehe. 

Panjang pulak melalut... Jom kita sambung.

Sampai di kedai mee tarik terus masing-masing order dan makan. Kali ni kami lebih bijak memilih makanan - pilih mengikut keperluan bukan mengikut nafsu, (semalam dah membazir tak habis makan dek kerana tamak nak makan banyak kan). Total semua makan untuk hari ni ialah 120yuan. Oklah, dalam rm60 untuk 5 orang makan kiranya boleh kenyang sampai ke malam. Haha.

Lepas makan, kami balik hostel dulu, solat dan buat apa yang patut sebelum keluar balik. Oh ya, kami bernasib baik sebab hari ni ramai penghuni yang check out. Jadi kami cuba request untuk pindah ke dorm yang sama. Nasib baik pekerja hostel baik hati, dia bagi kami pindah. Mungkin dia tahu kami kurang selesa bila terpaksa sedorm dengan lelaki kot. Jadi lepas bersiap dan solat terus kemas beg dan angkut beg bawak ke dorm satu lagi. yeay! Alhamdulillah.

Hari masih muda kan? Basikalpun ada, jadi kami nak berbasikal lagi. Err.. agak-agak ada tak orang buat kerja macam kami, sampai dua kali berbasikal kat Yangshuo ni? 


Ini aje stok basikal yang masih ada. Disebabkan tempoh kami berbasikal tak lama, pekerja hostel bagi charge flat rate untuk semua basikal. Sewa untuk basikal biasa atau basikal spot semua sama, 10yuan/basikal. Rate biasa ialah basikal biasa = 10yuan/day dan basikal spot = 25yuan/day.

Kalau semalam kami pilih route je Moon Hill, kali ni kami Mushan dan kemudian patah balik amik route ke Xingping pulak (boleh rujuk peta di bawah). Tapi tak kayuh jauhpun. Saje buat kayuhan santai. 


Laluan ke Mushan tu agak lawa sebab kiri kanan jalan dipenuhi dengan pokok bunga. Memang lawa. Sayangnya masa tu kamera dah kehabisan bateri, jadi semua gambar diambil dengan camera underwater dengan kualiti gambar yang biasa-biasa je. Takpelah, janji ada jugak kenangan daripada xde gambar langsung kan? 


Bulatan besar di Pantao road, kami akan melintas bulatan tu untuk ke sana (jalan yang ada kereta putih tepi jalan tu). 
Bangunan yang tersusun dan berlatar belakangkan bukit-bukau di belakangnya memang lawa!
simpang jalan untuk ke Impression Liu Sanjie. Malam ni kami nak gi tengok show tu :)
Kami kayuh basikal tanpa tujuan, hinggalah pokok-pokok bunga berbunga pink di kiri kanan jalan hilang dari pandangan dan bila dirasakan dah agak jauh kami melengcong barulah patah balik.
Jom kita balik. Tapi disebabkan masih awal, kami melengcong ke arah Xingping pulak. Kayuh basikal hingga jumpa round-bout yang besar tu, lepas tu lintas jalan dan masuk ke jalan untuk ke Xingping. Laluan ni menyusuri Sungai Li. Lawa pemandangan sepanjang jalan. 
Gambar tahun lepas - masa musim sejuk. Mas tu hotel kami hanya di depan Li River. Memang lawa pemandangan dari sini
Kayuh basikal dan kemudian kami singgah kejap kat tepi jalan. Ada tempat rehat yang disediakan bangku yang mengadap ke arah Li River. Apa lgi layan pemandanganlah kat sini. Kalau sesapa yang rasa nak naik bot, boleh sewa dan naik bot di sini jugak. Kami tak naikpun sebab last trip (tahun lepas) dah naik.
Jambatan apa ntah nama. Kalau malam lagi lawa sebab jambatan ni dipasang lampu berwarna-warni.
Masing-masing tengah layan blues.

Dah penat mengayuh basikal, puas layan pemandangan Li River, tengok jam, eh dah dekat pukul 5.00pm. Masa untuk berpatah balik ke hostel sebab pukul 6.00pm kami nak pergi tengok show pulak. 

~ bersambung

BERITA TERKINI : sekarang ni kat sekitar bangunan SPR tengah kecoh sebab dijangka akan berlaku satu demostrasi (demokrasi hitam @ SPR). Walaupun saya di bangunan lain, bahangnya tetap terasa . Nak masuk parcel C sekarangpun semua kena sekat. Entah apa yang nak demostrasikanpun tak tahu. Aduhai Malaysiaku... 

4 comments:

  1. kalau kat tempat yang susah nak dpt sumber mkanan halal ni..makan apa pun sodap..JM pun pernah mkn megi camtu waktu sekolah rendah dulu heee

    Bagi JM kalau nak berbasikal di Yangshou satu hari pun tak per coz cuaca sejuk dan nyaman je..kalau kat msia..oh mai tak sanggup mak nos..berpeluh ketiak nanti..busyukkk hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbasikal kat Yangshuo memang syok sbb banyak tempat yg lawa boleh layan. hehehe.

      eh JM, cer try berbasikal kat Putrajaya, lawa tau view kat putrajaya. :)

      Delete
  2. waahhh gigih ni berbasikal lagi. time korang pegi ni still sejuk takdelah berpeluh sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka bebenor kitaorg dgn basikal masa kat Yangshuo ni. hahaha. cuaca nyaman dan sejuk memang best utk berbasikal

      Delete