Wednesday, June 05, 2013

TRIP SELEKEH (17) : Kopi Vietnam, Hanoi night market dan Nisa Restaurant

* Entry ini  saya rangkum untuk 2 malam di Hanoi.

1. Kopi Vietnam

Kata orang kalau satang Vietnam/Hanoi WAJIB minum kopi sebab kopi Vietnam antara kopi terbaik di dunia dan kopi terbaik di Asia. Buktinya, kawan-kawan saya ni sampai dua malam berturut-turut singgah kedai kopi - kedai sama pulak tu! Dah beli air, beli kopi berpaket-paket lagi untuk bawak balik Malaya. Tak cukup beli di kedai kopi, beli lagi di airport sebelum balik - tengok betapa sedapnya kopi Vietnam! Saya je yang tak beli apa-apa. Sebab saya tak minum kopi, nak beli bawak kampung pun semua orang tak minum kopi. Tapi jadi tukang tengokpun seronok jugak kan? Hehe.

Di bandar Hanoi sendiri di mana-mana kita boleh jumpa kedai kopi - pilih saja, nak kedai kopi tepi jalan (yang duduk atas kerusi kecik di kaki jalan) ataupun kedai kopi ekslusif (macam starbucks tu). Jadi terpulang pada pilihan masing-masing nak cuba di kedai mana, semuanya kopi! Jadi kalau sesiapa yang datang ke Hanoi silalah cuba kopi Vietnam.. anda mungkin tak menyesal. hiks

Trung Gguyen Coffee : Antara kedai kopi yang terdapat di Hanoi. Masuk dalam boleh order kopi, nak beli bawak balik, ada kaunter jualan di luar kedai.

Menu dan kopi mereka : gelas bukan main besor, tapi dapat kopi tak sampai separuh. Saya tengok diaorg ambil biji kopi dan kisar sendiri lepas tu baru buat air kopi - klasik betul!

 2. Hanoi nite market

Kami sampai di Hanoi pada hari Khamis, ke Halong Bay keesokan harinya, lusanya pula hari minggu. Jadi malam itu selepas balik dari Halong Bay, sengaja kami turun di tengah-tengah bandar - dekat dengan pasar malam. Malam minggu di bandar Hanoi sangat happening. Pasar malam di sepanjang jalan sampaikan lenguh kaki berjalan.

Tak ada yang istimewapun pasar malam di sini kalau nak dibandingkan dengan pasar malam di tempat-tempat lain, cumanya bila berada di tempatnya orang semuanya dilihat istimewa kan? Kami sekadar cuci mana saja - dalam cuci-cuci mata sempat jugak belikan sepasang baju untuk Muhammad Aidil. hiks.

Layan je lah gambar yang tak seberapa....

Semua lorong utama ditutup untuk pasar malam

Souvenir yang sangat comel!

3. Nisa Restaurant

Satu-satunya restoran halal yang sempat kami singgah sepanjang berada di Hanoi - tak jauh mana dari Hanoi Hostel, tapi sesat jugak nak mencari restoran ni sebab lorong-lorong di sini agak mengelirukan.

Kot ada sesiapa yang pergi Hanoi dan nak singgah di restoran ini, ni alamatnya :

Nisa Restaurant
32, Hang Tre Str,
Hoan Kiem, Hanoi
Tel : +84 4 39261859

Rupa Nisa restoran, dan menu makanan yang ada di sini - harga sekeping roti canai RM15 tau!

Menu paling sedap - Pho Vietnam dan jus mangga!

~ bersambung

15 comments:

  1. roti canai rm15?
    sama mcm kat HoChiMinh jugak le ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa & cik viva - betul, dah namapun satu negara :)
      kalau meniaga roti canai kat sana boleh jadi jutawan agaknya kan? hehe

      Delete
    2. Bukan mahal sikit, tapi memang mahal bila dibandingkan dengan harga kat Malaysia ni. Sya makan Pho (disebut Fer?), semangkuk harganya hampir-hampir RM20. Mak ooi! mahal nya!

      Delete
    3. ha'ah memang mahal pun.. huhu

      Delete
  2. Enak banget kopi Vietnam tu...

    Mee pho tu pun rasanya fuhhh... sodap.

    Tapi harga kat Restoran Nisa tu agak mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mie, betul tu kopi vietnam memang enak banget - eh dah macam bahasa indonesia pulak

      mee pho kat restoran nisa tupun sedap. kuahnya ishh.. terbayang2

      memang mahal sikit harga kat restoran tu..

      Delete
  3. bestnya baca cerita orang tu berjalan..bila nak cerita live nyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang ni tunggu orang tu bagi green light je nak jumpa ni.

      kalau jumpa live boleh share satu berita gumbira. hihihi

      Delete
  4. aku pun bukan peminat kopi jugak pm, tapi minum la jugak. kalau ang dah cakap sedap, wajib singgahlah kalau datang sini, hehe...sekeping roti canai rm15? mahal nyer...order menu lain lah gini..

    ReplyDelete
  5. semua cakap sedap kopi vietnam ni orga, jadi kenalah try kalau ke sini. hehe

    balik Malayalah kalau nak makan roti canai orga. katsini kita try makanan tempatan kan? yang tak ada kat tempat kita, baru best :)

    ReplyDelete
  6. hahahahah...
    nani,aku pn hari2 g mkn kat rest nisa ni masa g Hanoi
    -sufi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sufi,

      senang nak g rest nisa ni walaupun harga dia boleh tahan mahal kan? hahahahaha

      Delete
  7. Yeahh..bila sebut kopi Viietnam..teringat JM waktu ke HCM dulu..try minum kopi ais..wallawehhhhh....terangkat abis...dua tiga kali sedut habis you oullssssss..sedapnya lain macam..sepanajg kat sana..hari2 JM minum kopi tu tau..beli barang 2-3 paket..bawak balik bancuh sendiri tak sesedap minum di Vietnam..entah susu cap apa lah dorang guna heeeeee

    Hanoi nite market..hoyeyy..kalau dtg sini nk singgah beli sobiner kat sini

    roti canai RM15 sekeping..rasa tak puas hati pulak bula mkn..yg ni JM tak nk order heeee (kedekut kan)

    ReplyDelete
  8. kopi vietnam memang sedap JM - walaupun kita x mnum kopi, tapi bau pun dah tau kopi dia sedap. hehe

    souvenir kat nite market antara yg termurah. kena terjah! heee

    balik Malaya je la JM klau nk mkn roti canai. haha

    ReplyDelete