Friday, July 12, 2013

CATATAN HAJI (14) : Sahabat TH dan bilik baru!

Happy birthday to me. Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat bernafas dan menikmati hidup di bumi ini sehingga hari ni seadanya...

Istimewanya hari lahir tahun ini ialah jatuh pada bulan Ramadhan. Hakikatnya kalau ikut bulan Islam, bulan kelahiran saya ialah Sya'ban - beberapa hari saja lagi nak masuk bulan puasa. Dan disebabkan itu mak saya kena ganti puasa 1 bulan! Hoho. Sebab tu la tiap kali masuk Ramadhan, mak saya kata "bila masuk bulan puasa je, mak mesti teringat mak kena ganti puasa 1 bulan dulu, 2 kali berturut-turut tu!" - adik saya pulak lahir bulan Ramadhan. Itulah salah satu pengorbanan seorang ibu kan? Dahlah kami adik beradik semuanya membesar dengan susu mak, 24 months breast feeding! Bayangkan macamana keadaan mak saya nak gantikan puasa dan menyusu kami. Hebat betul mak saya ni! Apapun terima kasih mak kerana lahirkan K.nur! (walaupun saya tahu Pn. Fatimah tak baca blog. haha)

Pagi ni pulak, masuk opis, dapat hadiah HB. Alahai, terus terasa muda belia balik. Maklumlah dah tua-tuapun dapat hadiah lagi. Apapun, thanks Li Tian for the cute present! Sangat comel!

Dan terima kasih juga kat beberapa kawan yang masih ingatkan hari ni birthday saya - saya x letak tarikh lahir pada FB saya. huhu. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah panjang pulak meleret, jom kita sambung catatan haji untuk hari ke 7 pulak.

Dari Anas r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Jangan kami berdoa dengan kalimah : "Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!" Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa."

Al-Ma'thurat doa penenang hati.

Pagi itu, walaupun tak solat saya bangun awal seperti biasa. Dah terbiasa bangun awal. Nak buat apa pagi-pagi ni? Solat tak boleh, mengajipun tak boleh, jadi kita perbanyakkan zikir dan selawat ke atas Rasulullah. Selain tu, saya baca doa Al-Ma'thurat - ia satu doa penenang hati yang berkesan. Samada selepas solat subuh atau asar. Saya juga dah dapatkan pencerahan dari ustaz, bolehkah saya membacanya sewaktu uzur? Kata ustaz, jika ia menjadi amalan kita, ia sudah dikira doa dan bacalah ia sebagai doa. (Semasa di Tok Jiring, Al-Ma'thurat menjadi bacaan amalan kami setiap kali selepas solat asar - dulu masa baca Al-Ma'thurat, saya selalu curi-curi atau sengaja tido, tapi sekarang bila membacanya saya mesti terkenang pada suasana ketika di asrama dulu. 5 tahun tu, bukan sekejap!).

Al-Ma'thurat ini ialah himpunan ayat-ayat Quran dan zikir harian. Kalau sesiapa masih ingat, ayat-ayat Quran di dalam Al-Ma'thurat ialah ayat-ayat yang kena hafal untuk ujian KAFA, tingkatan 3 kot (zaman saya). Jadi satu kelebihan untuk diamalkan oleh budak sekolah - dapat 2 faedah dalam 1. hiks.

Salah satu maksud himpunan ayat yang terdapat dalam Al-Ma'thurat ialah surah Al-Baqarah. Kalau kita hayati maksud ayat tersebut, kalau hati tengah bersedih, mesti hati akan sedikit terubat. Kan?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dan kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadao kaum yang kafir." (Al-Baqarah : 284-286)

Operasi mendobi 

Bercakap pasal mendobi, ada juga orang berpengalaman yang pernah pergi haji kata.. tak payah susah-susah nak basuh baju, hantar saja dobi. Pada saya tak susah manapun basuh baju ni. Pakai hari ni, kita basuh hari ni. Barulah tak membebankan. Kecuali kalau kita perap baju sampai satu bakul, memanglah penat nak basuh semua. Tambahan pulak, upah dobi kat sini boleh tahan lumayan. Harga dikira ikut bilangan dan jenis baju dan bukan timbang macam di Malaya. Kalau sehelai baju harga 5 riyal, bayangkan kalau kita ada 10 pasang baju = 10 x 2 x 5 tak ke kena charge 100 riyal? Dah boleh dapat 2kg kurma ajwa! Jadi lebih praktikal basuh sendiri. hehe.

Di maktab 91, tempat menjemur baju adalah di rooftop hotel. Ada beberapa kali jugak saya naik ke sini. Biasanya kalau basuh towel, telekung dan pakaian yang tebal saya akan jemur di sini. Cepat kering. Jemur tak sampai 2 jam dah kering!

Tali tu jemaah yang buat sendiri, sayapun tumpang jemur sekali. Gambar sebelah ialah pemandangan bandar Makkah dari atas. Rasanya semua bangunan-bangunan ini dah roboh sekarang sebab lepas musim haji tu semua bangunan kena roboh untuk projek pembinaan stesen LRT di situ.

Balik baru di 2-220 dan tetamu baru


Pagi itu, lepas mendobi, sekali lagi saya ke pejabat TH. Selepas beberapa hari menanti, akhirnya kami semua dapat pindah ke bilik baru. Alhamdulillah! Dapat kunci dan kami terus pindah time tu jugak dari tingkat 9 ke tingkat 2. Bilik kami dipanggil bilik 'shurqha' - ada 2 bilik dalam 1 bilik iaitu bilik 1 ada 5 katil dan bilik 2 ada 3 katil. Bilik air dan pantry di luar bilik (tapi masih di dalam bilik). Specialnya bilik ini ialah setiap bilik ada TV dan peti sejuk. Memang sangat selesa dan besar. 

Yang lebih mengharukan makcik-makcik ni baik hati, bagi saya dan K.aya duduk di bilik 2-220 (3 katil) yang sangat besar dan luas. Keluasannya, cukup kalau kami nak berjemaah 8 orang sekaligus dalam bilik dan biasanya kami akan makan beramai-ramai di sini bilik ini juga. Dan roommate saya yang seorang lagi ialah arwah makcik. 

Ketika kami hendak berpindah di bilik baru, seorang jemaah dari KT yang sama (jemaah KT80 ditempatkan di bilik di tingkat 8 & 9), ingin turut sama ikut kami semua. Katanya dia kurang selesa dengan rakan sebiliknya - tak mesra dan sombong. Kebetulan bilik kami semua agak besar, jadi masing-masing mengalu-alukan kedatangan 'tetamu baru' kami walaupun pada awalnya ada juga antara mereka yang bersuara kurang selesa. Maklumlah 1 bilik terpaksa dikongsi oleh 9 orang penghuni dalam satu masa, mestilah terpaksa menunggu lama kan? Tapi, lama-lama dah terbiasa dah dan hubungan kami sebilik sangat rapat macam keluarga!

Bilik baru yang besar dan selesa. Cadar dan selimut boleh tukar, tapi kena pasang sendiri ye. Layan diri...

SMS pertama dari Mak


Biasanya kalau di Malaya, kalau rindu mak saya call terus - kami guna family plan 1 + 5 jadi semua panggilan adalah PERCUMA! Tapi di sini kalau nak telefon mak setiap hari mesti tak mampu. Nak berSMS dengan mak, tapi mak selalu kata dia malas dan tak pandai nak menaip SMS. Tapi ajaibnya ketika di Makkah, saya menerima SMS dari mak! Dan SMS pertama dari mak berbunyi, rindu punya pasal, mak mintak adik ajar mak macamana nak SMS. Ketawa besar saya! Saya balas, mak, baru 7 hari dah rindu? - saja nak usik mak. haha. Dan sejak mak pandai berSMS, boleh dikatakan setiap hari kami berSMS. Mengalahkan orang bercinta. haha

Whatapps and WIFI?


Ketika bosan berada di bilik baru, hati saya terdetik, kalau ada WIFI kan best, boleh whatapps kawan-kawan di Malaya. Sekejappun jadilah. Doa di Tanah Haram Allah akan makbulkan! Di bilik baru saya dapat WIFI free! Memang betul-betul sekejap! Hampir 3 hari saya nikmati WIFI free dan lepas tu dah tak dapat dah. Jadi sempatlah saya bertanya khabar pada kawan-kawan di Malaya. Masa tu seronok bukan main! - duniawi sungguh kan? Dalam nak buat kerja haji sempat lagi berwhatapps! Nipis sungguh iman... huhu

Sahabat TH

Sahabat TH? Macam mana nak apply? Apa peranan sahabat TH? Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Info tentang sahabat TH saya dapat semasa menghadiri kursus Intensif Haji di Masjid Negara, KL. Kata salah seorang pegawai TH, kalau ada jemaah haji yang berminat untuk menjadi sahabat TH bolehlah apply bila dah sampai ke Makkah nanti. Jadi, kata-kata pegawai TH itu saya pegang dan bila sampai di Makkah, saya ke pejabat TH bertanyakan hal tersebut kepada pegawai di sini. Katanya, semua sahabat TH dipilih secara rawak oleh pengurus maktab. Cehhhh... Tapi, dengan muka tak malu saya katakan saya berminat nak jadi sahabat TH. Tak sangka dapat jugak jadi sahabat TH. 

Taklimat pertama hari tu sekadar pendaftaran bagi sahabat saja. Sesi suai kenal akan diadakan pada 18/10/2013, 3 hari lagi. Tapi sebelum itu kami semua dah mendapat tugas - sediakan sticker (3 keping sticker setiap seorang jemaah) dan riben (juga 3 helai setiap seorang jemaah mengikut warna yang ditetapkan). Siap sediakan sticker dan riben kena bahagikan pada setiap jemaah pulak. Tugasan kami nampak senang, tapi bayangkan 20 orang ditugaskan untuk siapkan semua ini untuk hampir 5,000 orang jemaah di maktab 91, saya kira berat juga tanggungjawab itu kan? Tapi, bila semua itu dilakukan secara berjemaah, semuanya jadi ringan. hehe.

Selain daripada itu, tugas utama sahabat TH ialah untuk membantu jemaah semasa operasi mas'yaier seperti iring jemaah semasa bertolak ke Arafah, bantu jemaah di Afarah, Muzdalifah dan Mina kalau ada yang perlukan bantuan.

Hari yang padat dengan macam-macam aktiviti. Tapi berada di tanah suci tak terasa masa berlalu...

~ bersambung

8 comments:

  1. Hepi besday..saya dah tukar address blog

    http://selamberokes.blogspot.com/

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday semoga sentiasa dalam rahmat-NYA..selama hari ni saya langsung tak pernah terpikir bagaimana jemaah haji basuh baju, rupanya bole basuh sendiri :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. amin...

      boleh aje basuh baju sendiri, nak hantar dobi pun boleh juga :)

      Delete
  3. Happy Birthday PM, walaupun agak lewat...

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir akak dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih & selamat berpuasa utk ana juga

      Delete