Tuesday, August 13, 2013

Syawal 1434

Sekitar Karak - semalam perjalanan dari Kuala Terengganu - KL kira ok la. Kereta agak banyak, tapi masih terkawal. Cuma stuck sikit masa dipertengahan Karak. Kenderaan 'bumper to bumper', ingatkan apalah yang terjadi, rupa-rupanya ada eksiden dari arah bertentangan, geng-geng bikers terbabas hingga langgar divider jalan. Standard orang kita, suka sangat jadi pemerhati, itulah yang buat jammed tu. Tapi tak lamapun, pukul 3.++ pm kami dah selamat sampai ke Putrajaya.

Demam raya dah kebah. Sekarang masa untuk tune mood - dari mood beraya kepada mood bekerja pulak. Hari ni perjalanan dari rumah ke Putrajaya sangat smooth. Kereta tak banyak, jalanpun masih lengang. Sah! Warga Putrajaya masih ramai yang seronok beraya lagi. 

Syawal kali ini seperti biasa disambut sederhana tapi tetap meriah. Tambah pulak raya kali ni ahli keluarga kami bertambah seorang lagi, kiranya ramai tetamu yang datang rumah sebab nak jumpa 'orang baru'. Penuh jugak rumah sampai semalampun masih ada yang datang beraya. Tapi untuk saya pulak, raya kali ni penuh debaran! Maunya tidak, orang lain sibuk beraya - masa tu walaupun sudah hampir pukul 9.00pm, tetamu masih penuh di rumah, saya pulak kena berkurung dalam bilik menunggu email dari 'sana' dan bersiap sedia untuk di'interview' Huihhh!!! berdebor sampai rasa nak pecah dada! Whatever it is, the interview session was done smoothly. Semoga rezeki itu menyebelahi saya... amin.

Raya ke 2, 3 dan seterusnya seperti biasa rumah kami diserang oleh tetamu. Dalam sibuk-sibuk layan tetamu sempat jugak mencuri sedikit masa melawat dan berjumpa kawan-kawan. Walaupun tak sempat nak jumpa semua kawan, cukuplah dapat jumpa kawan-kawan yang rapat. Bertanya khabar dan bertukar cerita itupun dah cukup buat kita gembira kan? Dan sempat jugak beraya di rumah sifu. Itulah prof, jangan dijemput kami beraya, confirm kami serang rumah prof tu. hiks.

Paling best raya ke-4 kami dah serang kebun tok'ki di Bukit Jong. Kekonon nak kutip durian, tapi durian baru nak belajar luruh, jadinya tak banyak hasil yang kami dapat. Tunggu seminggu dua lagi, luruh la durian-durian tu. Sama jugak dengan durian belakang rumah, tunggu masa je nak luruh. Kesian orang datang beraya, mampu tengok je durian-durian kat atas pokok tu. hehe.

Apapun sambutan Syawal kita, bagaimana dan di mana sambutannya saya harap semuanya berbahagia. dan bergembira. Lepas ni mesti banyak jemputan open house kan? er.. makan, makan jugak, jangan lupa puasa 6 ye. Selamat hari raya Aidilfitri semua! ^_^


10 comments:

  1. Selamat kembali bekerja PM. JM dah start kerja hari isnin..smooth je jalan..cepat je sampai umah..datang opis sunyi sepi coz ramai cuti until 19 0gos.

    Wowww..berdebar pulak dgr..ada sesi interbiu pulak ye..semoga apa yang di impikan tercapai..Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat balik utk JM jugak. samalah kita masuk opis hari senin. hehehe

      amin... Ya Rabbalalamin... TQ JM :)

      Delete
  2. selamat hari raya nani..jangan lupa mai umah beraya tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya k.intan, bila mau buka rumah untuk 'kami'? heee

      Delete
  3. Balik isnin pun masih lagi jem tapi alhamdulillah sebab sesak kat highway je..jalan biasa masih okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV, nasib baik sesak kat highway je, selamat sampai kira ok la kan? :)

      Delete
  4. Semalam hari selasa saya balik dari KB ke KL 12 jam......... jem giler Machang ke K.Krai.. dekat karak pun kenderaan perlahan jer.

    ReplyDelete
  5. Selamat Pulang ke Ibukota dan selamat bekerja, alhamdulillah MS tengah puasa 6 sekarang, walaupun ada on and off hehe

    ReplyDelete
  6. moga selamat semuanya MS. wah, bagusnya MS dah start puasa 6. saya belum start pun lagi. skrg tekak dan hidung tgh tak sihat batuk dan selsema dek penangan durian. hihi

    ReplyDelete