Thursday, October 17, 2013

Seyogia

Ada orang tanya saya masa saya ajak dia masuk MPH 'kak memang tak suka baca buku eh?'

Saya senyum. 'awak mesti tak suka baca buku yang saya baca'

Budak-budak di opis saya memang pengumpul dan pembaca tegar novel cinta. Setiap hari ada saja novel cinta baru yang mereka bawak. Saya joint saja, tapi tak pinjam buku-buku mereka untuk baca. Standard novel melayu kan... Kalau heroin mesti cun gila, kalau hero mesti hensem nak mampus, lepas itu semua hero/heroin majoriti kaya raya. Dan kalau orang kaya mesti jenis tak ingat tanah kubur. Habis tu siapa nak buat cerita-cerita untuk orang kebiasaan? Orang macam saya - rupa paras lawa tidak, buruk pun tidak eh? 

Jadi kalau nak dapatkan kelainan, cuba-cubalah berjinak dengan hasil penulis indi. Memang tak mengecewakan!

Salah satunya ialah Seyogia buah tangan Amal Hamsan.

Muka depan dan belakang buku


Yang pasti cerita itu buat mata saya hujan. Mula-mula renyai, lama-lama lebat! Nasib baik tak ribut. 

Cerita itu tentang keluarga. 

Tentang kisah anak yang harapkan kasih ibu dan ayah. 

Tentang kasihnya seorang abang pada adik. 

Kecewa dengan sikap ibu dan ayah dia lari mengembara nun jauh di Pantai Timur dan pertemuan dengan seseorang mengubah sedikit sebanyak tentang hidupnya. Tak puas dengan itu, dia merantau lagi hingga ke tanah tumpah Mahsuri. Bertemu seorang kakak yang mampu membuka matanya tentang agama asalnya. Betapa selama ini dalam hidupnya hanya menyalahkan khilaf manusia tanpa mahu mengadu dan meminta pada pencipta yang esa. Dan Kata-kata kakak itu buat mata saya gerimis lagi.. 

Paling menarik bila perkataan sumbang seperti S**L, CE**KA, F**K yang di masukkan dalam cerita sedikit memberi seri dalam penulisannya. Bijak! Inilah kelainan tulisan penulis indi - tiada sekatan dalam berkarya. Err... betulkan saya kalau saya tersilap kata

Cumanya, selepas membaca 2 karya Amal Hamsan, anak sulong ialah HEROIN dan adiknya pula Seyogia, rasanya ada jalan cerita/lokasi/ dan situasi dalam cerita-cerita pendek beliau seakan-akan hampir sama. Khabarnya, si penulis gemar mengembara - jadi untuk memvariasikan jalan cerita penulis patut mengembara lebih jauh kot. heh! 

err.. kalau nak tau cerita penuh kenalah baca sendiri ya.

Seyogia = sepatutnya/ selayaknya. Details di SINI

Buku ini tak akan jumpa di MPH.. tapi boleh tanya LEJEN


7 comments:

  1. betul nani.. rasa penat baca novel2 kat pasaran termasuk drama bersiri sekarang.. dahlah plot cerita dia sama jer dan semua pasal cantik,pangkat datuk tansri, kaya.. kite golongan marhaen (hiks) ni takde kot kat Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah izza, kesian golongan kebiasaan mcm kita ni kan? diketepikan. hahaha.

      jd layan citer gini lagi best. his

      Delete
  2. MS memang pembaca novel melayu tapi sejak sekarang dah kurang membeli sebab perasan semua jalan cerita hampir sama...tak berkembang cuma penulis dengan tajuk jer bertukar!

    so lepas nie, MS boleh cari pulak novel nie dari entry kat atas nampak mcm menarik!

    ReplyDelete
  3. thanks cik Nani for the info... penat dah dengan novel melayu yang stereotype kat pasaran...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete