Saturday, October 12, 2013

Trip Surabaya - Bandung (5) : Hamparan pantai-pantai di Jember (entry bergambar)

Dari Banyuwangi kami bergerak ke Jember. Khabarnya di sana terdapat hamparan pantai-pantai yang cantik. Hanya sebahagian pantai saja yang sempat disinggahi. Maklumlah jarak dari Bayuwangi - Jember bukanlah dekat. Lebih 3 jam jugak. Jadi sempatlah kami singgah di 3 buah pantai iaitu Tanjung Papuma, Watu Ulo dan Pantai Pahyangan, ketiga-tiganya hanya bersebelahan antara satu sama lain. 

Entrance :
  1. Papuma - rp12,500 /car
  2. Watu Ulo/ Pahyangan - rp7,500/person - Kedua-dua pantai ini terletak bersebelahan. Jadi kalau dari Papuma hendak ke Pahyangan mesti melewati pantai Watu Ulo dulu. Bayarannya tetap sama walaupun kita tak berniat untuk singgah di Watu Ulo. Jadi alang-alang bayaran sama, bolehlah singgah sekejap di Watu Ulo walaupun pemandangan di sana biasa-biasa saja.

Tanjung Papuma

Papuma adalah singkatan dari Pasir Putih Malikan, berpasir putih dan ada tanjung di hujungnya. Kalau nak tengok pemandangan seluruh pantai, kena panjat bukit (lebih kurang 15 minit) dan bolehlah tengok pemandangan pantai seperti gambar-gambar di bawah. Lagi info Papuma ketik SINI.

Batu itu mitosnya ialah kepala ular yang timbul di permukaan pantai.
Nak layan matahari terbenampun best jugak di sini
Mereka berdua tak percaya pantai secantik ini boleh didapati di Indonesia. Kononnya berangan sampai ke Maldives. haha
Sebahagian batu-batu di tepian pantai
Ombak kuat, tapi tenang saja suasana di sini
Hamparan batu-batuan di sepanjang pantai
Sekali pandang macam muka orang
Gambar dari bawah tanjung - pasir putih, ombak tenang dan airnya hijau!
Jejak KAMI!

Sebahagian pantai berpasir putih, dan sebahagiannya pula terdapat batu-batuan seperti karangan. Sekali pandang macam 'brain coral' 
Macam brain coral.
Perahu-perahu nelayan

Watu Ulo

Watu Ulo dalam bahasa Indonesia bermaksud batu ular. Terletak di antara Tanjung Papuma dan Pahyagan, pasirnya tak sama macam di Tanjung Papuma - hitam dan halus. Pantai di sini tak ramai penggunjung macam di Papuma, dan pantainya juga kurang terjaga. Kami singgah sekejap aje, alang-alang lalu apa salahnya singgah kan? 


Hanya mereka berdua saja pengunjung yang kami jumpa petang tu.

Pahyangan


Kami ke sini sebab nak layan sunset. Pantai ini terletak betul-betul di belakang perkampungan nelayan. Untuk sampai ke sini, kita kena melalui kawasan perumahan dan parking saja kereta di celah-celah rumah penduduk di situ. Pantai ini lawa, tapi sayang... kawasan pantainya agak kotor dan tak terjaga.

Matahari hampir terbenam
Moment yang bukan senang nak tengok!

Akhirnya matahari betul-betul hilang dari pandangan kami
Ombak di sini sangat kuat. Patutlah tak nampak orang mandi laut...
Masa untuk balik... panjang umur kita ketemu lagi. InsyaAllah....


10 comments:

  1. cantik semua gambar2...ombak kuatnya boleh nampak walaupun dalam gambar
    pantai ni pun nampak bersih...
    MS pefeeling dok kat situ sambil layan sunset :D

    ReplyDelete
  2. Ombak kat pantai2 Jember ni memang sangat kuat! Kecut perut bila tengok ombak menghempas pantai...

    jom MS ikut saya balik Ganu, kita pefeeling layan sunset tepi pantai-pantai Ganu. Pilih aje nak singgah pantai mana, pantai batu Buruk? Pantai Chendering? Pantai Teluk Ketapang? heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tawaran menarik tu...boleh aje MS ikut kalau ada masa free heeee
      banyak gak tempat kat ganu yang MS belom pegi lagi :)

      Delete
    2. Jom MS...

      err... tapi sebelum bulan 2 taun depan aje. Kalau lepas bulan 2 nampaknya MS kena tggu 4 tahun lagi la nak datang Ganu... heee

      Delete
    3. eeeh nak kemana? further study kah?? kalau betul tekaan MS congrats!!

      Delete
    4. InsyaAllah MS, doakan ye.... tengah bergelut dengan exam ni. huaaaa!!!

      Delete
    5. Alhamdulillah...Insya-Allah, MS doakan PM dapat menjawab soalan exam dengan baik!
      Good luck !!

      Delete
  3. saya pun tak pernah ke papuma, tapi ombaknya memang sangat kuat yaa tak ada satupun yang bisa berenang disana. but i love sunset

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh masukkan papuma dalam list ye. sini ombaknya memang sangat kuat, tapi ada je budak2/orang yang mandi di tepi pantai.

      sunset ke, sunrise ke, i just adore with 2 of it! :)

      Delete