Wednesday, October 23, 2013

Trip Surabaya - Bandung (6) : Malang/Batu

Selepas 2 malam bermalam dalam perjalanan (mobil) akhirnya malam tadi kami baru jumpa katil di malam. Hari ke-4 'mengukur' tanah Jawa Timur, kami singgah di Malang dan Batu pulak. Suhu di sini sejuk bangat, bangun pagi udaranya nyaman sekali. 

Malang selain dikenali sebagai tempat yang mempunyai banyak universitas, suhu kawasannya juga sesuai dengan penanaman apel. Itu sebab kami singgah di Malang, kekononya nak merasa kutip apel di ladang. Tapi impian tu tak kesampaian. Kena pergi Eropah juga la nampaknya kalau nak petik epal ni...

Berada seharian di Malang dan Batu beberapa tempat sempat kami pergi (including entrance fees) :
  1. Coban Rondo waterfall - entrance : rp10,000/person, mobil rp3,000
  2. JATIM Park 2 - entrance : rp90,000 - rp110,000/person mengikut jenis pakej
  3. Batu Night Spectecular (BNS) - entrance : rp20,000/ person

Lepas checkout dari Villa Gratia 1, kami langsung ke Coban Rondo. Sepanjang perjalanan memang lawo, sebab melalui lereng bukit. Sempat jugaklah kami singgah kat lereng bukit ambil gambar - itu kan satu kewajipan :)

Lawo pemandangan di sini
Pemandangan Malang dari atas bukit

Coban Rondo Waterfall

Air terjun Coban Rondo salah satu tempat rekreasi di Kabupaten Malang (Malang dan Batu ni bersebelahan aje).


ketik gambar untuk membaca informasi dalam gambar

Air terjunnya tak kurang lawo, cuma saya je tak pandai cari angle sudut mana yang lawo. huhu
Ramai orang berekreasi di sini

JATIM Park 2


Kami habiskan masa hampir seharian di sini. Besar betul tempat ni sampai kami rasa tak mampu nak cover semua tempat. Jatim Park 2 meliputi 3 bahagian utama iaitu :

  1. Museum Satwa
  2. Secret Zoo
  3. Hotel - Tree Inn
Kawasan paling besar ialah Kebun Binatang (Secret Zoo), dan kawasan ini merangkumi bahagian-bahagian seperti :
  • Savannah 
  • Tiger Land
  • Safari Farm
  • Fantasy Land 
  • Hippo and crocodile garden
  • Taman burung
  • Cafe sarang semut 
  • Eco green park
  • Kid Zone
  • dan banyak lagi 

Paling saya suka Safari Farm dan taman burung, sebab semua haiwan dilepas bebas berkeliaran siap boleh sentuh dan bagi makan. Haiwan pulak semuanya gemok-gemok belaka. Bagi yang berkeluarga, Fantasy Land tempat yang paling menarik untuk kanak-kanak. Macam-macam permainan ada siap dengan kolam renang dan permainan air. Dan semua permainan di sini FOC sebab dah termasuk dalam tiket.

Bagi yang tak larat nak jalan boleh naik e-bike dengan bayaran rp100,000/day 3 hours

Info ketik SINI

Bayaran mengikut pilihan pakej
Pintu masuk - disambut oleh burung kakak tua
Pintu masuk fantasy land - saya tengok pun menarik, kalau budak-budak yang tengok lagilah seronok kan?
Tiger Land - menarik deco kandang rimau ni
Sekitar eco green park - ini antara bencana alam yang berlaku di seluruh dunia terutamanya di sekitar Indonesia
Taman burung juga antara tempat yang menarik - semua burung dibiarkan bebas di taman satu taman yang besar
Burung-burung ni boleh sentuh dengan tangan aje. 

Itik ni tengah bersantai atau tido eh?
Rumah terbalik - walaupun rumahnya tak besar mana, tapi menarik juga

Seharian suntuk kami di sini. Puas hati juga walaupun kaki lenguh gila berjalan.

Batu Night Spectecular (BNS)

Malam itu, lepas makan, sebelum berangkat balik Surabaya, kami singgah dulu di BNS. BIasa je tempat ni pada saya - ala-ala team park gitu.

Info ketik SINI


Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti WWR, paragliding aka paralayang dan banyak lagi. Plan asal kononnya nak ber'WWR tapi, apakan daya travel mates saya kali ni tak berani nak cuba akiviti itu. Jadi kena skip. Tak apa, panjang umur, ada masa InsyaAllah akan ke sini lagi untuk cuba aktiviti yang tak kesampaian tu kan?



13 comments:

  1. JM baca tajuk ingatkan PM bernasib "Malang'..rupanya nama tempat..hishh..ambo tertipu
    Cantik betul view dlm pic pertama tu..boleh nyanyi laug hindustan kat sini
    Batu Secret Zoo..menarik tul namanya...pastu Fantacy Land tu..jgn kata budak//JM tgk pun melompat2 dah ni...masuk FREE ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. huihhh JM, mintak dijauhkan bernasib malang tu.. syuhhh... syuhhhh.. pergi jauh2 malang!! heee

      JM, jangan x tau kat lokasi gambar 1'st tu memang ada adegan ala2 hindustan. hahaha. kami amik gambar di celah2 pokok tu. aha.. hindustan la sangat kan? tapi nak tayang gambar kat blog segan la aii..

      batu secret zoo, fantasy land semua masuk FOC - entrance fee dah termasuk dalam tiket. :)

      Delete
  2. tak sempat dlu nak pegi malang utk petik buah epal sbb hujan! eh jap yg kejadian tanah longsor tu hanya replika je kan? bukan real kan?

    ReplyDelete
  3. dulu tak sempat singgah ke malang nak petik buah epal dek sbb hujan! takpela.. eh jap yg gambar kejadian tanah longsor tu hanya replika je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi HF sampai 2 post skaligus. hehehe

      kitaorg wlpun ke malang tak jugak berpeluang petik epal. huhu. katanya buah epal dah x banyak itu yg kami melencong ke jatim park tu.

      tanah longsor tu replika aje..tapi nmpak macam real kan? semuanya kat dalam jatim park tu. replika candi2 pun ada termasuk transformers. hahaha

      Delete
  4. gambar first tu cantik sangat!
    ha'ah itik tu tengah santai ke tido...nampak mcm tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq MS

      entah itik tu, elok aje duk statik macam tu. memang gaya dia bersantai macam tu kot. hehe

      Delete
  5. bestnya tengok alam semulajadi.... nyaman jer

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum salam kenal..sy akan ke surabaya minggu depan..nak tanya antara Madakaripura dan Coban Rondo mana yg lebih berbaloi untuk di lawati. yg pasti utk sampai ke Madakaripura harus menapak jauh kan..hehe..

    my route nanti mcm ni.. Surabaya-Bromo-Blue fire Ijen- Bali
    agak cuak bila mengenangkan nak naik Ijen ni..takut sejuk dan cramp kaki..erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, salam kenal cik nur.

      erm.. kalau ikut route cik nur ni, rasanya singgah Madakaripura saja yang sesuai, sebabnya air terjun ni dekat dengan bromo. Maknanya lepas ke bromo boleh langsung ke Madakaripura. Lagipun air terjun ni masih semulajadi, tak ramai pengunjung. Memang agak jauh nak menapak, tapi viewnya berbaloi2. Kat sana nanti akan ada local yang tawarkan khidmat guide, so kalau rasa confindent nak jalan sendiri tolak pelawaan mereka dgn baik :) dan jangan lupa pakai selipar yang sesuai, jgn pijak batu ye kalau mengarung air sebab batu2 tu sangat licin. dan jangan lupa bawak poncho, tapi kalau rsa nak berbasah boleh aje mandi kat situ, best!! sejuk gila airnya.

      Coban Rondo pulak kat area Malang, dalam daerah Batu. Perjalanan dari Ijen ke Malang ambil masa 4-5 jam. memang sangat jauh. So, kalau nak ke Bali, rasanya dari Ijen boleh terus ke pelabuhan untuk naik bot ke Bali :)

      erm.. utk naik Ijen tu jgn lupa pakai baju yg agak tebal, sebab sangat sejuk. Bawak air dan makanan secukupnya. InsyaAllah boleh punya sampai puncak. Sebenarnya kat Ijen tu yg sejuk di atas je, kalau memang nak ke blue fire, kawasan bawah tu hangat. tapi kalau betul nk tgk blue fire, tgh malam dah kena start tracking. hehe. papepun good luck! :)

      Delete
  7. PAKEJ JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Perkenalkan kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insya Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan mesra akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer at 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :
    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / Kia Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17&19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada Extra Charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada Extra Charge jika nak melawat ke Lembang & Tangkuban Perahu.

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/ Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete
  8. PAKEJ JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Perkenalkan kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insya Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan mesra akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer at 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :
    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / Kia Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17&19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada Extra Charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada Extra Charge jika nak melawat ke Lembang & Tangkuban Perahu.

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/ Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete