Friday, November 08, 2013

Kill time trip : Hatyai Krabi (1) - The journey

Saya yakin ramai orang Malaya dah pernah sampai kat sempadan Tanah Malaya ni, cuma kami saja yang baru terhegeh-hegeh nak ke sini. Hahaha. Nak buat macamana... 3 tahun lepas pernah jugak plan nak berkonvoi masuk sempadan Thailand ni, tapi bila masing-masing bagi 'hint' kat mak ayah, kami dapat feedback yang mengecewakan. Masa tu sekitar Hatyai tengah bergolak, jadinya niat untuk ke sana terpaksa kami batalkan disebabkan semua tak dapat restu. Akhirnya kami hanya sampai di Danok saja, itupun untung dapat masuk tak payah tunjuk passport sebab naik kenderaan rasmi. 

Trip ni simple je. Trip aci redah je - kalau semua ok, kita proceed, kalau ada halangan kita batalkan saja dan kami tak rugi apa-apa sebab duit tak luak untuk beli tiket flight. Mode kenderaan kami adalah bas dan train dengan budget kurang daripada RM500, selama 4D3N sempatlah jugak cover beberapa tempat. 

Jumaat malam seperti biasa semuanya berkumpul di SK, lepas solat Isyak, barulah kami semua bergegas ke Putrajaya Sentral, parking kereta di sana dan ambil ERL ke Bandar Tasik Selatan dan seterusnya amik lrt ke Stesen Plaza Rakyat untuk naik bas di Puduraya. Belum apa-apa dah macam-macam tragedi terjadi. Tiket yang kami beli sepatutnya dijadualkan pada pukul 10.30pm. Tapi apa yang terjadi ialah bila sampai je di platform 15, bas memang dah ada, tapi seat kami ber'6 dah ada orang. Pemandu bas suruh kami turun dan tunggu bas lain sebab bas penuh. Amboi... ramai sangat ke orang Malaya nak g sempadan ni?

Saya tak puas hati, reconfirm balik dengan pekerja, katanya kami kena naik bas pukul 11.30pm. Terkejut jugak masing-masing, tapi cool lagi ni. Tak lama lepas tu bas pukul 11.30pm sampai, dan bila kami semua nak naik, kami dihalang oleh pekerja yang lain pulak. Kami dah cuak. Silap-silap haribulan ada yang angkut beg balik Putrajaya balik ni. Huwaa. Disebabkan tak yakin dengan kata-kata pekerja bas, saya terus ke kaunter tiket.

Sampai kaunter rupa-rupanya makcik yang jual tiket tempoh hari tersalah bagi tiket, tulis kat tiket bas pukul 10.30pm, tapi dalam sistem tiket kami pukul 11.30pm. Haish.. macam-macam hal. Bila tanya kat tauke, dia sekadar jawab.

Makcik tu tak boleh pakai, kepala masuk air! Motip tauke kutuk pekerja sendiri?

Malas nak soal panjang, dah dapat tiket kami terus ke platform bas. Kawan-kawan yang lain mesti tengah cuak nak tahu berita dari kami kan?

Setel satu hal. Bas dah confirm. Sampai di platform terus isi beg dalam bas dan kami naik bas. Lega. Kondisi bas pun ok - 3 seat sebaris memang sangat selesa. Siap ada wifi dalam bas. Kami naik bas Alisan, tambang tiket RM55/person. Selain Alisan, ada lagi syarikat bas lain seperti :

  • Konsortium bas ekspress semenanjung - tiket RM45 - RM50 / one way
  • Hatyai interlop Express - RM50 / one way
  • Sri Maju Coach servis - RM65 / one way

Jadi kepada sesiapa yang ada plan nak ke Hatyai dengan bas, tiket bolehlah dibeli di kaunter tiket Puduraya.

Perjalanan malam itu walaupun agak lambat tapi perjalanan sangat smooth. Pukul 5.30am kami dah sampai di sempadan Bukit Kayu Hitam. Tapi kaunter imigresen mula dibuka pukul 6.00am. Jangan lupa isi imigresen form dan sediakan passport ye. Sebab bas akan bergerak melepasi kaunter imigresen (khas untuk bas) dan selepas urusan bas selesai barulah turn penumpang pulak. Di kaunter imigresen seperti biasa kena angkut semua beg dan barang-barang peribadi dan selesai urusan boleh naik bas balik. 

Disebabkan tak nampak pun rupa surau dan tak berwuduk, kami hanya solat subuh menghormati waktu saja dalam bas. Tak apalah daripada tak solat langsung kan?

Hampir sejam jugak semua urusan selesai dan lepas tu bas teruskan perjalanan hingga ke Hatyai. Tak lamapun, rasanya tak sampai 2 jam dah sampai bandar Hatyai. 

Bas Alisan yang kami naiki memberhentikan kami di depan pejabat Alisan. Walaupun dalam bandar Hatyai, rasanya lokasi pejabat Alisan jauh dari area spot utama seperti di Lee Garden Plaza. Tak silap saya kalau bas Konsortium, tempat naik dan turun penumpang betul-betul di sebelah bangunan Lee Garden Plaza. 

Dek kerana clueless, kami naik saja tut-tut untuk cari van ke Krabi.

Kita sambung entry lain, jari dah lenguh menaip. 

Papepun layan dulu gambar makanan. Sesiapa yang pernah sampai Hatyai mesti akan merasa makanan ni. Kan?


Kalau dah sampai Hatyai, kena rasa pulut mangga ni confirm tak menyesal!
Ini pulak manisan dari kacang hijau / kacang kuda yang sangat comel dan sedap juga...

* Gambar : ihsan dari kamera cik bunga 


15 comments:

  1. Naik van ke Krabi,.. kematu lagi untuk 4 jam seterusnya...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kematu pun... dah la duk seat tgh2 sebelah driver. merasalah!! haha

      Delete
  2. Best ke Hatyai.........saya suka...akan ke sana walaupun dah banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Hatyai tempat paling dekat untuk keluar dari Malaya selain Singapore dan Indonesia

      Delete
  3. saya suka ke sana walaupun dah sering kali dah ...

    ReplyDelete
  4. I really miss the food at the floating market.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. i'm starting missing the foods at the floating market

      Delete
  5. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. pulut mangga tu sedap, ada 2 color putih dan hijau rasa pandan

      Delete
  6. Oh ke hatyai rupan ye betul sekali dh sampai nk pegi lg tp krabi coming soon. Frust betul hari mkn pulut mgga tp syg mangga nyer masam

    Pendek nye citer x puas baca dh habisy

    ReplyDelete
    Replies
    1. ke hatyai saja JM.

      nanti kalau sampai krabi jgn lupa g pusing2 pulau tau. kalau ada masa boleh try WWR kat sana. mesti best!

      Delete
  7. nangissss nangisss dan nangisss dalam hati ku hahahaah cepat tulis citer lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai sis... jangan nangis2... trip kali ni biasa2 je. lain kali kalau nak datang lagi kena naik flight la, penat benor guna jalan darat. jauh yg amattt!!! heee

      Delete