Monday, January 20, 2014

Gunung Irau, Cameron Highland

Alhamdulillah, selamat sampai di SK selepas 3H2M berada di Cameron Highland. Walaupun sakit satu badan, tapi misi kami untuk sampai ke puncak Irau berjaya! Er... walaupun hanya mampu jejak di puncak Mini Irau, tapi saya kira ia satu kejayaan besar dan kepuasan buat orang biasa seperti saya. Haha! Saya kira ia satu pendakian yang sangat mencabar! Bergelumang dengan selut dan akar-akar pokok yang melingkar di sana-sini sangat menguji semangat kami. Ditambah pula dengan suhu yang sejuk - suhu jatuh hingga 13 darjah beserta gerimis kabus mengiringi perjalanan kami. Memasuki hutan yang penuh misteri - di mata saya, memang sangat menabjubkan. Apapun satu pengalaman menarik dan memang tak dapat dilupakan. Entry penuh, tunggu ye...

"Jika bermimpi biar setinggi langit, andainya jatuh masih disambut awan.
Bukalah mata lihatlah sekeliling, masih banyak yang belum dicapai tangan" - Pemula Langkah, Hijjaz


p/s : ingin sematkan sebanyak mungkin kenangan manis dalam hati di tanah tumpah darahku sebelum meninggal ia jauh-jauh nanti....

18 comments:

  1. Replies
    1. mau... tapi tukar ke tarikh selain 15/2 boleh? heeeee

      Delete
  2. Tahniah sbb sampai ke Gunung Irau. Saya pun tak pernah sampai lagik. Aiming that I will cover most of the places in Malaysia this year. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks zaraab :) Awak kena pergi sebab gunung ni sangat unik, er.. dan misteri juga. huhu
      Me too, too many wonderful and beautiful places in Malaysia to visit ^_^

      Delete
  3. malam tadi kita mimpi yang mendebarkan pasal Irau, 2 kali plak tu... last2 tidur diulit surah Yasin, barulah lena sampai pagi.. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takutnya anne, jgn 'dia' ikut awak balik sudah. Nasib baik kita dapat tido dengan lena malam tadi wlpun malam pertama tu sampai terjerit kuat mimpi ngeri!!! huhu

      Delete
  4. Replies
    1. memang best, tapi dapat pakej sakit badan tu double best!! huhu

      Delete
  5. biasa2 katannya tp semasa jm daki ngan pm didapati pm mmg hebat
    Alaaaa dh x lama la tu mau pegi jauh ohhh i will miss ug O

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, memang biasa2 je pun. Hebat sangat tidak, selow sangat pun tidak. yang sedang2 saja. hihi

      InsyaAllah JM, ada rezeki sampailah masa untuk tinggalkan malaya jauh2. will miss u too :)

      Delete
  6. best nya dapat pergi irau.. insya-allah nak jejak mini irau tahun nie.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best cheq eem. tapi part sakit satu badan tu yg x tahan tu.

      btw, good luck ye untuk jejak ke mini irau nanti, enjoy the beautiful scenery there!!! :)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Waaaa .. Irau tu.. best best.. memang tempat yang sangat ingin di tuju suatu hari nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irau memang best sebab view sepanjang perjalanan memang memukau.

      Satu hari nanti kena pergi ye :)

      Delete
  9. Sorry saya tersilap tekan no...no di atas adalah betul.. Saya baru hubungi no itu. Saya dah dapat bercakap dengan depa. En Yusuri di talian 012 4350530

    ReplyDelete
    Replies
    1. great! kalau dah dapat call tu, tak lama lagi sampai la Irau tu :)

      Delete
  10. Maaf tuan tumpang iklan ya..
    TEBING TINGGI BACKPACK
    MOUNT GUIDE
    ALL OVER CAMERON MOUNT
    TRANS JERGING : YELLOW PASS IRAU BRINCHANG BEREMBUN JASAR PERDAH WARPU SWEETHEM N YONG BELAR

    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete