Friday, January 10, 2014

Land of Smiles Trip (5) : Day trip to Erawan National Park & Train Combo Part 2

Selepas makan, sementara menunggu van kami sampai (kata tourist guide kami, untuk aktiviti petang ini kami semua akan naik van lain), sempatla ke galeri taman negara semula. Kata Anne dan Izza kat situ ada jual souvenir dengan harga berpatutan. Rambang mata jugak tengok FM dan poskad air terjun! Semua lawa-lawa!

Van sampai lewat daripada jadual. Kali ini perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke Death Railway. Sebelum itu, kami semua diberi sedikit taklimat dan lepas tu melawat ke Kra Sae Cave yang terletak berhampiran kawasan ini. Dahulunya gua ini menjadi tempat buruh-buruh yang bekerja untuk menyiapkan landasan keretapi maut ini. Agak besar saiz gua yang menjadi tempat tinggal dan juga tempat bersemadi buruh yang mati - gile kejam tentera Jepun ni!

Mendengar cerita tentang Death Railway dari tourist guide (tapi beliau bukan Miu) bersama-sama pelancong yang lain. Mereka juga akan naik train seperti kami nanti. Err.. apasal muka Abby tu macam marah je? Huhu
Jom ikut bapak dan anak tu berjalan di landasan maut - cute betul tengok moment bapak dan anak ni berpimpin tangan. :)
Wooden railway : Antara landasan maut yang masih beroperasi. Struktur asal telah dibaik pulih untuk kegunaan laluan di landasan. 

Pemandangan kawasan sekitar dari Death Railway.

Laluan keretapi yang akan kami naiki dijadualkan sampai di stesen ini lebih kurang pukul 4.00pm dan perjalanan menaiki keretapi mengambil masa lebih kurang 30 minit. Awal-awal tourist guide dah pesan supaya kami naik di coach belakang sebab coach depan sudah dipenuhi oleh pelajar-pelajar kolej dan kalau naik dalam train nanti sila amik side kanan sebab view sebelah kanan lagi lawa - mengadap sungai dan perkampungan penduduk. 

Tapi bila train sampai, teruja punya pasal semua lupa! Naik jugak coach depan! Merasalah berhimpit-himpit dengan pelajar-pelajar tu. Tapi mereka baik hati siap bagi kami seat! Agaknya mereka hairan kot tengok 'kejakungan' kami semua. hehe. 

Keretapi mula bergerak - pemandangan dari sebelah kanan. Kalau belah kiri semuanya hutan/ kebun.
Pelajar-pelajar kolej yang sama-sama menaiki keretapi bersama kami. Cuba tengok kerusi dalam keretapi tu - semua diperbuat daripada kayu. 

Masa 30 minit untuk naik keretapi tu rasanya macam tak puas. Tapi bolehlah untuk rasa sendiri pengalaman naik keretapi kan? Sempat jugaklah saya menyelit ke kanan ambil gambar view dan sekejap ke kiri pula layan view kebun-kebun yang kehijauan. Tak banyak gambar yang saya ambil sebab lebih excited tengok gelagat orang dan layan pemandangan je - yang ni kena datang sendiri untuk alami perasaan tu ^_^

Selepas 30 minit, keretapi berehenti di hentian yang sepatutnya kami turun. Kebanyakan penumpang yang ambil pakej seperti kami turun bersama. Van kami dah siap sedia menunggu. 

Rupa keretapi klasik yang kami naik
Bukan main suka mereka melambaik pada kami. Bukan mereka saja, pelancong lain naik samapun tak ketinggalan melambai. Bukan main 'mesra' masing-masing. 

Destinasi terakhir ialah Bridge over River Kwai - landasan keretapi yang dibina melintasi salah satu sungai yang utama di Kanchanaburi iaitu Sungai Kwai. Tempat ni sebenarnya tak jauh manapun dari guesthouse kami. Tapi sebab dah termasuk sekali dalam pakej, kira senang kerja tak payah kami nak ulang-pergi kali kedua. Di sini kami diberi masa hanya 45 minit untuk jalan-jalan di sekitar jambatan dan sungai tersebut. 

Struktur binaan landasan di atas jambatan dan juga 'pihak' yang bertanggungjawab membina jambatan ini.

Senja dari atas jambatan
Last shot : mereka dan Pete

Sekejap je 45 minit berlalu, kami dikehendaki berkumpul semula di van dan masa untuk balik semula ke VN Guesthouse.

Pasar malam di sekitar River Kwai.

Pakej yang kami ambil dari VN Guesthouse disediakan oleh Good Times Travel. Sebanyak 16 buah guesthouse/ hostel di sekitar Kanchanaburi termasuk VN Guesthouse menggunakan servis mereka.

Jadi, kalau sesiapa yang ke sini dan berminat dengan pakej ini boleh dapatkan informasi di website mereka. 

Nak tahu apa lagi tempat menarik di sekitar Kanchanaburi, rujuk SINI


Lewat petang barulah kami sampai di guesthouse. Malam nanti kami dah sepakat nak keluar ke bandar. Cari makan sambil tengok-tengok apa yang ada di bandar Kanchanaburi. Lebih kurang pukul 8.00pm, seperti biasa kami berkumpul di depan kaunter guesthouse dan minta staff guesthouse untuk dapatkan tuk-tuk. Tambang THB 20/person/ one way.

Pemandu bawa kami ke tengah bandar - berhampiran stesen bas Kanchanaburi. Di situ terdapat gerai-gerai menjual makanan. Nak kata pasar malam kecil saja, lagipun semua gerai yang terdapat di situ hanya terdapat gerai makanan. 

Gerai-gerai makanan
Gerai pertama yang kami jumpa - jual ayam goreng. Saya beli daging ayam sate tu - THB 10/cucuk
Gerai pilihan kami - gerai nasi ayam (rasa nasinya macam nasi beriani). Sepinggan THB 30. Kami antara pelanggan terakhir sebab elok saja kami 9 orang dapat nasi sepinggan sorang, merekapun bersiap untuk kemas gerai. 


Lepas makan, kami jalan lagi menyusuri lorong dan beberapa gerai. Ada juga jumpa beberapa gerai menjual makanan halal. Kebanyakkannya jual ayam goreng macam gerai mula-mula tadi. Ada juga yang jual makanan cucuk-cucuk, gerai pulut mangga dan yang paling menarik ialah gerai pancake 'Heliza'. Kakak yang buat pancake sebijik macam Heliza! Pandai tebar roti pulak tu! Kalau dia tak bercakap confirm kami ingat dia Heliza. Bukan main masing-masing order pancake, nak yang coklat la, pisang la macam-macam ada. Padahal kejap tadi baru makan sepinggan nasi. 

Akak 'Heliza' sedang menebar roti dan saya pulak mintak roti tisu. Lepas dapat roti tisu terus ajak akak 'Heliza' bergambar. Layan saja kakak ni dengan 'peminat-peminat' dari Malaya. Haha


Lepas dah kenyang makan, kami balik ke guesthouse. 

Malam terakhir di Kancahanaburi walaupun hanya 2 malam di sini tapi banyak kenangan walaupun hanya untuk tempoh yang pendek.

Bersambung untuk hari baru dan terakhir di Kanchanaburi!


3 comments:

  1. Mintak otograp kakak heliza x? Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak mintak autograph sebab excited terlebih masa tu. hahaha

      Delete
  2. Nice.nmpk mcm senang ea nk mkn kt thailand?

    ReplyDelete