Thursday, February 20, 2014

Land of Smiles Trip (13) : Maeklong Railway Market part 1

Pemandangan biasa di waktu pagi
Hari baru di Bangkok. 

Bangun seawal pagi sebab hari ini kami akan lalui perjalanan yang panjang iaitu misi untuk melihat pasar yang dibina di atas landasan keretapi. Tempat ini sebenarnya terletak jauh dari bandar Bangkok iaitu lebih kurang 80km untuk sampai ke sini.

Selepas bersiap, kai sarapan dulu di hostel dan lepas itu barulah berjalan menuju ke stesen BTS.

Sebelum itu, awal-awal pagi tadi saya sudah ke kaunter hostel bertanya kepada staff cara untuk ke sini. Walaupun sebenarnya sudah ada panduan, tapi perasaan tak pasti tetap ada. Jadi tak salah kalau kita bertanya lagi kan?





Ada beberapa cara untuk ke Maeklong Railway Market iaitu :

  • Sewa taxi - kos lebih kurang THB500 - 600 / taxi
  • Menaiki van yang menyediakan trip sehari untuk ke sini - kos tak jauh beza dengan taxi, mungkin murah sedikit dari menggunakan khidmat taxi. Cuma perlu ke Victory Monument untuk dapatkan perkhidmatan van kerana semua perkhidmatan van berpusat di situ.
  • Ikut cara kami dengan menggunakan pengangkutan awam. Ringkasan seperti di bawah. Tapi cara yang kami gunakan ni memang sangat menduga kesabaran sebab kami kena berperang dengan MASA!

Saya ringkaskan perjalanan kami seperti di bawah :

  1. BTS St. Surasak - St. Wongwian Yai atau menyeberangi ferry dari Sathom Pier ke seberang sungai (tambang THB3.5) dan kemudian ambil tuk-tuk (tambang THB100) untuk ke stesen keretapi Wongwian Yai
  2. Jalan kaki ke stesen keretapi Wongwian Yai 
  3. Beli tiket dari st Wongwian Yai ke Maha Chai (tambang THB10). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 60 minit.
  4. Sampai di St. Maha Chai - keluar dari kawasan stesen dan berjalan melalui pasar menuju ke jeti ferry untuk naik ferry lagi (tambang THB3.5)
  5. Sekejap saja seberang ferry, sampai di sana sekali lagi berjalan keluar dari kawasan jeti dan apabila sampai di simpang keluar tu, terus belok ke kanan. Di tepi jalan ada signboard "Banlaem Railaway Station". Jalan saja ikut arah signboard. Jalan kaki selama 15-20 minit melalui gerai-gerai menjual hasil laut, kawasan sekolah dan perumahan penduduk tempatan. Jalan hingga ke hujung jalan dan masuk simpang untuk ke stesen Banlaem. Stesennya sangat simple dan usang. 
  6. Beli tiket keretapi dari Banlaem ke Maeklong (tambang THB10). Perjalanan hampir 1 jam. Tapi kena ingat perjalanan ke Maeklong hanya ada 2 kali saja sehari. Jadi jangan sampai terlepas train macam kami. 

Let's pictures tell the stories!

* Apalah nasib kami, hari itu stesen BTS ditutup! Kami mati kutu untuk mencari solusi ke stesen keretapi Wangwian Yai. Sudahnya kami ambil keputusan untuk berjalan balik ke hostel dan bertanya jalan lain untuk ke situ. 

* Kami gunakan cara kedua daripada (no. 1) iaitu berjalan menuju ke Sathom Pier dan menyeberangi sungai menaiki feri dan kemudian mengambil tuk-tuk untuk ke stesen Wangwian Yai.

1. Jalan kaki ke Sathom Pier
Lokasi Surasak yang berhampiran dengan sungai utama yang menyediakan pengangkutan feri utama di bandar Bangkok membolehkan berjalan kaki saja untuk ke pelabuhan. Masa perjalanan lebih kurang 15-20 minit.
Sathom Pier - pelabuhan feri. Terdapat beberapa kemudahan feri disediakan untuk ke destinasi tertentu.
Antara feri yang terdapat di sini
Selepas seberang sungai untuk ke st Wongwian Yai kami terpaksa ambil tuk-tuk sebab tak tahu arah dan cara untuk ke stesen keretapi. Jangan tersalah stesen ya, sebab ada 2 stesen bernama Wongwian Yai iaitu stesen keretapi dan stesen BTS. Stesen yang kami hendak tuju ialah stesen keretapi.

2. Jalan kaki ke stesen keretapi Wongwian Yai - ke Maha Chai 
Pemandu tuk-tuk menurunkan kami di sekitar bulatan jalan yang ada statue ini. Tersesat barat jugak kami sebab pemandu tuk-tuk tersalah bagi direction. Dari statue itu kami berjalan ke kanan, tapi rupa-rupanya arah untuk ke stesen Wongwian Yai ialah di sebelah kiri. 
Berjalan dari arah statue melintasi kedai-kedai hinggalah terjumpa jejantas. Lintas jejantas dan di bawah itulah lorong untuk ke stesen keretapi Wongwian Yai. 

3. Wongwian Yai - Maha Chai
Stesen Wongwian Yai dan jadual keretapi bertolak dari Wongwian Yai ke Maha Cai. Kami berjaya beli tiket keretapi bergerak pukul 10.40pm. 

Keretapi menuju untuk ke Maha Cai. Stesen Wongwian Yai adalah stesen terakhir. Jadi bila keretapi dari Maha Cai sampai, keretapi yang sama itulah juga yang akan bergerak menuju ke Maha Cai semula.
Seat dalam keretapi - selesa dan sesuailah dengan tambang yang dikenakan yang hanya berharga RM1 sehala. Walaupun sederhana, tapi keadaan di dalam keretapi sangat bersih. Sepanjang perjalanan saya lihat beberapa kali juga konduktor keretapi membersihkan tong sampah di sekitar keretapi.

4. St. Maha Chai - ke jeti ferry 
Selepas satu jam perjalanan kami sampai di stesen Maha Cai. Keluar dari situ di sepanjang jalan terdapat pasar dan kami berjalan menuju ke kanan hingga ke hujung jalan untuk ke jeti feri.
Rupa jeti feri untuk ke seberang sana. 
Map yang terdapat di stesen Maha Cai - dah balik baru perasan ada map rupanya. huhu

5. Jeti ke Banlaem Railway Station
Keluar dari jeti, jalan terus hingga sampai di simpang jalan. Di sebelah kanan, dari jauh dah nampak signboard untuk ke Banlaem Railway Station. Jalan saja sepanjang jalan hingga ke hujung jalan dan akan jumpa stesen keretapi di hujung jalan.

6. Banlaem ke Maeklong
Inilah rupa keretapi Banlaem. Sempoi gila!
Jadual terkini perjalanan keretapi Banlaem - Maeklong dan Maeklong-Banlaem. Jadual ini diambil pada Disember 2013. Tak pastilah berapa lama jadual ini bertahan. huhu

MALANG bagi kami sebab kami sampai pada pukul 12.15pm dan keretapi baru saja bertolak. Kalau kami tunggu dan ambil keretapi pukul 4.40pm, jawabnya tak adalah keretapi untuk kami berpatah balik ke Bangkok. huwaa!!


4 comments:

  1. Saya suka sangat naik ferinya....harap dapat ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, seronok layan tengok suasana bandar Bangkok dari feri. :)

      Delete
  2. Tq utk info ni sbb maeklong market mmg dlm wishlist.
    Ok proceed..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Selamat mengejar train ye Syieda :)

      Moga info yang tak seberapa ni membantu nanti

      Delete