Tuesday, February 04, 2014

Land of Smiles Trip (9) : Mon Bridge (entry bergambar)

Hari baru di Sangkhlaburi. Selepas subuh sekali lagi kami ke Mon Bridge. Semalam tak sempat nak seberang sungai ke kampung Mon. Suhu di sini sangat sejuk. Kabus tebal dan mengigil dibuatnya. Kalau ikut takut sejuk memang tak keluar biliklah masing-masing kan?

Apa yang menarik di sekitar Mon Bridge, biarlah gambar yang bercerita :)

Berkabus - awal pagi tak ramai orang lagi yang datang ke sini. Di depan tu jambatan ditutup sebab jambatan runtuh
Zoom sikit - kesan runtuhan jambatan yang runtuh selepas dilanda ribut Julai tahun lepas
Runtuhan jambatan yang agak besar. Keadaan masih berkabus dan sejuk
Bukti kami ber'4 dah sampai ke sini. hihi
Jom ikut saya jalan seberang jambatan buluh tu. Kelihatan ramai penduduk yang melintas jambatan buluh tersebut.
Kesan runtuhan jambatan
Matahari malu-malu nak muncul disebalik kabus yang tebal
Kesan runtuhan di sebelah kiri dan kanan jambatan

Kabus tebal dan sejuk. Kalau tak silap suhu ketika itu lebih kurang 14-15 darjah. 
Berjalan menyusuri jambatan buluh di dalam kelam kabus
Perkampungan Mon : di seberang sungai terdapat perkampungan bagi penduduk Mon. Di sepanjang jalan dari tepi sungai terdapat gerai-gerai. Macam-macam ada, makanan, baju dan pakaian serta barang tempatan penduduk.
Ini pula laluan masuk ke jambatan Mon yang roboh ditengah tu dari arah perkampungan Mon. Gerai sebelah kanan dalam gambar yang ada tulisan carnation tu gerai menjual roti canai @ pancake. Halal, tapi kami tak belipun.
Rumah-rumah penduduk tempatan. Simple, kemas dan bersih. Kebanyakan rumah di sini dibuat daripada kayu dan mempunyai beranda.
Rumah-rumah penduduk di lereng bukit berhampiran sungai.
Pemandangan dari jambatan di sebelah perkampungan Mon
Kabus dah makin menghilang dan matahari mula munculkan diri. Hampir pukul 8.00 pagi barulah kabus hilang.
Cafe di hadapan jambatan. Di sini ada jual poskad dan dia akan tolong poskan poskad nanti. Design poskad di sini kebanyakan dibuat sendiri dan sangat comel dan kreatif

Lebih kurang 8.30 pagi kami beransur-ansur gerak untuk balik ke guesthouse. Mandi, berkemas dan sarapan sebelum meneruskan program utama untuk hari ini pula. Tapi lepas ini kami akan pindah ke P Guesthouse pula :)

~ bersambung


6 comments:

  1. seperti biasa..semua pic cantik..sesuai kalau nk buat postcard..jln ats jambatan buluh tu goyang2 tak..seriau tgk heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ JM, err.. agak2 kan kalau semua gambar ni buat poskad laku tak? hee

      jambatan buluh tu nmpak mcm kecik, tapi sebenarnya besar dan sangat kukuh. bukan setakat berjalan, nak berlari sambil lompat2 pun tak takut JM. hehe

      Delete
  2. okey...ms sangat suka datang tempat macam nie...lihat sisi kehidupan mereka dengan lebih dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. MS, memang seronok dapat tengok pemandangan dan sisi kehidupan penduduk di sini dengan lebih dekat. Diorg ni aman damai, macam xde masalah je. hehe

      Delete