Followers

Wednesday, February 26, 2014

XPDC Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Plan asal hujung minggu tu nak mendaki tangga Batu Cave, tapi last minute bertukar ke Air Terjun Lepoh, Hulu Langat. Sebenarnya dah lama saya teringin nak ke sini, tapi disebabkan tak tahu macamana nak ke sini, jadi keinginan tu terkubur macam tu saja. Sehinggalah salah seorang rakan sepejabat bagitau ada xpdc nak ke sini, tapi dengan group lain - team adventure. Tapi, tempat terhad kepada 40 orang saja. Itupun petang Jumaat baru betul-betul confirm dan semua urusan mendaftar diuruskan oleh rakan sepejabat sebab seminggu saya berbengkel di luar Putrajaya. Orang kata, kalau dah itu rezeki, dapat pergi juga kan?

Petang Jumaat itu barulah saya dapat semua info untuk esok. Katanya kami kena berkumpul di Kementerian seawal jam 6.00am dan kami akan bertolak ke Hulu Langat. Siap kena pakai baju biru sebagai baju tema. Maaflah, bab-bab boria ni wa memang tak suka, jadi saya 'curang' pakai baju hitam. Dan... Er.. walaupun saya peminat biru, tapi jangan tak percaya saya memang tak ada t-shirt biru!

Katanya ahli rombongan ada 40 orang, tapi hanya kami ber'6 dari Kementerian yang sama. Yang lain memang saya tak kenal. Pukul 6.00am saya gerak dari rumah dan solat subuh di surau Kementerian sementara tunggu yang lain sampai. 6.45am kami bertolak, berhenti di Sungai Ramal untuk sarapan dulu dan terus shoot ke Hulu Langat. 

Kami antara yang terawal. Jenuh juga menunggu penganjur tak sampai-sampai. Selepas 3 jam menunggu akhirnya penganjur baru terhegeh-hegeh tunjuk muka! Sentap ok! Time management FAILED! Masa menunggu tu kami ber'6 memang dah bosan gila. Kalau tak kerana kami tak tahu lokasi dan trek ke Air Terjun Lepoh tu dah lama kami gerak sendiri.

Sebelum apa-apa meh kita bergambar dulu
Dalam ramai-ramai tu hanya 6 orang yang saya kenal.
Selepas lebih 4 jam menunggu akhirnya barulah kami bergerak. fuh...
Laluannya kecik saje, tapi jangan terkejut kalau bertembung dengan orang asli yang menaiki motorsikal hingga ke sini
Lepas menempuh laluan berhutan, kami melalui kawasan hutan buluh pula
Sampai satu kawasan di tengah-tengah hutan kelihatan kawasan ini dah gondol kesan hutan yang terbakar di sekitarnya. Ada satu kawasan tu kesan api dan asap masih ada.

Selepas 1 jam trekking, kami berhenti rehat dulu di check point di tengah hutan. Kata penganjur kita rehak dulu sementara bagi laluan kepada rombongan kolej yang datang sini dengan 3 buah bas. Boleh bayangkan macamana padatnya keadaan di air terjun hari tu???

Sessi berkenalan - sampai lebih satu jam buang masa kat sini. Iskh.. iskh..
Gambar ramai-ramai 
Sebelum teruskan perjalanan meh kita bergambar sama dulu. Nasib baik ada geng ber'6 ni ceria jugak trekking saya kali ni.
Trekking yang simple, tapi mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke air terjun. Salah satu trekking akan melalui batang paip ini.
Bunga hutan yang banyak terdapat di sini - cantik dan berbau wangi
Antara trek yang mencabar - lebih kurang 15 minit jugak ambil masa untuk memanjat bukit dan dan melepasi trek berakar (trek seperti di Bukit Puchong)

Lepas berjaya menempuh trek berbukit akhirnya melalui denai kecil dan rata.

Akhirnya selepas 45 minit trekking dari checkpoint kamipun sampai di kawasan air terjun. Kami diberi masa lebih kurang 3 jam untuk mandi-manda, rehat, solat dan makan.

Akhirnya sampai - orang sangat ramai dan sesak
Antara tarikan air terjun ini ialah air terjunnya boleh sliding hingga ke bawah - mereka semua tu bersedia nak menggelongsor turun ke bawah 
Air terjun Lepoh - tempat ni selamat untuk sliding
Setelah lama menunggu akhirnya berjaya mengambil gambar tanpa gangguan manusia. hiks
Pemandangan dari bawah - kawasan bawah seperti kolam dan kawasan ini agak dalam. Kalau agak-agak tak pandai berenang jangan cuba-cuba ke kawasan dalam ye
'Dia' pun nak joint mandi sekali :)

Hampir pukul 4.00pm kami dah bersiap-siap nak balik. Tapi bila dah datan ramai-ramai ni macam-macamlah perangai kan? Jadinya lebih kurang 4.30pm barulah bergerak balik. Perjalanan balik ni kami trekking laju-laju, jadinya lebih kurang 5.45pm kami dah selamat sampai ke bawah. Alhamdulillah...

Menarik juga trekking ni, cumanya yang tak best ialah penganjur yang anjurkan trip ni saja sebab bab menepati masa adalah sangat worst. Tak apalah, janji dah tahu jalan dan trek. Lepas ni kalau ada kawan-kawan yang pergi rasanya saya boleh tunjukkan jalan kot. hihi.


21 comments:

  1. Biar betiq..dalam berenam tu ada yg pakai selipar jepunggg je...part boleh tunjukkan jalan tu JM suka heee...(dlm hati...tu pun kalau PM hajak heee)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, yg pakai selipar jepun tu memang perkasa, jadi jgn hairan kalau dia pakai selipar je trekking dalam hutan.
      Kalau ada kawan2 nak repeat, JM nak joint ke? hehehe

      Delete
    2. PM...mestilah nk join..sbb pernah merasai pengalaman naik bukit jetlutong tu..BEST...kalau arrange time yg JM free..in Sha Allah..nanti PM dah pegi jauh ntah bila leh jumpa laie

      Delete
    3. JM kalau free 15/3 moh kite ke air terjun lepoh sekali lagi :)

      Delete
  2. ha ha seliper motong gotah pon ada...kat mana beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasut motong getah yang paling best pakai utk trekking. hehe

      Delete
  3. terbaik masuk hutan pakai selipar jepun... btw, saya hampir join satu trip ke air terjun sg lapoh minggu lepas.. tapi kensel sebab ada geng tak dpt pergi.. jadi semua pun kensel.. hehe...

    ReplyDelete
  4. ye ke cheq eem? tak berjodohan kita nak jumpa. kalau tak entah2 berselisih jalan kita kat sg lepoh tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah PM... kalau tak dah melompat mandi air terjun kat situ.. hahaha... next time lah jejak air terjun kat sini.. hehe....

      Delete
    2. Jom Cheq eem kita jejak ke situ lagi. Ada permintaan kawan2 mintak bawak diorg ke air terjun tu ni :)

      Delete
  5. Assalamualaikum, sy ada trbaca ttg trip guilin-hanoi awak. Blh tak kalau share ttg schedule prjlnn slama 9 hr tu scara ringkas? Mcm Day 1, Day 2, etc. Nak tau scara umum dan ringkas. Harap kalau boleh email kat miss_mm02@yahoo.com.my :)
    Btw, mmg salute pd awak dan kwn2, jarang ada crita ttg prmpuan muslim yg nk berbackpacking jauh2, redah itu ini. Oh dan terima kasih in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. InsyaAllah akan balas email tu nanti. Kalau nak cepat boleh rujuk entry kompilasi trip ni : http://penceritamaya.blogspot.com/2013/06/pautan-himpunan-trip-selekeh-guilin.html

      Delete
  6. Assalamualaikum.. tak tahu pula ada air terjun yang secantik ni di Hulu Langat.. best betul tengok aktiviti main kat situ :D
    Boleh pulak ak nak boria dengan yang lenlain ek hahaha.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Sebenarnya kat Hulu Langat sangat banyak air terjun yang cantik dan ada lagi yang jarang orang sampai. Tapi part main air tu memang tak ingat dunia la. Lupa kejap dah tua rupanya. hahaha

      err.. bab2 boria ni memang x gemor la. haha

      Delete
  7. assalam saya rozie, boleh tak bagi details direction ke sana.. saya dr klang valley.. t.kasih

    ReplyDelete
  8. Aslkm, boleh bgtahu selepas jambatn kayu yang lalu tu ikut jalan kiri atau kanan ye? Sebab haritu naik bukit salah jalan and sesat sbb naik sendiri

    ReplyDelete
  9. google pasal air terjun lepoh jumpa blog ni. nak tengok track sbnrnya. every hike. besok nak hike lg. igtkan nak ke air terjun lepoh ni mencabar. sbb dah tak larat dah. haha. tp tgk dr blog ni mcm oke je yea? tak sabar.

    ReplyDelete
  10. Dulu saya memang regular trekking tempat ni. Owner Asli Adventure tu pun saya kenal - Hj Zakaria. Beberapa kali kami pegi trekking dengan dia. Dia boleh bawak dari Lepoh ke Janda Baik.
    Biasanya trekking dari parking kereta ke air terjun ni mengambil masa dalam 1.5 jam. (Saya pernah buat 45 minit bersaorangan tanpa henti). Tapi saya dah lama tak pergi trek ini dan mungkin dah berubah sedikit. Dulu kami lalu '7-11' dan 'Dolly Parton'. Sekarang tidak lagi sebab ada laluan yang lebih mudah.
    Apapun banyak kenangan manis disini dan merancang untuk buat come back setelah lebih 15 tahun last datang disini! In Sha Allah.

    ReplyDelete