Tuesday, April 29, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 1 : Seogwipo

~ masih di hari pertama

Perut dah kenyang, perjalanan diteruskan menuju ke bandar Seogwipo untuk ke Jeju Hiking Inn.

Tanya en GPS boleh pulak dia tak tahu! Ah sudah, camne ni? Another solution, we search by place, pun takde! Last skali taip phone no. nasib baik ada. Peww!

Selamat sampai di Jeju Hiking Inn, check in. Kami ambil 3 bilik - 1 bilik untuk 4 orang dan 2 bilik untuk berdua.

Bilik untuk berdua, saya menyelit duk bilik ni sebab bilik 4 orang tingkat paling atas, saya sayang lemak malas nak panjat tangga tinggi-tinggi. Basic room with TV and air-corn. Tapi walaupun simple, tilam dia ada heater. Best!

Sementara tunggu diorang mandi, saya naik rooftop - layan matahari terbenam.  Bandar Seogwipo berlatar belakang laut dan pelabuhan memang pemandangan yang menarik. Beberapa gambar sekitar bandar Seogwipo...

Pelabuhan Seogwipo
Zoom sikit - jambatan dan 'menara' macam kat Dubai tu menarik je kan? Pandai jugak orang Korea tiru orang kan? hehe.

Pemandangan sekitar pekan Seogwipo dari 4 penjuru berbeza.

Kecik je pekan Seogwipo ni, bangunan pun rendah-rendah aje
Another side of Seogwipo - di sana sini cherry blossom dah mula berkembang 
Jalan utama dalam bandar
Matahari pun dah mula menghilang. Suhu makin sejuk jadi tak boleh berlama-lama kat atas.

Malam, kami keluar lagi. Niat hati nak cari restoran seafood sekitar pelabuhan Seogwipo. Restoran Jeju Halmang Ttukbaegi salah satu restoran yang dicadangkan oleh Tourism Korea untuk muslim.

No. 19 : Restoran Jeju Halmang Ttukbaegi

Tapi nasib tak menyebelahi kami, bila sampai depan restoran, pintu restoran tertutup rapat. Jadi kalau sesiapa yang pergi Seogwipo bolehlah singgah dan cuba makan di sini macam Kak Kiah.

Sampai ter'insiden - terlebih parking sampai rim tayar depan tersagat divider. Cuak masing-masing. Masa ni Cha Eng Sang dah hilang 'comel' sebab mulut dia lagi laju dari kereta. Haha.

Bila dah jadi macamni terus masing-masing hilang mood. Biasalah, bila perut lapar fikiranpun tak berapa nak waraskan? Tak tahu nak ke mana, kami pusing-pusing dalam bandar Seogwipo tanpa arah. Akhirnya kami singgah je kat mini mart, beli nasi dan seaweed dan terus balik makan di hostel. Habis cerita.

Kononnya lepas makan nak singgah  kat pelabuhan dan lepak tepi pantai, semua tinggal angan-angan saja. Biasalah kita mampu merangcang... ketentuan di tangan Dia. Betul tak? Lagipun masing-masing dah kepenatan berjalan seharian.

Malam itu kami makan malam kat rooftop je.

End of day 1'st.


8 comments:

  1. memang kalo guna gps kat sana, insert no telefon lagi jelas dan mudah berbanding nama tempat. kira gempak gakla gps dorang ni. dah la skrin besar. muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dan kadang2 guna GPS dalam bahasa korea lagi mudah dari english. huhu

      Delete
  2. Replies
    1. makan kat rooftop memang best, tapi makan rooftop x tau la camne. er... boleh makan ke rooftop tu? hehe

      Delete
  3. Kekadang ejaan English diaorang salah, tu yang tak jumpa bila guna GPS... ada ke trick jadi trieck... mana nak jumpa...
    Guna no telefon memang terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ejaan english ikut sebutan, sebab tu salah. huhu

      Delete
  4. dekat juju hiking inn senang ke nak parking kereta

    ReplyDelete
  5. senang je nak parking, depan hotel ada parking FOC

    ReplyDelete