Saturday, May 31, 2014

Seoul - Jeju - Busan : Penutup

Overall trip mengejar cherry blossom terlaksana dengan jayanya. Walaupun hakikatnya sebelum kami jejak kaki ke Korea terlalu banyak 'drama-drama' yang tak terduga dan diduga terjadi. Biasalah, adat manusia biasa... mesti ada yang tersilap terkurang di mana-mana. Bermula dari saya, yang awalnya 50-50 nak sertai trip ni, lepas tu sorang tarik diri sebab baru dapat kerja baru dan lepas tu nak joint balik lepas dapat blessed cari bos baru, pertambahan ahli baru yang tak dikenali dan terakhir bila ahli yang memang confirm nak pergi tiba-tiba terpaksa tarik diri bila cuti tak diluluskan sebenarnya agak menduga kami terutamanya pada orang yang bertanggungjawab menguruskan tempahan hostel dan itinerary memang kena ada tahap kesabaran tahap dewa. What do you expect when you travel in a group? Memang inilah perkara-perkara biasa yang akan kita hadapi. Betul tak? Lainlah kalau jalan sorang-sorang - ikut satu kepala saja. Tapi pada saya, risiko-risiko yang diambil itulah yang memberi 'warna' sepanjang perjalanan kami.


Tapi syukur, kembara terakhir saya dengan GBS memang satu yang akan menjadi kenangan manis sampai bila-bila. Sayapun tak pasti bila lagi GBS dapat jalan sama-sama lagi lepas ni. Sebab sekarang masing-masing sangat sibuk dengan urusan dan komitmen masing-masing. Mugkin juga lepas ni saya kena tune otak saya untuk belajar jalan seorang diri atau mungkin juga terpaksa 'menutup' buku travel untuk seketika waktu. Wallahualam... hanya Dia yang tahu apa yang berlaku di kemudian hari.

Istimewanya bila berjalan dengan GBS ialah setiap dari kami mempunyai karektor masing-masing. Saya kira itu pelengkap kami. Cha Eung Sang yang kadang-kadang bersuara lantang tapi saya rasa kalau tak ada dia mesti kami semua sunyi. K.hana yang super cool, Cik yah selaku jurucakap, Kak yang jenis tak kisah (walaupun dia tak turut serta dalam trip ni) - mereka semua pelengkap dalam trip ini. Kami boleh bercakap apa saja dan kadang-kadang boleh bergurau 'kasar' antara satu sama lain.

Kalau nak tahu dia boleh jadi kawan atau sahabat, cubalah ajak di berkenala, selepas itu nilailah sendiri!


Pada saya trip kali ni best sebab saya tak diberi apa-apa amanah oleh GBS. Biasanya bab kena pegang duit mesti dipertanggungjawabkan pada saya. Best woo bila tak payah pegang banyak duit ni. Kihkih. Kalau tak mesti ada duit beg - 1 untuk belanja sendiri, 1 untuk belanja berkumpulan. Itinerarypun sama, semuanya dah dirangka oleh Cha Eung Sang. Saya hanya cari maklumat dan masukkan dalam 'buku hikmah' dan kemudian printkan saja untuk semua. Tapi, bab merangka itinerary ni, Cha Eung Sang sangat membantu. Walaupun kadang-kadang tak larat nak dengar celoteh dia... tapi rasanya kalau dia tak ada mesti susah nak siapkan itinerary. Sebab? Beliau sangat infomatif! Baru usul pendapat, tak payah tunggu lama info yang kita cari mesti dapat! Bukan senang nak cari kawan yang sanggup sama-sama bekerjasama menyumbang maklumat. 


Walau apapun dugaan dan ujian yang kita tempuhi sepanjang perjalanan kita, pada saya semua itu semuanya pengalaman baru yang mematangkan kita semua. Dan jangan serik untuk berjalan atau pergi ke mana-mana ia mungkin akan jadi pengalaman yang terindah pada kita nanti. Apapun terima kasih buat GBS, tak serik berjalan dengan saya. Dalam tempoh yang pendek banyak masa kita habiskan untuk jalan bersama - Guilin, Hanoi, Shenzhen, Hong Kong, dan banyak lagi trip-trip pendek kita. Semuanya ada value tersendiri.

Friday, May 30, 2014

The 52nd Jinhae Cherry Blossom Festival, Busan part 2

~ Bersambung

Dalam entry lepas, kami kelaparan dan bergerak dari kawasan stream untuk mencari sesuap nasi. Tapi mana la nak jumpa kedai nasi kan? Kalau yang ada diragui halalan toyibannya. Sebenarnya di tapak pesta memang ada jual makanan. Tapi, bergolek-golek babs dijual. Meriah betul! Sampai kami semua tak sanggup nak lalu wlpun kat sebelah gerai tu jual aiskrim. Haish... 


Makanya berjalanlah kami tanpa arah tujuan. Camnepun perut tetap kena isi kan? Kebetulan masa perjalanan datang tadi, salah seorang dari kami terpandang ada kedai menjual kebab. Restoran turki. KIra itulah penyelamat perut kami tengahari tu. 

Elok sampai restoran tutup. Frust aje masing-masing. Tapi, kami masih bernasib baik sebab tauke restoran buka booth depan restoran jual kebab dan aiskrim. Pew... apa lagi, order kebab dan kami decide nak makan tepi jalan. Kebetulan ada bangku disediakan.

Disebabkan kami jumpa tauke kebab yang baik hati, kami disuruh masuk dalam restoran untuk makan di situ. Bila dia tahu kami datang dari Malaysia dan muslim, terus dia suruh masuk dalam dan tunggu kebab siap. Inilah satu kebebihan berjumpa saudara sesama muslim. Dah dapat makan di tempat yang selesa, diberi lagi air percuma! Alhamdulullah. Masing-masing tak lepas peluang tumpang tandas terus. hihi. Yang bestnya hanya kami ber'7 je yang dipelawa makan di dalam. Macam VIP pulak. hiks.

Tauke ajak bergambar kenangan. Suasana di depan restoran kebab. Restoran ni terletak betul-betul di depan tapak pesta. Kat depan tu ada pentas - ada persembahan polis dan kumpulan apa entah. Tapi memang meriah.
Budak-budak tadika pun tak ketinggalan turut sama ke pesta. Comel kan???

Perut dah kenyang, ke mana pulak kita lepas ni? 

Plan asal nak ke stesen keretapi yang ada rimbunan bunga-bunga pink di kiri kanan landasan tu. Tapi bila tengok peta macam jauh je. Kena naik bas la pulak. Masing-masing macam tak tahu arah, jadi tak payah peningkan kepala nak fikir pergi tempat yang susah nak diterjah, kita pergi saja tempat-tempat berdekatan.

Dari jauh ternampak cable car, terus usulkan pada diaorang naik cable car. Since semua setuju, kami terus ke sana. Tak jauh manapun. TAPI.... orang beratur punyalah ramai!! How? Dalam ramai-ramai orang tu masing-masing gigih jugak beratur. Tanya pada ajusshi yang menjaga barisan dan kaunter tiket, kami kena tunggu lebih kurang 30 minit untuk sampai giliran kami. Oklah, 30 minit masih boleh bersabar. Apalah sangat 30 minit kalau nak dibandingkan 90 minit diaorang beratur nak naik T Express di Everland tempoh hari kan? Haha.

Cable car - tambang 3,000won/person (return). Kalau malas nak tunggu cable car boleh panjat tangga sampai ke atas bukit. Tapi weols dah tak mampu panjat tangga....
Replika yang menyambut kami bila sampai di atas
Pemandangan bandar Jinhae dari atas bukit (ambil dari cable car)
Nun di hujung sana, ada pelabuhan. Selain dari festival cherry blossom, ada lagi beberapa tempat menarik di sekitar Jinhae yang boleh dilawati. 
Jinhae Tower - kat atas tu ada museum. Tapi kami semua malas nak panjat menara. 3 gambar berderet ialah laluan bertangga yang disediakan untuk sesiapa yang nak panjat tangga. Ada 2 tangga berbeza. Kalau turun ke bawah, ada taman rekreasi di situ. 
Antara bunga dan pokok lain yang terdapat di atas. 
Merimbum pokok sakura di sini. Memang sesuai untuk berekreasi.
US!
Lagi bunga pink

Dah puas berlegar-legar di atas tu, kamipun beratur untuk turun balik. Masa tu dah hampir jam 4.30pm. Dah sampai masa untuk beransur-ansur balik. Sebab perjalanan kami masih jauh kan...

Dari cable car - penuh manusia datang berfestival
Lagi pemandangan dari cable car - bunga pink makin banyak memenuhi bandar Jinhae. Hari ni baru masuk hari ke-3, bayangkan kalau kemuncak festival, mesti bandar ini lagi meriah dengan bunga pink kan? Tak percaya, cuba uols tanya pakcik google, tengok gambar-gambar di google. 
Perjalanan balik - untuk kali terakhirnya sebelum meninggalkan bandar Jinhae

Masa untuk meninggalkan bandar Jinhae yang indah. Tak puas sebenarnya nak berjalan kat semua tempat. Kalau nak best dan ada masa yang panjang, bermalam satu malam di sini. Selain pergi ke festival cherry blossom, boleh lagi berjalan di tempat-tempat menarik yang lain di sekitar bandar Jinhae. Mesti best!

Sakura berguguran di sepanjang jalan. 
Stesen bas Jinhae - beli tiket balik di kaunter dan lepas tu betarur di tempat yang betul untuk naik bas. Pastikan beratur di line 'BUSAN (Hadan . Sasang)' kalau nak balik ke Busan ye.

Perjalanan balik seperti biasa mengambil masa lebih kurang 45 minit. Disebabkan penat berjalan, kami semua membuta sepanjang perjalanan. Stesen terakhir ialah di Seoubu Bus Terminal. Sebelum balik hostel kami tapau nasi. 

Sampai hostel dah gelap. Mandi dan kami semua melepak je kat atas dan rooftop hostel. Kat atas ni kira semua kemudahan ada - bilik air, tempat makan, ruang berehat, pc untuk berinternet dan rooftop. Lepas mandi dan bersiap, boleh solat terus di situ. Masing-masing dah siap kami panaskan nasi, masak meggi dan makan sama-sama dengan sambal bilis dan sambal hitam. Yang lagi syok hanya kami je yang melepak di situ. 

Malam terakhir di Busan. Malam ini kami semua kena kemas beg sebab esok seawal jam 6.00am kami semua dah kena bertolak ke airport sebab flight pulang ke Malaya esoknya pada pukul 10.30am.


Thursday, May 29, 2014

The 52nd Jinhae Cherry Blossom Festival, Busan part 1

Welcome to BUSAN!

Sebenarnya kat Busan ni kami hanya ada sehari je kat sini. Kira konsep touch n go ajelah. Tu tandanya kena repeat balik Busan kan? Adalah alasan. Hiks. 

Flight kami dari Jeju ke Busan malam. Tanah Busan dah gelap barulah kami sampai. Selesai urusan ambil beg, terus ke subway station untuk ke Haeundae. Part ni memang sendu sebab St. Haeundae tersangatlah jauh! Memang silap perhitungan cari hostel nun jauh di Haendae. Kalau singgah sini lama, syok jugak sebab tepi pantai, ini nak ke pantai tengok pantaipun tak sempat. Jadi lain kali kena pilih lokasi seperti Sasang atau Jagalchi barulah strategik nak ke mana-mana. 

Tapi, pilihan kami untuk menginap di Hostel The New Day tak mengecewakan sebab lokasinya sangat dekat dengan subway station. Keluar exit 1, jalan tak sampai 45 meter dah sampai hostel. Part ni boleh diberi 5 bintang. Dan keadaan hostelnya juga selesa.

Malam tu sampai, masuk bilik, masing-masing dah tak fikir panjang kecuali TIDO!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari baru di Busan.

Sememangnya highlight trip kami adalah untuk memburu cherry blossom. Sampai ke Busanpun tak habis-habis lagi nak memburu bunga ni. Untuk masa sesingkat sehari yang kami ada di Busan, kalau tengok itinerary memang banyak tempat kami nak terjah. Tapi kemampuan terhad disebabkan kesuntukan masa. Jadi untuk selamat, dalam itinerary kami buat 2 option :

1. Jinhae Tour - ke The 52nd Jinhae Cherry Blossom Festival ATAU
2. Busan Tour - ke tempat-tempat seperti Gamcheon CultureVillage, Taejondae tour, Jagalchi Fish Market, Dalmaji Hill etc.

Tetapi disebabkan The 52nd Jinhae Cherry Blossom Festival yang merupakan festival cherry blossom terbesar di Korea berlangsung pada 1 - 10 April 2014 dan kami pula berada di situ pada 3 April 2014, sudah tentulah peluang untuk ke festival ini tak akan kami lepaskan! So, cherry blossom... kita jumpa di JINHAE!!

Mode transportation seperti biasa menggunakan perkhidmatan awam. Sebenarnya sampai hari kejadian kami 'gelap gambar' macamana ke ke Jinhae  ni. Puaslah masing-masing yg ada h/p canggih menggodek h/p cari maklumat terkini. 

Bila ditanya pada staff di hostel, dia cadangkan kami ke sana naik bas sebab lagi mudah dan cepat. Dia pesan, better pergi awal pagi sebab tempat ini akan penuh dengan pengungjung. Maka gigihlah mak jemahs dan pak mail bangun pagi dan bersiap awal pagi tu. Sarapan disediakan di hostel. Lepas sarapan kami bergerak.  

Disebabkan kami memilih subway dan bas sebagai mode pengangkutan, jadi saya hanya boleh kongsikan cara ini sajalah. Mana tahu kot-kot tahun depan ada orang nak ke festival ni bolehlah jadikan rujukan walaupun tak lengkap sepenuhnya. 

Dari Haeundae kami ambil subway untuk ke stesen bas. Untuk ke Jinhae terdapat 2 lokasi untuk naik bas iaitu dari St. Sasang atau St. Hadan. 

1 - St. Sasang : Exit 5 - Seoubu Bus Terminal (rujuk SINI untuk schedule bas) dan beli tiket ke Jinhae (5,100won/one way). Bas bergerak bila penumpang dah penuh @ setiap 20 minit >> ini pilihan kami since St. Sasang lagi dekat berbanding St. Hadan.

2 - St. Hadan : Kaunter tiket betul-betul terletak di depan stesen subway Hadan. Beli tiket dan tunggu saja bas sampai >> ini dari pemerhatian saya sebab bas yang sama dari Seoubu Bus Terminal (dari Sasang) akan berhenti mengambil penumpang di St. Hadan juga. 

* Kedua-dua tempat naik bas dekat dengan stesen subway. Satu kelebihan bagi pengguna pengangkutan awam!

Dua tempat naik bas untuk ke Jinhae.

Perjalanan dari Busan ke Jinhae mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sempatlah masing-masing membuta walaupun pemandangan sekeliling punyalah cun! hiks.

Sampai-sampai saja, nah inilah pemandangan yang terhidang depan mata! Kat mana-mana penuh dengan bunga pink! Mula-mula clueless jugak mana tempat nak tuju sebab semua tempat macam ada pesta. Jadi kami ikut saja, orang-orang yang turun dari bas. 

Cakap banyakpun tak guna... biar gambar saja yang bercerita!

Di mana-mana ada bunga pink!
Ikut saja kaki melangkah sebab mana-manapun cantik
Banner festival - maknanya kami sampai di tempat yang betul. hihi
Tapak pesta

Berjalan kaki tanpa arah sehinggalah kami ditegur oleh seorang staff yang bertugas untuk festival ini. Dialah tolong lukis peta dan tunjuk pada kami lokasi-lokasi utama festival ini. Salah satunya ialah sekitar stream. Memandangkan tempat ini paling dekat maka itulah tempat yang kami tuju!

"There are two primary locations that visitors go to see them. One is the train tracks just next to the high school that is a major bus stop. The other location is at a river in the downtown section of Jinhae, located a 30 minute walk north of the bus station. At this location there is a small stream lined with cherry blossom trees on both sides that tourists are sure to be flocking around."wikitravel

Jalan punya jalan, melintas jalan beberapa kali, akhirnya nampak sungai dan bunga pink yang berimbun-rimbun! Waaaa... lawanya! 'Mabuk bunga' sekejap masing-masing. Seperti biasa hilang arah sebab tak tahu nak ambil gambar macamana. Depan mata semua cantik, tapi bila ketik camera, hasilnya tak selawo reality. Jadi konlusinya.... KORANG KENA DATANG JINHAE  DAN TENGOK SENDIRI DENGAN MATA! Sebab, MasyaAllah... lawa!!

Walaupun gambar tak seberapa, bolehlah sebagai kenangan daripada tak ada langsung kan? 



Puas berjalan kat atas, kami turun bawah berjalan di laluan bawah. Airnya nampak jernih, tapi sebenarnya tak adalah bersih manapun. Nasib baik tak ada bau yang kurang menyenangkan :)
Payung lagi... kombinasi payung bewarna-warni memang lawa
Dan pokok-pokok juga dihiasi dengan lampu-lampu bulat yang comel dan unik

Meh kita tengok aksi-aksi pengunjung. Mostly yang datang orang tempatan, tapi merekapun 2x5 jakun macam kami yang tak 1'st time jumpa cherry blossom. So, no worries, buatlah aksi apapun, tak ada orang nak kesah!

Ada yang datang berpasangan
tak kurang yang datang berkumpulan macam kami...
Tua atau muda semuanya bergaya!
Merekapun tak kalah dengan gaya masing-masing! hiks

Lama kami habiskan masa di sini. No rush... seharian kami di sini.

Tapi perut dah menyanyi-nyanyi minta di isi.

Jom kita cari makan dulu. Isi perut. 


Mana kami nak makan? Kita sambung kemudian....

Wednesday, May 28, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 4 : Seopjikoji & back to Jeju-si

~ sambungan dari Seongsan Ilchulbong 

Lepas turun dari Seongsang Illchulbong, balik ke hotel, mandi dan packing. Dengan mood segar bugar (walaupun kaki sakit) kami teruskan perjalanan. Ada beberapa tempat yang kami nak singgah sebelum tinggalkan pulau ini petang nanti.Tapi apa-apapun perut kena isi dulu. Jadi kami singgah Lotteria beli shrimp burger. Walaupun hanya beli burger sebiji sorang, tetap eksyen nak makan kat situ. Senang... kita makan terus. 

Perut dah kenyang, moh kite 'jallang' lagi! Start keta, set GPS terus kereta meluncur ke destinasi yang nak dituju. Kita ke Seopjikoji, tengok batu kat tepi laut lagi! Dari hari pertama sampai hari last, kerja kami tengok batu je.... Tapi saya tak kisah sebab batu-batu lawa dan unik! Dan tempat ni jugak terkenal sebagai salah satu drama shot location - All in. Kata Cha Eung Sang, itu antara drama terawal yang masuk ke Malaya selain Winter Sonata. Saya sendiripun dah lupa cerita dia macamana, entah-entah tak tengok lagi kot citer tu. Hahaha. 

Sepanjang perjalanan view memang lawa sebab jalan raya sepanjang pantai. Sesekali jumpa ladang canola yang berbunga kuning. Kami singgah jugak kejap, tapi bunga tak banyak dan tak berapa lawa.

Sampai sini, jalan dah jammed. Walaupun masih pagi, bas dan kereta dan berduyung-duyung sampai. Ramai betul pelancong dari China datang sini. 



Sampai-sampai je, terus terjah gerai-gerai jual sotong bakar. Harga sotong dah naik uols, dah jadi 8,000won! Tapi sebab dah memang plan nak rasa sotong bakar kat sini, anggap ajelah 8,000won = RM8.00. Haha. Once in a life time kan? Nak sampai sini lagi belum tentu lagi sampai atau tak. Elok pulak, masing-masing duk membeli sotong bakar, sampaikan terlebih-lebih nak menghabiskan sotong tu.

Gerai menjual sotong bakar. 
Selain dibakar ada jugak yang dijemur. Mungkin nak buat sotong kering. Buat sambal sorong sedap ni!

Sotong dah dapat, jom kita 'lawat kawasan' pulak. Kali ni santai aje. Tak ada apa yang nak dikejarkan. Tengok batupun sekadar tengok je. Dah tak ada feel macam hari 1'st. Boleh gitu? Kami setakat jalan sekerat jalan dan tengok gereja dan rumah api dari jauh. Malas nak menapak bila terkenangkan betapa ramainya orang pagi tu. Last-last hanya Jati je yang berjalan sampai ke gereja. Itupun sebab dia kata dah lama tak 'sembahyang'. Jadi kami bagi dia masa sementara kami kat bawah ni santai-santai layan pemandangan laut.

Layan gambar ye...

Menapak jauh ke atas dan bersesak-sesak dengan pengunjung yang ramai
Rumah api dan gereja nun jauh di sana. Kami jalan separuh jalan je. Alasan sakit kaki. hihihi.
Gereja yang glamour - masuk dalam beberapa drama termasuk All in. 
Nampak rumah api dari kejauhan. 
Antara pemandangan depan mata
Dah namapun bersantai-santai, bergambar la kerjanya kan? Elok je kami duk bergambar, makcik-makcik ni datang menyelit nak bergambar sekali katanya.

Semua dah puas hati, jom kita teruskan perjalanan. 

Singgah pantai kejap layan pemandangan. Tapi lupa nama pantai apa. Orang tak ramai, mungkin sebab tengahari dan ombak pun kuat. Tapi yang pasti air lautnya biru dan jernih!

Lupa pantai apa, tapi menghadap ke Seongsan Ilchulbong dari kejauhan

Sebenarnya hari last ni kitaorang macam 'lost' sikit. Beberapa museum dan tempat yang kami singgah, tapi end up jadi malas nak masuk. Elok pulak semua sepakat malas nak masuk. Contohnya Trick Art Museum. Rasanya sesiapa yang datang ke Jeju mesti akan singgah sini. Kira dah jadi tempat WAJIB singgah kalau datang ke Jeju. Kami pulak, tak berminat nak masuk. Cha Eung Sang boleh kata, trick art ni tengok mural dekat rumah mu pun boleh.... Hahaha. Yang lainpun setuju. Padahal Art Mural kat Seri Kembangan itupun diaorang tak pergi lagi. Saya ok je sebab tempat-tempat indoor ni bukanlah pilihan utama saya - lagi seronok layan natural view depan mata.

Kali ini perjalanan balik ke Jeju-si melalui route berbeza. Tapi tak pasti route yang mana satu sebab lepas makan sotong dan singgah pantai je, saya membuta! Bagi can orang lain jadi co-driver pulak. hihi. Diaorang semua siap buat 'konsert' DBSK dalam kereta, elok je saya tidur dengan nyenyak.

Elok terjaga, sepanjang perjalanan memang lawa. Kiri kanan hutan dan pokok-pokok je. Sesekali melintasi padang rumput yang menghijau dan ada juga yang rumputnya yang menguning kekeringan.

Tak pasti kat mana, route berapa kami melintasi hutan cherry blossom. Dari jauh dah nampak rimbunan cherry blossom. Lawa!

Apa lagi, moh kite singgah!

Cherry blossom yang asli, tumbuh liar dalam hutan - bezanya bunga-bunganya kecil-kecil dan warnanya putih. Walaupun bunga tak merimbun, bila dah byk pokok, jadi lawa jugak!
Lawa!
Macam-macam aksi!

Sebenarnya ada lagi sebuah bas berhenti di tempat yang sama. Tak pasti mereka buat apa. Masing-masing duk speku diaorang singgah kubur. Haish! Kalau betullah.. seram jugak! Elok je kami duk bergelak tawa dalam semak tu. Tapi diaorang semua takde pulak tegur atau marah-marah. Kiranya masing-masing dengan hal sendiri.

Dah puas beraksi, perjalanan diteruskan. Kali ini melalui ladang kuda yang luas terbentang. Singgah lagi!

Ladang kuda di tepi jalan. 

Tempat terakhir yang kami singgah ialah di Sangumburi Crater. Tapi tak masukpun. Singgah tumpang toilet je. hiks. Mulanya ingat nak masuk, tapi tengok harga tiket 8,000won/person dengan apa yang kami baca pada brochure yang terdapat di kaunter tiket macam tak berbaloi je dengan nilai yang dilaburkan, kami putuskan untuk tak masuk. Sebabnya, tempat ini sesuai dikunjungi pada musim luruh bila daun-daun gugur dan berwarna-warni. Kalau musim lain, pemandangan tak berapa nak lawa. Nak-nak datang musim peralihan macam kami datang. Sebab selain daripada cherry blossom, kebanyak pokok-pokok lain masih lagi kekeringan. Baru nak keluar putik daun orang kata. 

Jadi kami sekadar layan cherry blossom yang merimbun di luar tempat ini. Lot parking kereta ditanam pokok cherry blossom. Semua pokok tengah merimbun dan lawa. 

Kawasan parking kereta yang ditanam dengan cherry blossom.
Di depan Sangumburi Crater - sebahagian pokok yang masih togel. Tapi lawa juga...
Lagi pemandangan sekitar Sangumburi Crater
Cherry blossom yang tengah 'galak' berbunga
Cherry blossom berlatar belakang langit biru adalah kombinasi terbaik!
Sepanjang jalan dipenuhi cherry blossom!

Beberapa kali juga kami berhenti, akhirnya sampai juga di Jeju-si.

Dah masuk bandar masing-masing clueless mana tempat yang harus kami tuju. Bincang punya bincang dapat idea nak cari Dongmun Market. Puaslah godek GBS, tapi tak keluar jugak mana lokasi pasar tu. Kata pasar utama, tapi dalam GPS yillek! Walaupun kami tahu pasar tu dalam bandar Jeju, tapi bila tak tahu exact location di tempat yang asing pada kami, memang payahlah kan? Akhirnya berkali-kali jugak kitaorg pusing dalam bandar Jeju yang tak berapa nak besar tu.

Dongmun Market entah ke mana, tapi lain pulak yang kami jumpa! Jumpa underground shopping market. Layankan ajelah, since kamipun tak tahu nak ke mana lagi. Parking kereta, dan kami menyusuri jalan menuju ke underground shopping market. Turun tangga, kat bawah tu penuh kedai-kedai kecil. Semua ada - baju, makanan, barang kosmetik, sebut apa semua ada. Walaupun tempat ni tak besar mana, tapi boleh lenguh jugak kaki kalau pusing semua tempat. Harga pulak, rasanya lebih mahal berbanding di Seoul. Masin-masing tak excited pun nak membeli, cuma jamu mata je. Tapi bagi yang sukakan kosmetik keluaran Korea, bolehlah beli. Hargapun tak jauh beza, dan ada sesetengah jenama lebih murah berbanding di Seoul. Saya pakai bedak baby Johnson & Johnson je, jadi tengok barang-barang tu walaupun tangan gatal nak membeli. Tapi bila difikir dengan akal waras, kalau belipun tak pakai, membazir pulak... Buktinya, 2 paket facial mask yang kami beli hari tupun masih tak terusik lagi kat rumah tu. huhu.

Dah penat pusing, last-last kami melepak makan aiskrim. Abang belanja! hehe. 

Jam dah menunjukkan ke angka 5. Kalau ikut perjanjian, kami akan pulangkan kereta pada pukul 6.00pm. Dari Jeju-si, kami bergerak menuju ke KT Kumho. Tak jauhpun, tak sampai 10km. 

Sebelum tu, otw ke KT Kumho, tiba-tiba ternampak sebuah lorong yang dipenuhi cherry blossom. Terus kereta berpatah balik ke tempat tu. Haha. Ambil masa beberapa minit di situ dan kami teruskan perjalanan. 

Mewah betul lorong ni dengan bunga-bungaan!

Singgah dulu stesen minyak untuk penuhkan tangki sebelum pulangkan kereta. Sampai KT Kumho, kami disambut oleh pekerja. Keluarkan beg dan barang, kemudian serahkan kunci serta dokumen checklist. Sebelum apa-apa, pekerja KT Kumho check dulu keadaan kereta. Alhamdulillah kedua-dua kereta dalam kondisi yang baik.

Settle semua, naik shuttle bus yang disediakan KT Kumho terus ke airport. 

Sebelum check in, solat dulu dan kemas semua beg. 

Penerbangan kami dari Jeju ke Busan.

Berakhirlah kembara 4 hari kami di pulau Jeju. Pulau yang cantik dan pastinya meninggalkan kenangan manis buat kami semua. Yang pahit, masam, tawar dan masin tu kita simpan sajalah untuk diri sendiri. Tapi overall kebanyakkannya manis! Hiks. Misi nak sampai ke Hallasan tercapai, hajat nak tengok cherry blossom juga tertunai. Kiranya trip kali ni nasib menyebelahi kami semua!

Kita jumpa di Busan!