Saturday, May 31, 2014

Seoul - Jeju - Busan : Penutup

Overall trip mengejar cherry blossom terlaksana dengan jayanya. Walaupun hakikatnya sebelum kami jejak kaki ke Korea terlalu banyak 'drama-drama' yang tak terduga dan diduga terjadi. Biasalah, adat manusia biasa... mesti ada yang tersilap terkurang di mana-mana. Bermula dari saya, yang awalnya 50-50 nak sertai trip ni, lepas tu sorang tarik diri sebab baru dapat kerja baru dan lepas tu nak joint balik lepas dapat blessed cari bos baru, pertambahan ahli baru yang tak dikenali dan terakhir bila ahli yang memang confirm nak pergi tiba-tiba terpaksa tarik diri bila cuti tak diluluskan sebenarnya agak menduga kami terutamanya pada orang yang bertanggungjawab menguruskan tempahan hostel dan itinerary memang kena ada tahap kesabaran tahap dewa. What do you expect when you travel in a group? Memang inilah perkara-perkara biasa yang akan kita hadapi. Betul tak? Lainlah kalau jalan sorang-sorang - ikut satu kepala saja. Tapi pada saya, risiko-risiko yang diambil itulah yang memberi 'warna' sepanjang perjalanan kami.


Tapi syukur, kembara terakhir saya dengan GBS memang satu yang akan menjadi kenangan manis sampai bila-bila. Sayapun tak pasti bila lagi GBS dapat jalan sama-sama lagi lepas ni. Sebab sekarang masing-masing sangat sibuk dengan urusan dan komitmen masing-masing. Mugkin juga lepas ni saya kena tune otak saya untuk belajar jalan seorang diri atau mungkin juga terpaksa 'menutup' buku travel untuk seketika waktu. Wallahualam... hanya Dia yang tahu apa yang berlaku di kemudian hari.

Istimewanya bila berjalan dengan GBS ialah setiap dari kami mempunyai karektor masing-masing. Saya kira itu pelengkap kami. Cha Eung Sang yang kadang-kadang bersuara lantang tapi saya rasa kalau tak ada dia mesti kami semua sunyi. K.hana yang super cool, Cik yah selaku jurucakap, Kak yang jenis tak kisah (walaupun dia tak turut serta dalam trip ni) - mereka semua pelengkap dalam trip ini. Kami boleh bercakap apa saja dan kadang-kadang boleh bergurau 'kasar' antara satu sama lain.

Kalau nak tahu dia boleh jadi kawan atau sahabat, cubalah ajak di berkenala, selepas itu nilailah sendiri!


Pada saya trip kali ni best sebab saya tak diberi apa-apa amanah oleh GBS. Biasanya bab kena pegang duit mesti dipertanggungjawabkan pada saya. Best woo bila tak payah pegang banyak duit ni. Kihkih. Kalau tak mesti ada duit beg - 1 untuk belanja sendiri, 1 untuk belanja berkumpulan. Itinerarypun sama, semuanya dah dirangka oleh Cha Eung Sang. Saya hanya cari maklumat dan masukkan dalam 'buku hikmah' dan kemudian printkan saja untuk semua. Tapi, bab merangka itinerary ni, Cha Eung Sang sangat membantu. Walaupun kadang-kadang tak larat nak dengar celoteh dia... tapi rasanya kalau dia tak ada mesti susah nak siapkan itinerary. Sebab? Beliau sangat infomatif! Baru usul pendapat, tak payah tunggu lama info yang kita cari mesti dapat! Bukan senang nak cari kawan yang sanggup sama-sama bekerjasama menyumbang maklumat. 


Walau apapun dugaan dan ujian yang kita tempuhi sepanjang perjalanan kita, pada saya semua itu semuanya pengalaman baru yang mematangkan kita semua. Dan jangan serik untuk berjalan atau pergi ke mana-mana ia mungkin akan jadi pengalaman yang terindah pada kita nanti. Apapun terima kasih buat GBS, tak serik berjalan dengan saya. Dalam tempoh yang pendek banyak masa kita habiskan untuk jalan bersama - Guilin, Hanoi, Shenzhen, Hong Kong, dan banyak lagi trip-trip pendek kita. Semuanya ada value tersendiri.

8 comments:

  1. Betul tu...setiap jalan cerita pasti ada kisah tsendirikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik nun... semuanya akan jd kenangan nanti :)

      Delete
  2. Wahhhh sedih pulak bila dgr travel terakhir! Apa2 Jm doakan PM sentiasa success n good luck on your future study dan jgn lupa kami di sini, wlupun Jm x pernah travel bersama PM tp kita pernah ke bukit puchong bersama n i know who u are n i can get long with u tp syg Kita akan berjauhan nanti chee wahh ayat heeee. Pasti bestklau kita dpt travel bersama. Ye betul time travel we can know a true colours of our fren dan Jm dh pernah lalui so perlu ada sikap tolak ansur dan sabar

    Psttt: sampai skrg x dpt guess which one cha eun sang

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doa tu JM :) moga semuanya berjalan lancar nanti.

      sekarang tak dapat travel sama2, mana tau nanti ada peluang ke. Kan? Perancangan Dia tiada siapa yang tahu.

      psttt : yang paling comel dan pegang camera gedabak tu la cha eung sang. hehe

      Delete
  3. Motipp kan..kena sound direct..
    Tapi wa coollll....by the nature..

    gitteww!

    Hak hak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu aku berani sound direct! cool by the nature katanya kan??? hahaha

      kalau sound senyap2 tu dah dikira mengumpat. kiki

      Delete
  4. alhamdulillah...mission accomplished!
    pahit manis semuanya kenangan...good luck pm untuk next journey!

    mrs nak teka nie...adakah yg tali kasut lain-lain colour itu cha eung sang?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...
    Amin, terima kasih MS untuk ucapan itu

    wah.. dalam diam cha eung sang ada peminat. hahaha.

    MS, konsep kasut GBS semua tali kasut lain2 color. Err.. kecuali saya. Yang lain semua sepakat tali kasut color lain2. Maklumlah beli kat kedai yang sama, pastu tukar2. hiks.

    MS tgk gambar bertujuh yang last tu, ada sorang je yang pegang kamera. tu la dia cha eung sang. ;)

    ReplyDelete