Wednesday, May 14, 2014

Discover Jeju in 4 days - Day 4 : Chasing the sunrise @ Seongsan Ilchulbong Peak

Day 4

Hari terakhir di Jeju-do.

Malam tadi, Cha Eung Sang dah bagi manda, pagi esok bangun awal, pukul 6.00am dah siap sedia tunggu kat lobi. Gitu... Tapi nan ado jam 6.00am semua orang dah terpacak kat lobinya. Dalam pukul 7.00am jugak barulah semua ada. 

Pagi ni, bangun, gosok gigi, basuh muka, solat dan tukar baju (recycle je baju panjat Hallasan semalam) masing-masing bersiap sedia nak mendaki puncak Seongsan Ilchulbong. Labu betis kesan semalam keras lagi, dah nak mendaki lagi. Tapi demi nak menikmati pemandangan matahari naik dari puncak Seongsan, kami gagahkan juga.

Kat sini, matahari muncul awal. Pukul 6.00am bumi Ilchulbong dah cerah. Jadi memang tak sempat nak layan sunrise. Cuma sempat tengok matahari terbit nun jauh di hujung laut dari tebing laut saja. Sebelum ke Seongsang Ilchulbong Peak, kami singgah dulu kat tebing laut layan matahari naik. 

No more sunrise - matahari dah naik sejengkal baru kami keluar hotel.
Sunrise - bolehlah daripada tak ada langsung kan?
Seongsang Ilchulbong Peak melambai-lambai dari jauh

Dah puas layan matahari naik, kami bergerak ke Seongsan Ilchulbong Peak. Parking kereta free, bayaran masuk 2,000won / person. 

Sesiapa yang bermalam di Ilchulbong dan berhajat nak memanjat Seongsan Ilchulbong di pagi hari macam kami, saya cadangkan pergi tempat ni pagi-pagi. Sebab selepas jam 9.00am dan ke atas tempat ini akan penuh sesak dengan pelancong. Bas berduyun-duyun. Jadi tempat ni memang sesak dan bila ramai orang, nak ambil gambar atau nak berlama-lama memang tak syok. 

Kira kami bernasib baik sebab datang sini awal pagi, orang tak ramai lagi (mostly yang datang macam penduduk tempatan yang exercise pagi-pagi hari), boleh berjalan secara santai dan yang pasti sampai puncak tak perlu berebut-rebut nak ambil gambar. Santai je...

Panjang pulak celoteh, jom kita mendaki!

Embun pagi yang masih bersisa di rumput
Matahari dah mula naik
Pintu masuk ke Seongsan Ilchulbong Peak, tanda harga dan peraturan yang perlu dipatuhi. Kepada perokok tegar, jangan sesekali sesuka hati merokok di kawasan ini. Kalau nak merokok bilik merokok disediakan.
Seongsan Ilchulbong : New 7 wonders of nature. Trek mendaki yang landai dan kemudian bertangga. Memang hazab la kaki nak mendaki. Trek mendaki dan menurun tak sama. Kira one way trek. Mendaki guna trek lain yang lebih tinggi dan trek turun pula lebih rendah dan santai. Tapi yang pasti dua-dua trek bertangga! 
Info berkenaan pembetukan sekitar perairan laut di Sengsan

Gambar-gambar pemandangan sekitar bandar Seongsan. Gambar diambil secara berperingkat mengikut ketinggian tangga yang didaki. 

Masa mula-mula mendaki. View bandar Seongsan.
Kincir angin dari jauh
Dah makin cerah dan makin tinggi
Pembangunan yang pesat di bandar Seongsan. Kecik saja bandar ni. Tapi teratur

Saya dah lupa berapa lama kami mendaki, rasanya lebih kurang 30 minit kot, akhirnya sampai ke puncak Seongsan Ilchulbong! Alhamdulillah! 

Puncak Seongsan Ilchulbong : bangku disediakan untuk berehat. 
Dah sampai puncak haruslah bergambar dengan landmark punck tertinggi di Seongsan Ilchulbong kan?
Mengadap bekas kawah gunung berapi - kesan daripada letusan gunung berapi kawasan tersebut membentuk seperti kawah, dan padang berumput yang luas. Saujana mata memandang!
Matahari dah mula naik. 

Dah lepas berposing-posing, masa untuk menapak turun pulak. Tengok tangga memang gerun! Gigil-gigil kaki nak menapak turun. Tapi bila kami turun secara santai sampai bergambar sedar-sedar dah sampai bawah. hehehe
 
Tu dia tangga!!!! MEWAH!

Pemandangan kat bawah. Tadi redup lagi, sekarang matahari dah naik. 
Gambar tengah dari 3 gambar berlapis - tempat women divers performance. Tapi pagi-pagi mana pertunjukan lagi. Tengahari baru ada. Jadi kami tak tunggulah.
Gambar ber'7 ^_^
Bye-bye Seongsan Ilchulbong Peak, ada rezeki panjang umur InsyaAllah sampai lagi.

Lebih kurang 2 jam jugak kami habiskan masa di Seongsan Ilchulbong Peak. Masa untuk balik ke hotel. Mandi, kemas beg dan check out. 

Ada beberapa lagi tempat yang akan diterjah untuk hari terakhir di Jeju ni.

~ bersambung


6 comments: