Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014/ 1435 Hijriah

Pic : Masjid besi pada Iftar terakhir Ramadhan 1434 dalam kenangan. Sayu pulak bila tengok gambar ni lama-lama....

Marhaban ya Ramadhan! Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini. Rasa macam sekejap saja melalui hari-hari sepanjang Ramadahan di Masjid Besi tahun lepas. Boleh dikatakan setiap hari di sinilah saya habiskan masa sementara menunggu iftar. Biasanya kalau rajin sempatlah habiskan sejuzuk petang itu. Tapi... rajinnya sikit sebenarnya, malasnya lagi banyak! Hehehe. Sebab kebiasaannya saya banyak habiskan masa dengan memerhati gelagat orang di sekitar masjid selepas bertadarus beberapa helai halaman al-quran. Tenang berada di situ. Saya kira banyak juga Ramadhan yang saya habiskan di situ. Kalau tidak di Masjid Besi, ke Masjid Putra.

Mungkin... itulah iftar terakhir saya di Putrajaya.

Sebab? Ramadhan kali ini akan dihabiskan di kampung halaman. InsyaAllah...

Apapun, walau di mana sambutan Ramadhan kita... moga amalan kita lebih baik daripada sebelumnya. Dan moga akan ada rezeki untuk bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.

p/s : mohon maaf zahir dan batin pada semua.

8 comments:

  1. selamat berpuasa, PM...walau dimana kamu berada nanti, jgn lupakan kami di sini ya..

    *sebak...

    ReplyDelete
  2. Sebak pulak bila baca entri nih...
    PM..selamat berpuasa dan ingat daku dalam doa mu walau di mana pun berada...dah start 'cuti' panjang ye..Good Luck dear

    ReplyDelete
  3. Selamat Berpuasa PM, Have a bless Ramadhon. InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa PM!
    view dalam gambar itu sangat sayu...
    alhamdulillah PM dapat menghabiskan ramadhan bersama family tahun nie
    bak kata zilla..kat mana pun kamu nanti, jangan dilupakan kami di sini yer :) all the best dear

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan kaklong intan & family....

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Selamat Hari Raya.

    Kalau nak promote blog ni boleh la share link kat sini ye:
    http://free-unlimited-backlinks.com

    ReplyDelete