Thursday, June 05, 2014

Short trip : Pulau Sibu, Johor

AMARAN : Entry ni sangat panjang, sangat banyak gambar sebab tuan tanah malas nak buat entry bersambung-sambung. Maka terjadilah cerita 2D1N dalam satu entry.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip pendek pada hujung minggu lepas dengan geng berjimba. Trip yang dah lama di rangcang, tapi baru je direalisasikan. Itupun secara tak sengaja. Walaupun tak cukup ahli jemaah, kami teruskan juga. Kali ini hanya ber'5 - Anne, K.A.K, Fathi, Nik dan saya. Kami car pool dengan sebuah kereta dan sebagai anak Johor, Fathi mengofferkan diri jadi tuan rumah, driver etc. 

Seawal jam 8.00pm kami bertiga dah menunggu Fathi di petronas SK dan terus shoot ke Salak Tinggi untuk ambil Anne. Siap dengan peta bagai nak ke rumah Anne tapi tetap jugak kami makan 'langsat'. Haha. Tapi akhirnya lepas hampir sejam kami berjaya sampai rumah Anne dan terus bergerak ke selatan Malaya, keluar dari tol Nilai. Masuk lebuhraya Utara-Selatan, jalan sesak. Penuh kenderaan. Line bertentanganpun tak kurang sesak. Agaknya semua orang ambil peluang sempena cuti sekolah untuk bercuti-cuti Malaysia macam kami jugak kot.

Dipertengahan perjalanan, kami singgah di gerai burger bakar adik Fathi di Muar (exit tol Bukit Gambir). Itupun kedai dah tutup. Kesian adik Fathi, lama tunggu kitaorang lambat. sampai. So, kalau sesiapa teringin nak merasa burger bakar bolehlah singgah kat Pak Buncit Burger Bakar. Mesti tak menyesal sebab sedap! 

Lepas dah kenyang makan, perjalanan diteruskan hingga ke exit tol Ayer Hitam - lepas tu perjalanan ke Tanjung Leman akan melalui jalan dalam. Sebenarnya plan asal nak teruskan ke Tanjung Leman, tapi disebabkan jalan dalam tu sunyi - takut jadi apa-apa perkara yang tak diingini since kami semua perempuan. Atas nasihat mak Fathi, kami singgah bermalam di Ayer Hitam Inn je. Esok lepas subuh baru kami bertolak menuju ke Kota Tinggi.

Trip kami kali ini ialah ke Pulau Sibu. Kami ambil pakej 2D1N berharga RM150/person (4x meals + accommodation + bot return) dengan Sibu Coconut Village

DAY 1

Jam h/p dah diset pada pukul 5.00am. Masing-masing bangun bersiap ikut giliran. Kejap je dapat tidur dah kena bergerak balik. Maklumlah perjalanan masih jauh. Lebih kurang 2 jam lebih lagi nak sampai ke Kota Tinggi. Dalam 6.30am, kami dah bergerak. Perjalanan ok, tapi biasalah jalan kampung memang sunyi. Tambah pulak bila masuk ke jalan kiri kanan hanyalah kebun sawit. Struktur jalan pulak, MasyaAllah... teruk bebenor! Kesian Daniella (khelas nama kereta Fathi) terpaksa redah jalan yang rosak teruk dan bersimpang siur.

Jam 9.00am, kami selamat sampai di jeti Tanjung Leman. pew.. sampai jugak. Tempat untuk parking kereta disediakan. Bayaran sehari RM4.00. Ambil beg kami terus ke kawasan jeti. Sebelum apa-apa, kena daftar dulu di kaunter Jabatan laut untuk bayaran Jetty & conservation fee sebanyak RM10/person.

Saya terus call Mr. Ho untuk tanya pasal bot. Sekali Mr. Ho bagi no orang lain pulak untuk call. Call Tin, Tin bagi no Chong pulak. Haishh.. berapa banyak no daa... Last skali Chong yang call masa saya duk sibuk nak mendail no. dia. Kelakar je duk tercari-cari si Chong, padahal dia ada kat belakang kitaorang je. Kata Chong, bot sampai pukul 9.30am. Tapi dekat pukul 10.00am barulah bot sampai. 

Jeti Tanjung Leman - untuk ke Pulau Sibu dan pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Tinggi etc. 


Hampir 30 minit naik bot, akhirnya sampailah kami di Pulau Sibu. Kata boatman, Peter - kalau naik bot besar ambil masa lebih kurang 15 minit je sampai pulau ni. Sampai je, kami dapat kunci dan ada staff hantar kami ke bilik. Disebabkan semua bilik di Sibu Coconut Village penuh, kami dibawa ke Junansa Villa yang terletak disebelah je. Kata staff Junansa Villa, dua resort ni dah bergabung. Jadi walaupun duk Junansa Villa makan atau semua urusan di bawah Coconut Village. Kalau booking direct dengan Junansa Villa barulah Junansa Villa uruskan semua. 

Jeti ke Sibu Coconut Village dan Junansa Villa. Sebenarnya bot turunkan betul-betul di depan sana. Gambar ni di ambil masa kami berjalan-jalan di sekitar jeti.

Sekali pandang, banyak beza antara Sibu Coconut Village dan Junansa Villa. Sibu Coconut Village walaupun tempatnya tak besar dan luas mana, tapi pengurusannya agak baik dan promosi tentang tempat ini agak meluas kalau nak dibandingkan dengan Junansa Villa. Itulah pentingnya pengiklanan! Macam Junansa Villa, saya rasa tempatnya lagi strategik dan luas kalau nak dibandingkan Sibu Coconut Village, tapi disebabkan masalah pengurusan dan kurang pengiklanan, tempat ini agak terbiar dan tersisih. Err.. ini pada pengamatan saya la. 

Lepas dapat bilik dan masuk bilik, letak beg kamipun keluar balik. Rugilah datang jauh-jauh duk melepak kat bilik je kan? Bilik kami, agak luas dan selesa. Ada katil queen dan satu tilam queen. Nanti malam kalau tak cukup tilam, bantal dan selimut, staff Junansa Villa akan hantar pada kami. Walaupun basic accommodation yang disediakan, rasanya dah oklah untuk bermalam 1 malam. Yang pasti view dari bilik chalet menghadap laut!

Jom kita tengok apa yang ada di sekitar Sibu Coconut Village dan Junansa Villa.

Lepas letak beg, kami pergi melepak kat jeti depan sambil layan perasaan dan tengok orang mancing.

Nun di hujung pulau ada kampung. Kata pekerja Junansa Villa, ada trek laluan untuk ke kampung berhampiran. Kalau jalan kaki ambil masa lebih kurang 1 jam. Bot juga disediakan untuk ke sana.
Pemandangan dari depan resort. Masa ni air baru pasang. Kalau petang air surut semua batu dan pasir akan kelihatan.
Antara aktiviti air di sini. Macam buat pertunjukan pulak mereka-mereka ni naik jet ski.
Pemandangan dari deck resort. Kat hujung sana jeti. Lama jugak kami melepak di jeti sana. Ada orang memancing dan ikan-ikan sangat banyak. 

Puas melepak di jeti kami lepak pulak bawah pokok berhampiran chalet kami. Kat sini tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada melepak. Pada saya oklah untuk rehatkan badan dan minda. Nak mandi laut, air macam tak best. Lagipun pukul 2.00 petang ni kami dah ambil pakej snorkeling (RM25.00/person) termasuk bot dan alat snorkeling di Pulau Kukus. Jadi kami just lepak sambil buang masa je kat tepi pantai.

View dari depan bilik
Port parking jet ski. Jangan sangka kereta je ada ada parking lot, jet ski pun ada lot parking.
Melayan perasaan atas pangkin. Lama-kelamaan mata makin layu dan lepas tu terlelap bawah pokok. Nasib baik tak terjatuh dari pangkin tu. Haha.
Menu makan tengahari kami. Udang masak kari yang sangat sedap! Satu perkara yang boleh diberi pujian pada resort ini ialah makanan yang disediakan semuanya sedap-sedap belaka. 

Lepas solat Zohor, kami bersiap dan ready untuk bersnorkeling di Pulau Kukus. Tengahari terik, turun snorkeling. Mampu? 

Mereka dah bersedia untuk terjun laut!!

Kami naik bot bersama satu keluarga Cina dan bot terus bawa kami ke sana. Tak jauh mana, lebih kurang 15 minit je perjalanan. Tapi ombak boleh tahan kuat! Melantun-lantun semua orang atas bot. Sampai je dah nampak pulau dari kejauhan. Air biru dan pasir putih menyambut kami. Masing-masing dah excited nak terjun laut. Bersiap sedia dengan life jacket, betulkan google dan snokle semua dah ready nak masuk air. Saya kasi can kawan-kawan turun dulu. Ambil feel bercanda di tepian pantai dulu sebelum masuk air. 

Korang mampu MENCEROBOH tanah hak milik Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor? 

Pulau memang cantik, air biru, pasir putih, TAPI.... coral tak ada! Dari atas bot tadi lagi saya duk perati dalam air tak ada apa-apa selain ikan-ikan kecil dan coral yang mati. Memang pelik kenapa brother bot turunkan kami di sini. Beza bebenor dengan keadaan di Pulau Redang. Tak payah terjun dalam air, tengok dari atas dah nampak karangan bertaburan dalam air. Ni kat Pulau Kukus, puas duk jenguk dalam air, apapun tak ada. Kechewa sungguh!

Apapun layan sajalah gambar tak seberapa.

Pasir dan air di Pulau Kukus sangat lawa - putih bersih. Tapi sayang takde coral..
Ni pantai kat belah kiri. Air lagi cantik. Tapi arus kat sini agak kuat. 
Bukti dah sampai sini. hiks
Kima gergasi - cengkerang kima ni bersepah kat tepi pantai. 
Air dah makin surut
Ini je coral yang tinggal. Itupun dah mati. *nanges

Katanya kami kat sini lebih kurang 2 jam. Tapi disebabkan tak ada apa-apa, tak sampai sejam berendam kami semua dah naik. Lepas tu terus lambai-lambai brother bot. Brother ni sengaja parking bot dia tengah-tengah laut takut kami panggil dia. Bot sampai je, terus saya cakap kat brother tu tak ada apa-apa kat sini. Rupanya bukan kami je complain, Chinese family yang datang sama kami tu pun complain perkara yang sama. Memang tak puas hati. Tapi apa kan daya, redho ajelah.

Balik chalet, letak barang, kami ber'4 tak terus mandi.  Dengan baju separuh kering, kami jungle tracking ke belakang pulau. Ada trek di belakang Junansa Villa melalui hutan paya bakau dan dan kawasan hutan renek. Nik kata tak nak nak mandi dulu sebab dia tak selesa berjalan dengan baju basah. Jadi kami bagi can Nik mandi lama-lama sementara kami ber'4 berjungle tracking. 

Dari trek hutan paya bakau - simpang kiri untuk belakang pulaulebih (lebih kurang 20 minit) manakala simpang kanan ke kampung berhampiran (lebih kurang 1 jam). Dah tentu kami pilih yang dekat. haha. Di belakang pulau ada beberapa chalet dan pantai.

Layan gambar lagi...

Pokok kelapa yang melayut tinggi menyambut kami
Pantai di belakang pulau. Sebelah kanan ada pantai berteluk dan sebelah kiri ada sebuah resort. Tapi kami tak pergi situ pun. Sekadar melepak kat tepi pantai yang tak ada orangpun. Best!
US!
Again 4 of us!
Puas melepak, kamipun berjalan balik. Mandi, solat dan rest.

Makan malam pukul 6.30pm. Menu makan malampun sedap - sotong celop tepung dan ikan masak tauchu. Licin pinggan masing-masing. Lepas makan lepak lagi. Bosan duk kat depan, kami berjalan ke belakang pulak. Alih-alih lepak je kat pangkin tepi laut sambil tengok air surut. Santai sungguh. 

Malam lagi best, pukul 9.00pm semua dah sedia tarik selimut. Itupun lepas dah tak tahu nak dengar nak dengar cerita apa dah. Sebab penglipur lara dah penat bercerita. Habis sepaket kuaci Nik kami kerjakan (Anne dan saya je yang makan kuaci ni). Dah tak tahu nak buat apa, tutup lampu, semuapun tidur bertemankan alunan ombak di Pulau Sibu. 


DAY 2

Dah nak balik hari ni. Bangun mandi dan bersiap. Keluar chalet tengok kat pantai air surut. Petang semalam pantai di depan kami dipenuhi air, tapi pagi ni hanya kelihatan permukaan pantai yang berselut je. Boleh dengar bunyi 'pop' 'pop' dari lumpur. Saya agak tu bunyi kerang atau siput atau mungkin ketam. Bila tengok tak nampak pulak.

Layan gambar lagi.

Semalam air pasang, pagi ni tinggal selut je
Tempat parking jet ski semalam pun tak ada air
Brain coral - hanya karang mati yang tinggal di tepi pantai.
Tak lama selepas itu air pasang kembali. Kelihatan air naik sedikit demi sedikit
Jeti Junansa Villa yang semakin dinaiki air. Pagi tadi kawasan ini hanya tinggal lumpur
Air dah naik
Hutan paya bakau di seberang sana juga sudah ditenggelami air. Pagi tadi masa air surut, boleh jalan kaki je kalau nak ke sana 
Pantai di sebelah kawasan perkampungan

Lepas sarapan pagi, kami confirmkan waktu bot untuk ke Tanjung Leman. Mulanya kami diberitahu bot hanya bergerak pukul 2.00pm. Tak boleh jadi ni. Lari program kami. Jadi kami request bot bertolak awal. Bincang punya bincang, akhirnya kata Tin bot akan gerak pukul 10.00am. Nasib baik. Lepas sarapan, kamipun lepak lagi tepi pantai sambil layan bayu laut. 

Bila dah bosan inilah hasilnya. haha

Dalam 9.45am kamipun gerak ke jeti. Bot dah menanti. Selesaikan semua pembayaran dan kamipun berjalan ke jeti untuk naik bot. 

Thanks korang untuk trip pendek yang best!
Dah jom naik bot!
Cerah cuaca hari ni. Sekali pandang tengok awan tu macam tergantung atas langit.

Kacang Pool Haji

Plan asal nak ke Kota Tinggi mencari nasi beriani, tapi akhirnya melencong terus ke JB. Awal-awal Fathi dah call adik dia yang ada kat JB. Nak kata dunia ni kecik, adik Fathi, ada blog dan kitaorgpun baca blog dia. Kelakar je. Bagi peminat k-pop mesti kenal blog INI. Kalau nak tahu kena baca sendirilah blog dia...

Kami ke JB semata-mata nak pekena Kacang Pool Haji yang terletak berhampiran balai polis Bomba Larkin yang dikatakan sedap tu! Nak tahu lokasi, kena tanya pakcik google ye. Verdict? Sedap! Tambah pulak makan bersulam ABC dan ais jagung. Memang sedap. Terima kasih pada Faizah, tolong bawak kami ke sana wlpun masa tu dia tengah berdiet. hiks

Dalam pukul 3.00pm barulah kami bertolak balik. Perjalanan awalnya smooth, tapi sampai Seremban ke Nilai jadi slow sebab banyak kereta. Tapi kitaorg semua ok je sebab ada penglipur lara. Macam-macam cerita dan rahsia yang keluar. Bantai ketawa je masing-masing sepanjang perjalanan.

Akhirnya pukul 8.00 lebih kami sampai ke rumah Anne. Singgah kejap rumah Anne sebelum balik SK. Sejam lepas tu barulah selamat sampai rumah. Alhamdulillah....




Overall trip ni best. Walaupun hanya ke Pulau Sibu yang tak ada apa-apa aktiviti menarik di situ, tapi disebabkan kita pergi dengan kawan-kawan yang best, maka bestlah hasilnya. Kan? 

Pulau Sibu pada saya tempat untuk berehat. Sebab tempat ni sunyi dan damai. Kalau expect untuk snorkeling dan tengok coral ke memang tak dapatlah. Nan ado!! Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti selam scuba dan snorkeling ada pakej disediakan. Diving di sekitar Pulau Tinggi. Snorkeling pulak ada pakej di 2 pulau iaitu Pulau Kukus (RM25) dan Pulau Tinggi (RM35). Cadangan saya, janganlah ambik pakej snorkeling kat Pulau Kukus sebab tak ada coral! Better pergi Pulau Tinggi - walaupun pakej mahal sikit asalkan puas hati dapat tengok coral. Untuk famili pulak, bagi yang sukakan pantai yang terbentang luas, di sini memang tak ada sebab kebanyakan kawasan berhampiran chalet berbatu. Tapi ada tempat mandi berair cetek yang dah diubahsuai untuk kanak-kanak di sini. Saya tengok orang tuapun mandi kat sini. Haha. Cuma kawasan sekitar Junansa Villa saja ada pantai. Itupun tak berapa luas dan dekat sangat dengan kawasan hutan bakau. Yang pasti tempat ini syurga bagi kaki pancing. Mostly yang datang semua bawak joran dan pancing. Ada pakej memancing di sekitar pulau-pulau lain juga disediakan. Kami je datang lenggang kanggung. 

Kepada sesiapa yang berniat/ berminat nak ke sini saya suggestkan call direct ke no di bawah. Sebab? Contact person di laman web ialah agen (Mr. Ho). Masa saya call untuk sahkan harga pakej, dia letak harga RM180/person. Kena bayar RM50/person sebagai deposit. Tapi bila sampai ke sini, kami diberitahu harga pakej hanya RM150/person. Masa tu dah rasa tertipu. Tapi nasib baik bila kami nak check out, buat bayaran, kami hanya perlu bayar RM150/person. pew... Jadi supaya terjadi perkara yang sama seperti kami, bolehlah hubungi mereka :

019 - 716 5185 (Tin)
0113- 7737 926 (Chong) 

Budget trip per person :

Pakej penginapan 2H1M di Sibu Coconut Village - RM150
Jetty & conservation fee - RM10
Snorkeling - RM25

Perbelanjaan bersama termasuk minyak kereta + tol + parking kereta + sewa hotel + makan & minum = RM425 (RM85/person).


32 comments:

  1. bukan...bukan..haritu kata tak jadi p ke?? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu memang tak jadi g Zilla. Suddenly je jadi. terus proceed. huhu

      Delete
    2. hi nk tanya bole x. sibu ni bilik dia bole msuk ramai ke kira per person

      Delete
  2. murah je kalau gi reramai... cuma part snorkelling tu aje ler... rugi bila tak ada coral ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq Sue, travel naik kereta kalau g reramai bolehlah berjimat. Part snorkeling tu memang xbleh cakap apa la... semua coral dah mati

      Delete
  3. Saya sungguh terpesona dengan keindahannya Tuan tanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi en Din, lepas ni boleh lah terjah ke pulau di selatan Malaya pulak :)

      Delete
  4. Orang Johor pun belum pernah sampai sini ... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Mie, entah2 orang Johor pun tak tau ada Pulau Sibu kat Johor. hehehe

      Delete
  5. Bayar RM25 per person tapi nan hado?...ishh..kalau dh tahu tak ada coral kat situ naper dorang bwk ke kawasan tu....aduss..FRUST kat sini..so pangkah utk snorkling di pulau KUKUS ni..ke CORAL dah kena kukus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la yg stressnya JM. Dah tau tempat tu xde coral dibawaknya jugak kami ke situ. Mana tau kalau JM nak pergi pulau sibu, nanti jgn g snorkeling kat pulau kukus sebab semua coral dah bungkus... huhu

      Delete
  6. salam kenal, cantik2 gambar...anyway saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, terima kasih sudi blogwalking ke sini. Terima kasih jugak sudi jemput ke blog :)

      Delete
  7. jom! buat short trip lagi...
    part terbukak segala rahsia tu yang best, tapi kita belum cukup kuat nak goda rahsia yang 'itu' terbongkar jugak, hihihi.

    *erk, kacang pool tu bukan dekat balai bomba larkin, ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moh kite! Last short trip sebelum Ramadham. Amcam? Ada bran?? hehe
      Part terbukak segala rahsia tu memang best... mana tau kot2 next short trip nanti mampu terbongkar sepenuhnya. hahaha

      * Ya Allah anne, dalam kepala pikir balai bomba, camne tangan boleh taip polis??? ke kesan penuaan nih? adehhh

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. trip nie ker yang mrs dapat jemputan hari tu? ke trip lain hehehe dah lupa ingatan
    alaa frustnya..dah bayar tapi takde pape boleh tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul MS :)
      kali ni pergi ronggeng mak jemah. hehe
      memang frust x dapat tgk pape. huhu

      Delete
  10. Tolong view blog saya.http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak copy gambar,pulau sibu, ye...terima kasih...

      Delete
  11. Hi .. boleh saya tahu penginapan di sibu coconut village ni ada kisah seram x lulz .. sbb plan nak redah je

    ReplyDelete
  12. Hi .. boleh saya tahu penginapan di sibu coconut village ni ada kisah seram x lulz .. sbb plan nak redah je

    ReplyDelete
  13. OMG!!!....cantiknya pulau sibu ini!...sebenarnya Keluarga saya bercadang nk pergi...tapi sbb ada sikit masalah Kewangan so, xjadi lah nk gi !!! Kecewa saya xdapat nk gi...saya tengok...macam syok je pergi sana.. saya dah xsabarsebenarnya nk gi tapi.......whateverlah dan saya ska sangat trip awak
    ! !

    ReplyDelete
  14. OMG!!!....cantiknya pulau sibu ini!...sebenarnya Keluarga saya bercadang nk pergi...tapi sbb ada sikit masalah Kewangan so, xjadi lah nk gi !!! Kecewa saya xdapat nk gi...saya tengok...macam syok je pergi sana.. saya dah xsabarsebenarnya nk gi tapi.......whateverlah dan saya ska sangat trip awak
    ! !

    ReplyDelete
  15. SAYA NK GI! TAPI MR SAYA KATA BILA DH BESAR LAGI SIKIT SENDIRI GI...TAPI SAYA NK GI GAN KELUARGA!! SAYA SANGGUP BAgi SEMUA DUIT saya kat mak saya untuk gitapi mak saya BAgi saya banyak alasan! !...mak saya xpernah fikir pasal perasaan saya

    ReplyDelete
  16. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    WhatsApp : +6282214441280
    Call : +6282214441280
    Call : +6282282222896
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
    Website : www.paketpelanconganbandung.com
    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete
  17. Boleh saya tanya ... kena tempah tiket feri dlu atau walkin beli tiket ya ?

    ReplyDelete
  18. Hai saya nk tanya . Rm 150 tu seorang ke macam mana ye ? Lepaatu kalau bercuti 4 org , kat resort share bilik atau bilk asing ye kalau amek pakej ? Heheh maaf byk tanya , saya tengah buat research untuk pergi bercuti ke pulau for the first time . Hdhe

    ReplyDelete