Monday, October 06, 2014

Mt. Kinaballu 2014 - day 2

*momentum menulis sangat slow sebab penyakit M sangat tebal. huhu

3 Sept 2014

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Bangun pagi, mandi dan bersiap. Malam tadi briefing, kami dah diingatkan bangun awal dan berkumpul seawal jam 7.00pagi. Semua barang keperluan yang nak dibawa mendaki kalau boleh diasingkan dalam satu beg (letak dalam plastik), manakala beg dan barang-barang lain akan ditinggalkan di tempat menyimpan beg di pejabat - bayaran RM10 untuk simpanan beg. 

Barang-barang yang dibawa - sepersalinan baju & seluar untuk trekking balik esok hari, pakaian untuk mendaki naik ke puncak (sweater, glove, seluar etc) dan lain2 kelengkapan penting. Semua barang-barang ini saya letakkan dalam plastik untuk dibawa oleh porter. Bayaran RM10/kg. Dah namapun amatur, jadi biarlah porter yang tolong bawakan. Walaupun tak berapa berat, saya tak berani nak menghadapi risiko memikul beban di bahu dengan perjalanan trekking yang panjang dan saya sendiri tak tahu bagaimana rupa trek yang akan ditempuhi nanti. Jadi biarlah kita serahkan pada porter untuk mengangkat barang-barang. Sementara hanya air, makanan, mini towel, baju hujan, wind breaker dan camera sahaja yang dibawa bersama beg yang disandang.

Puncak Kinaballu dari kejauhan. Alhamdulillah pagi ni cuaca menyebelahi kami - siap boleh nampak puncak Kinaballu dari Kinaballu Park.

Seawal jam 7.00 pagi semua dah siap dan sedia dengan beg masing-masing. Ada van yang akan datang ambil penginap untuk ke Kinaballu Park. Tapi kalau nak jalan sendiripun boleh. Sarapan disediakan di Balsam Restaurant seawal jam 6.30 pagi. Sarapan memang banyak dan setiap pendaki akan dibekalkan pack lunch - sebiji epal & sandwich. Lain-lain makanan/minuman yang saya bawa ialah coklat, kurma, mineral water 500ml & 100 plus. Lepas sarapan sengaja saya ambil pil mabuk - persiapan awal takut apa-apa.Walaupun saya tak ada masalah mabuk, tapi lebih baik bersedia lebih awal.

Ambil feel bergambar beramai-ramai dulu. Tengok puncak Kinaballu dari bawah dalam hati berdebar, mampu @ tak ni nak sampai puncak agaknya.
Turutan gambar : Gambar tengah (besar), atas kiri ke kanan, bawah dan ke kiri bawah. Bersama 2 oarang guide yang akan bersama-sama kami sepanjang perjalanan ke puncak Kinaballu, timbang barang-barang untuk dibawa oleh porter, kemas semua beg yang akan ditinggalkan di pejabat urusan, taklimat oleh guide sebelum mulakan perjalanan, lapor diri dulu di kaunter, sessi panaskan badan dan bacaan doa sebelum mulakan perjalanan.

Ding dong sana sini, dalam pukul 9.30 pagi jugak barulah kami semua ready mulakan trekking.

Kali ni kita biarkan gambar saja bercerita!

Trek bermula - mula-mula landai, lepas tu terus jumpa tangga, tangga dan tangga!
Antara tangga yang tinggi, dan lagi trek di sepanjang jalan. Kalau penat setiap 1km ada pondok untuk berhenti rehat. Ada sumber air semulajadi dan ada sesetengah pondok disediakan tandas.
Semua laluan bertangga yang bisa buat lutut bergoyang. Dalam terhegeh-hegeh mendaki, tiba-tiba ada porter yang melintas. Laju je jalan dengan beban berkilo-kilo di belakang. Salute!
Tak pasti di kilometer berapa, terserempak dengan 'insan istimewa' ini. Dia baru turun dari puncak. Sempatlah kami bertegur sapa dan bertanya khabar. Hebat, dia sampai ke puncak Kinaballu uols!!

Menariknya mendaki Kinaballu, semakin tinggi trek mendaki, pemandangan makin lawa. Mula-mula jumpa pokok-pokok renek dan tak lama jumpa pulak pokok bongsai. Kalau nasib baik boleh nampak pemandangan Kundasang dari jauh. Besar semut aje rumah-rumah dari atas.


Sampai kat sini, pemandangan dah start lawa. Pokok-pokok semua nampak comel. Hilang penat. Tapi suhu dan cuacapun makin sejuk.
Disebabkan view lawa, lama kami berhenti kat sini. Sempat berkenalan dengan kawan baru yang sama mendaki hari tu.
Trekking bertangga yang tak menahan, tapi pemandangan yang lawa buat penat hilang sedikit demi sedikit.
Antara pokok-pokok renek/bunga di sepanjang trek
Bunga-bunga kuning dan pokok-pokok bongsai ni tandanya tak lama lagi sampailah kita ke Laban Rata.

Akhirnya hampir 5 jam trekking, lebih kurang pukul 2.00pm saya sampai di puncak. Yey! Alhamdulillah. Nampak bangunan putih tu macam satu nikmat! Hilang semua lenguh-lenguh kaki. Sampai je, terus saya ke restoran. Masuk restoran, hanya seorang daripada group kami yang baru sampai. Dia lagi hebat, pukul 11.00 dah sampai. Rest dulu, tak lama lepas tu seorang lagi sampai. Dah hilang penat, barulah makan tengahari. Sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai, lama jugak saya habiskan masa di restoran. Sempat membuta. Haha. Penat!

Laban Rata

Tak pasti berapa lama menunggu, rasanya lebih kurang pukul 5.00 petang barulah semua ahli kumpulan kami sampai sepenuhnya. Melepak dan makan malam lepas itu barulah ambil kunci di kaunter dan naik ke bilik di Gunting Lagadan.

Bilik di Gunting Lagadan, kecil saja, sebilik ada 4 katil - double bed. Alhamdulillah selesa untuk kami bermalam untuk malam itu. Bilik sangat basic - towel dan slipper disediakan. Jadi nanti tak payah susah-susah nak angkut towel lagi. Masuk bilik, ambil barang saya terus mandi. Bare in mind, shower takde hot shower. Walaupun sejuk tetap mandi sebab dah seharian berpeluh. Tak sampai hati tengok diri sendiri tak mandi. Hahaha. Air sejuk sampai ke tulang. Tapi sangat refeshing. Mula-mula kena air memang sejuk, tapi lama-lama sejuk hilang. (ikut cara mandi RasulAllah, lalukan air dari bawah ke atas, dimulakan kaki kanan dulu. Kemudian sedikit demi sedikit barulah basuh hingga ke atas bahagian atas badan, dan terakhir di bahagian kepala - InsyaAllah, dengan sendirinya sejuk itu hilang).


Gambar 3 dari atas : Gunting Lagadan dan pemandangan di sekitar Laban Rata.

Dah mandi, solat, pakai baju tebal-tebal, kemas beg untuk esok, makan vitamin, borak kejap, terus saya tido. Walaupun tak mengantuk paksakan jugak mata supaya tido. Sebab pukul 1.00am dah kena bangun bersiap untuk mendaki ke puncak. Jadi kena recharge tenaga untuk bekalan ke puncak esok paginya.

~ bersambung


16 comments:

  1. cuaca bagus giler, PM..jelesnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla, Alhamdulillah cuaca pergi memang menyebrlahi saya. Tapi balik diduga juga. Hihi

      Delete
  2. baca post ni mcm semangat pulak nak menjejaki kinabalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HiDayah, silalah jejak.... sekalipun cukuplah. Hiks

      Delete
  3. teringin nak mendaki gunung kinabalu..tapi mengenangkan keupayaan diri sendiri
    lebih baik terpaksa akur hehehe..sure tak mampu punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. MS, kalau x mampu jgn dipaksa2 diri tu. Yg penting utamakan apa yg perlu diutamakan. ^_^

      Delete
  4. Aku xnaik lagi, so buat masa ni cuci mata tengok gambar orang mendaki gunung tu dulu. Ambik feel. Haha. Tapi kena naik gak, xkan Abang special boleh sampai aku lak banyak excuse kan. Haritu kawan aku nampak, pacik mendaki bawa tong gas naik gi Laban Rata tu. Terkedu kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie, mula2 amik feel dulu. Mana tau nanti kot datang seru boleh terus daki. Ko senang, kinaballu tu bila2 masa pun boleh daki kan. Bukan jauh benorpun nak pergi...

      Setakat pikul tong gas tu memang diorg biasa bibie. Kalau tgk porter pempuan yg pikul barang lagi ko kagum tau

      Delete
  5. nx year company saya nak wat trip daki gunung kinabalu...saya tak pernah daki gunung..ntah boleh ntah x...hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila, jgn lepaskan peluang tu. bukan senang tu.

      tak pernah daki gunung xpe, asal ada semangat yg kuat, mesti sampai punya :)

      Delete
  6. wah kagumnya dengan orang OKU tu, hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. org OKU tu memang hebat. pinjam semangat dia nak sampai puncak!

      Delete
  7. Insaf pulak tengok insan istimewa boleh panjat gunung kinabalu,

    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

    ReplyDelete
  8. syoknya...
    tgk pic mcm mncabar gak la nk mndaki ya

    ReplyDelete