Monday, January 12, 2015

To Land of Smiles again!

Assalamualaikum WBT.

SELAMAT TAHUN BARU 2015! 

Harap masih tak terlambat untuk ucapan tu. Nak buat macamana blog ni dah terbengkalai beberapa bulan. Mood menulis ke laut. Sekarang baru perlahan-lahan balik ke gigi air. haha. Apapun semoga tahun 2015 memberi lebih sinar buat kita semua. 2014, kita biarkan berlalu.

Ke Thailand lagi! Mungkin ramai yang dah tahu tentang trip ni dan dengan siapa saya pergi. Rasanya Thailand dah jadi salah satu negara kegemaran untuk dikunjungi. Tak tahu kenapa, masa kat sana meroyan teringat nak balik, tapi bila dah balik, bukak LP, baca map, baca info, haish... banyak lagi tempat menarik yang belum diterjah ni! Sebab itu bila Zilla open trip ni kat blog dia saya tak teragak-agak untuk ikut serta. Mungkin kesan pengalaman trip pertama kot yang memanggil-manggil untuk terjah ke Thailand lagi. TAPI, dengan syarat ke Bangkok untuk transit saja. Kota besar ini bukan jiwa saya. Jammed di sana sini, panas, penuh dengan umat manusia, boleh buat jiwa kacau!

Trip kali ni, bahagian Timur Laut Thailand menjadi pilihan. Bermula dari BANGKOK kami ke NAKHON RATCHASIMA (KORAT) kemudian ke UDON THANI dan terakhir ke daerah paling sejuk di Thailand iaitu LOEI. Itu bukan destinasi akhir sebab kami turun ke Bangkok untuk ke PETCHABURI yang terletak di bahagian selatan Thailand yang terkenal dengan pantai yang memutih. Tujuan kami bukan untuk ke pantai, tapi ke taman negara terbesar di Thailand! 

Untuk itinerary, idea asal mestilah dari Zilla. Saya tukang cadang dan tokok tambah dan kawan-kawan yang lain tukang setuju. hiks. Entah berapa kali kami tukar iti saya pun lupa. Itulah bila terlebih baca info, jumpa macam-macam info best, mulalah pening sebab tamak nak terjah semua tempat. Haha. Yang highlight tempat yang mesti pergi tak tertinggal sudah. Contohnya seperti Loei dan Petchaburi, itu antara tempat yang tak tersenarai dalam iti asal. Tapi bila baca map dan info, kami sepakat untuk ke situ. 

Mode pengangkutan pula boleh dikatakan hampir 90% menggunakan bas. Bukan tak nak naik train, tapi mungkin disebabkan distance yang jauh, bas lebih sesuai terutamanya untuk perjalanan malam. Walaupun tambang bas sedikit mahal berbanding train, tapi lebih selesa dan jimat masa. Ada juga sesetengah tempat yang kami pergi tidak ada access keretapi seperti Loei yang dikelilingi bukit dan gunung. Selebihnya kami gunakan tuk tuk, songthaew dan minibus.

Seperti trip lepas, kali inipun flight masing-masing tak sama. Saya dan nik ke Bangkok sehari awal dari yang lain-lain. Plan asal masa sehari yang ada, kami nak ke Ayuthaya atau Hua Hin, tapi alih-alih kami jalan sekitar Bangkok je. Bermalam di sekitar Saphan Kwai, memudahkan kami untuk bergerak ke tempat berhampiran seperti Mo Chit, Chatuchak Market dan paling penting senang nak ke Mo Chit Northern Bus Station untuk jumpa kawan-kawan yang lain. Harap-harap cepatlah siap laluan BTS/MRT untuk access ke stesen bus ini sebab tak ada bus awam/ BTS/ MRT untuk ke sini kecuali bus ekspress. Yang ada hanya taxi dan motor taxi saja. Itupun kena bagitahu betul-betul pada mereka sebab takut tertukar stesen bus pulak.

Antara restoran halal di Pasar Chatuchak - kami singgah sini lepas ukur tanah sekitar Mo Chit. Habis supermaket kami redah semata-mata nak cari gas butane. Alih-alih tak gunapun.... Haish...
View of sunrise from hour hotel at Saphan Kwai

Intro yang panjang, nanti sambung lagi.


10 comments:

  1. selamat tahun baru..rasanya byk entry yang PM tertunggak, kan? hehehe

    gas butane, tu serius rasa bersalah..susah payah korang cari alih2 tak guna pun..kalau boleh angkut bawa balik, selamat dah tu rasanya huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Zilla.

      entry tertunggak banyak. haih... bila la nak dapat mood R ni zilla eh? hehe

      Rileks la zilla tak yah rasa bersalah. kita mampu rancang, Allah yang tentukan. Yang penting perut kita kenyang sepanjang tempoh musafir tu. hahaha

      Delete
  2. Selamat tahun baru PM.

    Setuju part Bangkok. xberapa sesuai juga dengan jiwa. padahal saya baru sampai sekali. hee. rasa mcm nk kene g thailand lagi jugak. luar bangkok banyak tempat menarik i must say. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru AjlaA.

      Nasib ada org sependapat. hehehe. agaknya kita ni bukan kaki shopping kot. lepas ni g bangkok utk transit je. hiks

      Delete
  3. interesting... ^_^ tak yah jln jauh2 nk tgk pemandangan yg ohsem... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anil Wanina, pergi negara sebelah pun boleh dapat pemandangan yang ohsem. hiks

      Delete
  4. terus menulis....saya nak baca entri anda...persepsi berlainan dari Zila dan JM punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah en. Khai. harap terus istiqamah untuk menulis ni.

      Delete
  5. Selamat tahun baru PM.

    Aku terniat gak nak join haritu tapi dah xde cuti so pendam jelah niat. Aku suka sunrise tu. Lawa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru bibie,

      Xpe bibie, akhir tahun ni ada rezeki repeat Thai lagi. kira dah jadi acara tahunan la ni. Jadi mohon simpan cuti ye. hehe

      Btw, gambar sunrise tu amik dgn hp je. hehe

      Delete